Part 12

9.2K 231 4
                                    

"Assalamualaikum..Kak Rose.. Budak tu dah masuk..??" Seperti biasa aku bertanya kepada Kak Rose setiap pagi.

"Dah boss... Murung semacam saja dia..." Jawab Kak Rose...

"Dia ada tanya apa-apa tak.?" Tanya aku lagi..

"Ada Boss..Dia nak tahu latar belakang Boss..." Jawab Kak Rose...

"Abistu Kak Rose bagi ke..?" Sambung aku...

"Taklah Boss..Boss cakap kan jangan bagi sesiapa tanpa kebenaran..." Jawab Kak Rose lagi..

"Baik la Kak Rose..." Aku menghulur tangan untuk di pass oleh Kak Rose. Itulah tanda kami ini satu kumpulan. Hahaha. Aku ingin menuju ke bilik sebelum ditahan oleh Kak Rose.

"Boss... Tadi ada seorang lelaki datang nak berjumpa dengan Boss..." aku agak terkejut. Aku berpaling menghadap Kak Rose.

"Details.." jawap aku. Setahu aku, setiap temu janji yang aku buat seboleh-bolehnya tidak akan dilakukan di pejabat.

"Erm... Dia cuma bagitau nama saja. Arif Zafril." Jawab Kak Rose. Arif Zafril..? Macam pernah dengar.

"Okay tak apa... Terima Kasih Kak Rose..." aku berkata sebelum kembali ke pejabat.

Aqil P.O.V

"Tet.." Bunyi pintu automatik terbuka. Kelihatan Boss masuk dengan muka yang ketat. Aku menggulingkan mata. Mesti ada yang tak kena. Mood dia kejap elok kejap tak. Haish. Aku kena kuatkan mental kerja dekat sini. Dia selamba jalan dekat tempat yang aku baru lepas mop. Satu bilik dia pusing sambil jarinya mencuit setiap kerusi, dinding, cermin dan meja yang ada didalam pejabat dia. Apa dia ingat aku tak buat kerja ke apa?

"Bagus kerja kau hari ini..." Dia berlalu menuju ke bilik kecilnya. Aku kembali mengemop setiap permukaan lantai yang dipijak olehnya. Tiba-tiba...

"Aqill..!!" terkejut bila nama aku dipanggil. Segera aku meninggalkan mop berserta baldi air diluar sebelum bergegas ke bilik kecil tersebut.

"Ye Boss..."Tercungap juga la sebab terkejut. Dia berdiri sambil memeluk tubuh.

"Cuba kau tengok tandas tu..." dia berkata sambil menunjuk ke arah tandas. Aku dengan bengap serta menurut perintah pergi tengok apa yang ada dalam tandas.

"Tak ada apa-apa pun Boss.." jawab aku dungu.

"Kau tak buat kerja ke apa..?! Kenapa aku rasa macam tandas ni tak cuci lagi.?!" tanya boss dengan nada yang tinggi. Ergghh... Aku ingatkan apalah tadi.

"Memang la saya belum cuci... Jadual cuci tandas kan esok..." aku menjawab. Lupa pulak. Jadual kerja aku tak bagi dekat dia. Apa yang aku nak buat setiap hari. Lupaa...

"Aku nak kau cuci sekarang... Aku tak kira... Lepas meeting nanti aku nak tandas ini sudah bersih..." Kata Boss sebelum beredar keluar dari bilik. Ergghhh. Pehal pulak nak marah-marah. Hari itu dia yang suruh aku susun jadual kerja sendiri. Lepas tu suka hati nak suruh orang buat kerja yang bukan sepatutnya dibuat hari ini. Dah la barang cuci tandas semua aku tak bawak.

Aku meninggalkan bilik pejabat untuk mengambil barang-barang di stor pembersihan. Sengal punya Boss. Ada saja yang tak kena. Sambil berjalan aku merungut pasal perangai Boss. Barang-barang cuci tandas aku pilih sebelum dimasukkan ke dalam baldi untuk dibawa ke pejabat.

"Eah... Aqil... Cari apa..?" Abang Bad tiba-tiba menegur aku dimuka pintu. Aku tersenyum tatkala melihat Abang Bad.

"Cari sabun cuci tandas... Stock dah habis ke...?" aku menjawab.

"Nah ni... Pakai abang punya ni dulu..." Abang Bad menghulurkan cecair pencuci tandas yang ada ditangannya.

"Terima kasih Abang Bad... Saya gerak dulu..." aku mengucapkan terima kasih sebelum berlalu meninggalkannya menuju ke pejabat Boss. Sesampi sahaja dipejabat, seperti biasa perlu menyentuh kad sebelum boleh masuk ke dalam pejabat. Kad putih dicari sekitar kocek baju dan seluar namun tiada. Mana pulak la kad ni. Ruang dalam pejabat di intai dari luar.

"Adooiiiii... Apa pasal kau boleh ada dekat dalam tuuu...!!!"   

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now