Part 34

6K 211 12
                                    

Aku tersedar dari lena. Mata aku silau. Persekitaran aku lihat. Aku berada dihospital. Kaki aku dibalut. Patah mungkin. Terus aku teringatkan Emy. Aku cuba bangun dari pembaringan. Namun payah. Seorang jururawat datang kepada aku setelah melihat aku bersusah payah untuk bangun.

"Adik nak pergi mana ni..?" Jururawat tersebut bertanya. Dia membantu aku untuk duduk.

"Kak.. Mana kawan saya yang accident dengan saya semalam..?" aku bertanya. Riak muka risau aku tunjukkan.

"Kejap... Saya tak tau.. Saya cuba check system kejap...Siapa nama kawan adik..?" Jururawat tersebut bertanya sebelum aku memberitahu nama Emy. Dia berlalu meninggalkan aku untuk ke meja kerja. Setelah beberapa minit. Dia kembali kepada aku.

"Dia ada dekat Unit Rawatan Rapi." Sambung Jururawat itu lagi.

"Saya nak pergi ke sana kak..Tolong kak..Saya nak jumpa kawan saya..." Aku merayu. Jururawat tersebut tidak tau untuk melakukan apa. Dia tak boleh bawak aku keluar dari wad tersebut tanpa kebenaran Doktor. Secara kebetulan Mak dan Ayah serta Ayah angkat aku masuk ke dalam wad.

"Ibu..Ayah...Uncle... Azam nak jumpa kawan Azam... Dekat ICU.. Bawak Azam jumpa dia Ibu..Ayah...Uncle..." aku merayu. Ibu memeluk aku sambil mengalirkan air mata. Ibu dan ayah serta Uncle memang sudah sedia maklum pasal Emy kerana aku sering menceritakan hal Emy kepada mereka.

"Sabar Azam.. Nanti kita tengok dia..." Uncle berkata...

"No Uncle...Azam nak tengok sekarang..Please Uncle..Ayah...Ibu...Kawan Azam tuu..." aku merayu lagi. Air mata mengalir laju membasahi pipi. Seorang Doktor yang bertugas masuk ke dalam Wad. Setelah Uncle berbincang dengan Doktor tersebut. Aku dibenarkan untuk menjenguk Emy di ICU. Aku ditemani Uncle yang menolak kerusi roda menuju ke ICU. Uncle menyuruh ibu dan ayah untuk menunggu dikerusi oleh kerana ibu dan ayah agak letih selepas melakukan kerja-kerja dirumah.

Sesampai sahaja di Unit Rawatan Rapi. Aku melihat sepasang suami isteri sedang menangis dikerusi pelawat.

"Assalamualaikum..." aku memberi salam. Wanita tersebut memandang aku sebelum menuju ke arah aku. Satu tamparan hinggap di pipi aku.

"Disebabkan kau, anak aku koma. Aku hantar dia pergi universiti untuk belajar. Bukan untuk ikut orang macam kau ni. Merosakkan masa depan anak aku.!! " Herdik wanita tersebut. Uncle dan aku tergamam.

"Kenapa tak kau je yang koma... Atau lebih baik mati je...!!" sambung wanita tadi. Aku tau itu adalah ibu kepada Emy. Uncle cuba untuk menghalang namun dihalang oleh aku. Suami dia bangun dari kerusi sebelum berdiri disebelah wanita tersebut.

"Dah la...Benda dah jadi.. Ini hospital.. Awak tak payah nak terjerit-jerit dekat sini.. Malu I nanti.." kata laki tadi. Tangan wanita tadi ditarik kebelakang namun ditepis oleh wanita tersebut.

" Kau jangan nak tunjuk muka kau lagi depan Emy.. Kalau aku tau..Siap kau.. Paham... Kau ingat ni.. Kau punca anak aku koma... Kau punca masa depan dia musnah...Kau puncaaaa..!!" sambung wanita tadi. Aku mengesat air mata yang mengalir.

"Bagi la dia jumpa kawan dia sekejap.." kata Uncle..

"Tak boleh... Aku tak benarkan.. Kau boleh berambus dari sini.. Berambus..." Wanita tadi memarahi aku sambil menolak kerusi roda aku dengan kaki. Suaminya menghalang perbuatan dia. Uncle tidak mahu masuk campur.

"Dah la Azam... Jangan ganggu dah Emy.. Nanti lagi teruk kau kena..." kata Uncle. Sambil menolak aku mengundur dari ruang ICU.

"Dia kawan Azam.. Uncle.. Azam nak sangat jumpa dia... Azam nak minta maaf pada dia..." aku berkata sambil menangis. Aku kecewa. Kalau aku tak ajak dia keluar. Benda ni tak akan jadi.

"Dah la Azam... Tak baik cakap macam tu.. Satu hari nanti kalau Azam jumpa dia lagi. Azam minta maaf dekat dia.. Azam jaga dia elok-elok.. Uncle tau Azam sayang dia lebih dari kawan..." sambung Uncle. Uncle menolak aku kembali ke wad aku. Aku hampa..

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now