Part 22 (Kisah Silam Zaman Belajar)

8.1K 214 9
                                    

PSsstt... ALL of This ThrowBack is Azam Aka Boss P.O.V

Ketika hari pendaftaran, aku bukanlah seorang fasilitator yang menjalankan tugas ketika hari pendaftaran. Tapi aku adalah seorang pelajar yang terpaksa pulang lebih awal berbanding rakan seperjuangan aku yang lain. Ini disebabkan aku bekerja sambilan dikawasan pendaftaran pelajar baru. Walaupun aku mendapat wang dari pada bapa angkat aku, sedikit pun aku tidak gunakan untuk perkara yang bukan-bukan. Aku ada simpanan khas duit daripada bapa angkat aku untuk kegunaan pembelajaran sahaja. Untuk pakaian serta keperluan lain, kebanyakan aku guna hasil dari aku kerja sambilan.

"Bang... Ni satu berapa..?" seorang budak kecil belasan tahun bertanya tatkala aku sedang menyusun bungkusan-bungkusan burger.

" 2 ringgit dik...Adik nak yang mana..?" aku menyahut. Dia menunjuk ke arah Burger Daging yang baru aku susun. Aku menghulurkan Burger tersebut sebelum disambut olehnya.

Usai membayar, dia berlalu ke arah satu keluarga yang sedang berkumpul dan berbual antara satu sama lain. Burger tadi diserahkan kepada adiknya yang kecil. Melihat keluarga itu menyebabkan aku merasa cemburu. Andai aku masih ada adik. Pasti aku akan jaga sebaik mungkin. Namun Tuhan lebih menyayanginya. Adik telah pergi menghadap Ilahi pada ketika umur 2 tahun.

Dalam pada aku mahu kembali melakukan kerja, mata tertancap pada seorang pelajar yang baru turun dari bas dengan barang yang penuh disekelilingnya. Pelajar lain aku lihat sibuk bersama dengan keluarga mereka namun tidak dia. Dia memandang sekitar kawasan pendaftaran sebelum menggaru kepala. Barang disekelilingnya sesekali dilihat sebelum kembali meninjau kawasan pendaftaran.

"Farid... Aku nak jumpa someone kejap... Tengokkan kedai jap eah..." aku berkata kepada rakan aku sebelum berlalu ke arah pelajar itu.

"Assalamualaikum... Dari tadi abang tengok terpusing-pusing.. Cari apa..?" aku memulakan kata-kata kepada pelajar tadi. Dia memandang aku dengan wajah blur.

"Waalaikumusalam... Ermm... Nak gi daftar tapi... Barang ni tak tau nak letak mana... Kang tinggal takut hilang lak..." Pelajar tadi menjawab sambil membetulkan cermin matanya yang telah jatuh ke batang hidung.

"Oh... Kalau macam tu...Mari abang tolong jaga kan... Adik datang seorang je ke..?" jawab aku. Namun disebalik raut wajahnya tidak menunjukkan bahawa dia berminat.

"Erm... Abang ni Fasi ke..? Ha a... Datang seorang saja.."Dia menjawab.

"Tak la Dik... Abang Part Time meniaga kat situ." Aku menunjukkan gerai tempat aku berniaga.

"Erm..Tak apa la bang... Tak kena curi kot barang kat sini..." Dia menjawab. Aku sudah agak. Dia tidak percayakan aku. Memang la. Dah la datang secara tiba-tiba. Lepastu tawarkan nak jaga barang pulak. Memang tak la orang nak percaya.

"Hahahah... Jangan risau la... Abang student juga dekat sini. Abang janji tak hilang la barang adik. Kalau letak sini, lagi cepat boleh hilang. Sesiapa boleh curi." Aku meyakinkan dia. Niat aku cuma nak tolong je. Bukan nak buat benda lain. Dia menggaru kepala. Buntu mungkin.

"Ermm... Ye la.." Dia bersetuju sebelum aku mengangkat bag dia menuju sebelum diikuti olehnya dengan baldi dan barangan lain.

"Pergi la daftar dulu... Nanti dah habis daftar... Datang sini ambik barang..." aku berkata sebaik barang-barang dia aku susun dibelakang kemah aku.

"Ermm... Okay..." Dia menjawab sebelum berlalu meninggalkan aku dan hilang dalam kesesakan orang.

"Siapa tu..?" Tanya Farid.

"Budak baru... Datang seorang diri... Aku tengok terpusing-pusing dari tadi... Tu yang aku pergi dekat dia... Rupanya tak tau nak tinggal barang dekat mana... Takut hilang... Aku suruh dia tumpang simpan kat sini..." Aku jelaskan kepada Farid. Farid menggangguk paham sebelum kami menyambung aktiviti penjualan kami.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now