Perjalanan dari Negeri Sembilan ke Pulau Langkawi agak lama. Aku memandu dengan penuh berhati-hati. Aqil disebelah sudah terlelap. Mungkin penat dengan perjalanan jauh. Macam dia pulak yang memandu. Ayah Aqil tidak bermasalah membenarkan Aqil ikut aku. Tapi mak dia bukan main payah nak bagi kebenaran. Macam-macam ditanya. Berpuluh-puluh kata janji aku ucapkan sewaktu bercakap dengan mak dia. Kebetulan mak Aqil ada dalam kereta waktu aku hantar barang-barang Aqil. Ayah Aqil langsung terus menyuruh untuk berunding dengan Mak Aqil. Dari cara Mak dan Ayah Aqil. Nampak sangat dia orang ni orang kaya. Lepastu sombong. Dan paling penting adalah Over Protective.
"Aqil... Bangun.. Kita dah sampai Chalet dah..." aku mengejut Aqil sebaik memarkir kereta. Aqil terpisat-pisat bangun sebelum menggosok mata dia.
"Kita kat mana dah ni..?" tanya Aqil. Aku menggeleng kepala sebelum tersenyum melihat gelagat Aqil.
"Kita dah sampai pulau Langkawi dah ni... Ni la Chalet tempat kita bermalam nanti... Dah jom turun..." aku menjawab sebelum turun dari kereta untuk mengangkat barang-barang di bonet. Aqil turut keluar dari kereta.
"Wahh.. Besarnya Chalet..." Aqil berkata sebelum meninjau kawasan sekitar...
"Cantiknya pemandangan... Nampak laut... Pandai abang pilih..." kata Aqil lagi. Aku tersenyum gembira bila melihat Aqil gembira.
"Mestilah... Tengok orang la..Dah... Jom masuk..." kata aku sebelum memasuki Chalet sambil membawa barang-barang. Aqil membontoti aku.
*********************************
Pukul 8 malam, aku membawa Aqil pergi ke satu tempat special yang aku telah rancang sewaktu menempah Chalet.
"Aqil... Ada suprise.. Tapi kena tutup mata dulu..." kata aku sebaik sampai di laluan menuju ke tempat yang hendak dituju.
"Eahh..? Kenapa pulak nak tutup mata.. Alar... Tak nak la.." jawab Aqil. Aku menggulingkan mata.
"Nama pun suprise.. Kena la tutup mata... Kalau tak tutup mana nak suprise nya..." Sambung aku..
"Ish.. Ya la.. Jangan buat benda bukan-bukan eah..." kata Aqil lagi. Aku mengiyakan sebelum menutup mata dia dengan tangan. Aku memimpin dia berjalan sehingga ke tempat special tersebut.
"Tadaaa.." aku membuka tangan dari menutup mata Aqil. Aqil membuka mata sebelum terkejut melihat apa yang ada didepan dia..
"Apa ni..??" tanya Aqil bingung. Di depan dia ada sebuah meja makan yang siap terhidang dengan makanan. Aku berencana untuk menikmati makan malam ala-ala romantik. Di tepi pantai yang sejuk. Ditemani bulan dan bintang.
"Saja.. Nak bagi ada kenangan indah antara Abang dengan Aqil..Duduk la..." aku berkata sebelum menyuruh Aqil duduk... Aku menuang jus Oren untuk dia. Ada set Nasi Goreng Chicken Chop terhidang untuk kami berdua.
"Buat susah-susah je abang ni.. Dah bawak saya bercuti dekat sini pun dah bersyukur dah..." kata Aqil...
"Hahaha.. Apa yang susahnya.. Lagipun lepas ni abang kan nak praktikal... Takut tak sempat nak lepak dengan Aqil lagi... Jadi ada kesempatan ini.. Baik abang gunakan.." kata aku menyembunyikan hal sebenar. Aku sebenarnya dah tertarik dengan Aqil. Tapi aku tak berani nak cakap. Aku takut dia cuma anggap aku sebagai abang dia sahaja.
"Erm.. Tak apa... Aqil paham... Makan la.. Nanti kita jalan-jalan dekat pantai nak..?" sambung Aqil. Aku mengangguk setuju. Kami makan bersama sambil bersembang pasal tempat praktikal aku. Kehidupan aku yang sebelum ini. Aku menceritakan segala hal hidup aku pada dia. Kecuali soal perasaan aku pada dia.
Usai makan... Kami berjalan disekitar pantai... Dia cukup suka suasana pantai yang sunyi tanpa orang...
"Kenapa suka pantai waktu-waktu macam ni..?" aku berkata sewaktu berjalan disebelah dia. Air laut yang menghempas kaki sangat sejuk aku rasa.
"Entah.. Tapi Aqil rasa tenang.. Segala masalah Aqil macam hanyut dibawa ombak laut.. Lama Aqil tak pergi pantai..Sebab Ayah dan Mak sentiasa sibuk.." Jawab Aqil. Sesekali dia menyepak air laut yang sampai dikakinya.
"Tak takut ke malam-malam ajak jalan tepi pantai ni.. Kang ada hantu nanti..." kata aku berseloroh..
"Ishh.. Mulut tuu.. Abang kan ada... Buat apa nak takut.. Tapi kalau boleh jangan la muncul...Hehehe..." kata Aqil. Aku tergelak dengan jawapan dia. Penakut rupanya.
"Jom selfie.. Buat kenangan..." ajak aku.. Aku mengeluarkan telefon bimbit. Kamera dibuka sebelum Mode Malam dibuka. Dalam gambar agak jelas kami berdua. Aqil merapatkan badannya kepada aku sebelum beberapa keping gambar ditangkap. Aku dan Aqil berjalan seketika lagi sebelum kami berdua gerak pulang ke Chalet.
********************************
Waktu Sekarang
Gambar Selfie dipantai sewaktu bercuti di Pulau Langkawi ditatap. Andai waktu itu aku terus terang pada dia. Mungkin dia sudah jadi milik aku sekarang. Kurang Ajar punya Azam. Kenapa kau kembali pada dia. Kenapa kau tiba-tiba muncul... Kau lupa ke apa yang mak dia cakap pada kau.. Gambar digenggam erat.
"Kau tunggu.. Kalau aku tak dapat... Kau jangan harap boleh dapat..." Bibir diketap... Gambar tadi dicampak..
################################
Dup Dap Dup Dap.. Dah nak sampai penghujung dah ni...Apa akan jadi selepas ini..? Kita tunggu sampai Author nak sambung.. Huhuhu... Jangan marah okay.. Author ada kerja nak kena settle sebelum hari Ahad.. . Jadi inshaAllah lepas Ahad baru Author akan sambung...Terima kasih sudi baca cerita mengarut ni sampai ke Part ini... Author sayang kamu semua... Terima Kasih Banyak-Banyak...
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...