Part 38

6.5K 222 20
                                    

Hubungan aku dengan Boss sangat manis. Pergi kerja sama-sama. Balik kerja pun sama-sama tapi aku dah kena pindah rumah dia serta merta. Rumah flat yang aku sewa tu ada penyewa lain yang nak masuk. Pemilik ibarat menghalau aku keluar. Mungkin sebelum ini aku bayar sewa yang murah. Namun sekarang ada orang lain yang nak sewa dengan harga tinggi. Jadi aku terpaksa keluar. Sudah lebih 1 bulan aku duduk dengan Boss aka Abang Azam. Untuk makluman, aku masih teruna tau...Kikikiki..Author bengong.

"Boss.. Tak nak pergi makan ke..?" aku bertanya setelah selesai membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Sofa empuk ruang menunggu aku baring. Macam syarikat bapak aku pula. Kalau orang lain tengok ni. Mampus aku. Tapi aku kesah apa..? Boss ni laki aku kot. Hahahahha.. Tak adalah... Saja gurau..

"Ermm... Tolong abang boleh..? Eah..? Tolong aku boleh..?" jawab Boss tersasul.. Hahahha.. Masih pening nak bahasakan diri dekat pejabat dan dekat rumah.

"Ermm.. Apa dia..?" jawab aku.

"Belikan nasi untuk aku...Aku banyak kerja ni..?Hehehe..." sambung Boss. Amboi sibuk sangat dia. Aku tengok macam tak sibuk mana pun. Tapi jangan bandingkan kerja orang dengan kerja sendiri. Kita tak ada kat tempat dia. Kita tak tau.

"Hahaha.. Okay.. Baiklah.. Nanti saya beli kat tempat biasa tau..." aku menjawab sebelum berlalu untuk meninggalkan Boss.

"Eah..Ada duit tak tu...?" Boss bertanya. Aku menjeling.

"Ada okayyy..." aku menjawab sebelum berlalu meninggalkan Boss. Gelak tawa Boss mengiringi aku keluar dari bilik dia.

*******************************

Sedang aku membelek-belek lauk yang bersesuaian untuk dibungkus untuk Boss. Bahu aku dicuit. Aku tersentak sebelum Abang Zafril menegur.

"Hai Aqil.. Lama tak nampak..?" kata Abang Zafril. Aku tersenyum sebaik melihat Abang Zafril.

"Hai Abang Zafril... Ada je... Maybe tak rehat sama.. Tu yang jarang jumpa..." aku menjawab sambil tersengih.

"Oh.. Betul gak... Ni seorang-seorang ke..?" sambung Abang Zafril.

"Ermm.. Seorang je.." aku menggangguk sambil menjawab.

"Kalau macam tu jom teman abang makan... Lama tak sembang dengan Aqil..." kata abang Zafril. Reaksi mukanya mengharapkan aku menemani dia makan. Apa aku nak jawap ni. Nanti kalau aku makan dengan dia. Makanan Boss mesti lambat dapat.

"Ermm... Lain kali boleh tak Abang Zafril...? Aqil ada kerja kejap lagi ni..?" Bohong aku. Dia mengeluh perlahan.

"Takkan sekejap pun tak boleh..?" pujuk Abang Zafril lagi. Aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Aku menggaru kepala yang tak gatal.

"Ermm.. Sekejap je tau... Nanti Boss saya marah..." jawab aku. Abang Zafril tersenyum.

"Okay.. Don't worry... " sambung Abang Zafril. Kami mencari meja kosong disekitar kedai tersebut. Namun yang ada hanyalah satu meja kecil tersorok sedikit di bawah pokok dihadapan kedai. Kami berdua berlalu ke meja tersebut.

***************************

BOSS P.O.V

Jam ditangan dikerling. Dah nak dekat satu jam ni. Aqil masih belum balik. Perut sudah mula berkeroncong minta diisi. Aku ambik keputusan untuk ke kedai makan yang biasa aku dan Aqil pergi. Ramai orang dikedai tersebut. Namun aku terpandang sosok dua orang lelaki sedang makan sambil bergelak ketawa. Aku mendekati mereka.

"Ehem.. Boleh tumpang sekali..?" kata aku sebaik berdiri di sebelah Aqil.

"Eah.. Boss..." Aqil memandang aku. Reaksi mukanya berubah. Aku memandang Zafril dihadapannya.

"Heii.. Azam.. Aqill.. Ni Boss awak..?" Zafril menghulurkan tangan untuk menyalami aku namun tidak ku sambut. Aku kembali memadang Aqil. Dia menelan air liur.

"Ha a... Ni Boss saya.." jawab Aqil. Zafril tersenyum.

"Ohh.. Boss je pun kan..? Duduk la.." jawab Zafril. Aku sedar. Dia sedang menyindir aku. Suasana menjadi hening.

"Sambung la borak... Tadi nampak bukan main seronok borak...Sampai lupa apa yang aku pesan..." kata aku. Muka Aqil dipandang. Terkulat-kulat dia menyedut minuman dia.

"Ermm.. Ada ni Boss... Sorry tak perasan... Tadi Abang Zafril kata sekejap je.. Tak sedar dah 1 jam..." Jawab Aqil.

"Dah... Masuk kerja cepat..." arah aku. Aqil mengangguk sebelum bangun dari kerusi.

"Eah.... Rileks la..Awal lagi.. Bukan rehat 2 jam ke..? Duduk dulu Aqil.. Abang belum habis lepaskan rindu lagi pada Aqil..." kata Zafril. Telinga aku semakin panas mendengar.

"Aqil.. Pergi sekarang..." Arah aku. Aku bangun untuk meninggalkan Zafril.

"Bro apa ni..? Dia tu pekerja kau je pun... Kalau dia buat hal.. Kau berhentikan jela dia... Nanti aku boleh suruh dia kerja dengan aku... Lagipun kalau kerja dengan kau... Dia jadi cleaner... Baik kerja dengan aku.. Aku boleh bagi dia jawatan besar la.." kata Zafril. Sial. Hati aku makin panas.

"Dia hak aku... Dia kekasih aku.. Kau jangan nak kacau dia lagi... Awas kau kalau aku tau..." aku menjawab dengan nada yang keras memberi amaran. 

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now