Part 3

11.6K 283 1
                                    

"Weh Aqil.. Apa yang kau dah buat sampai boss call pihak pejabat..?" Abang Bad menegur aku selepas selesai hari pertama duduk dalam neraka. Aku yang sedang duduk melepaskan lelah kena buli seharian dengan boss bengong tu...Arghhhh.. Apa salah aku...

"Woi...Aku tanya ni..." Abang Bad menolak bahu aku sedikit...

"Apa Abang Bad..? Orang penat la...Haaaa..Orang nak berhenti la..." aku mengesat air mata yang mengalir sedikit...Belum dapat gaji bulan pertama lagi dah kena seksa macam ini.. Macam mana aku nak teruskan kerja untuk bulan kedua ketiga dan seterusnya... Aku menggaru kepala aku yang kusut...

"Kau penat buat apa je..? Kitorang pun penat jugak kemas department lain..." Abang Bad menjawab... Aku mengeluarkan sehelai kertas A4 lalu menyerahkan kepada Abang Bad. Dia mengambil sebelum membaca isi kertas tersebut.

"Banyaknya senarai kerja kau dapat... Ni kena buat dalam masa sehari ke..?" Abang Bad menghulurkan kembali kertas tersebut kepada aku.

" Senarai tugas ini kena buat dalam masa seminggu...Dia suruh saya susun sendiri apa yang saya nak buat setiap hari..." aku menjawab... Air mata mengalir lagi...

"Alah.. Sikit je tu...Kau boleh punya...Tak kan nak menyerah diri kan..?" Abang Bad menepuk bahu aku memberi semangat...

"Sikit apanya bang Bad...30 jenis kerja saya kena buat seminggu..." Aku memandang Abang Bad geram...

"Ahahahahha...Alah...Lama-lama kau biasa lah..." Abang Bad menepuk bahu aku lagi sebelum meninggalkan aku dengan sengihan...

Mengingati perkara yang berlaku tadi amat menyakitkan hati...

#Throwback

20 minit aku menunggu dikerusi empuk menyebabkan aku rasa mengantuk... Boss yang pergi mandi pun tak siap-siap..Lamanya dia mandi...Aku menguis-nguis majalah sebelum mengambil keputusan untuk membacanya.

"Tit" bunyi selak pintu automatik terbuka sebelum seseorang menolak pintu kaca tersebut.

"Assalamualaikum.." seorang wanita lingkungan 30 an memasuki ruang pejabat. Aku segera meletak kembali majalah ke tempat asalnya sebelum berdiri menghadap perempuan tadi.

"Boss mana..?" tanya perempuan tadi..

"Ahh..Ermm..Boss..Dia gi man.." aku tergagap untuk menjawab sebelum 'Boss' keluar dari bilik tadi. Eah.. Bertukar baju pulak.. Tadi segak bergaya dengan baju kot serta tali leher sekarang dah semi casual pulak cara pakaian. Berbaju kemeja polo serta seluar khakis menyerlahkan segaknya diri dia...

"Ha.. Kak Rose.. Dah siap dah apa yang saya minta tadi..?" Dia bergerak ke kerusi besarnya sebelum melabuhkan punggungnya.

"Ini Boss..." Perempuan tadi atau disapa Kak Rose oleh Boss menyerahkan sehelai kertas kepada Boss. Boss membaca setiap butiran yang tertera dikertas sebelum mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Kak Rose. Kak Rose berlalu meninggalkan kami berdua.

"Kau sini..." Boss memanggil. Aku segera menuju ke arahnya. Kertas tadi terletak diatas meja aku jeling seketika.

'Senarai Tugas'

"Siapa nama kau tadi?" Huh...Cepat betul dia lupa... Baru berapa minit dah lupa.

"Emy Ahnafaqil... Panggil Aqil je." Aku menjawab.

" Apa-apa jelah... Ni...Senarai tugas yang kau kena buat sepanjang kau kerja dibawah aku... Dan aku yang akan menilai setiap kerja yang kau buat... Gaji kau semua aku yang bayar... Nanti aku beritahu dengan boss kau..." Boss menolak kertas tadi ke arah aku sebelum aku membaca satu persatu tugas yang disenaraikan.

"Banyaknya Boss mana saya sempat nak buat semua ni satu hari..." Aku menjawab sebelum dipandang tajam oleh Boss. Air liur kelat ditelan.

"Ada aku suruh kau buat dalam masa satu hari? Ni senarai tugas sepanjang 5 hari kau bekerja... Sabtu Ahad cuti... Pandai-pandai la kau bahagikan tugas nak buat yang mana dulu... Paham..?" Agak tegas suaranya disitu. Aku mengangguk laju.

"Tunggu apa lagi... Pergi la buat kerja..." Dia bersuara lagi sambil kaki menyilang diatas meja. Mentang-mentang Boss..Berlagak gilaaaa...Arghhh...

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now