Semua Boss aka Azam P.O.V
Makin lama, hubungan aku dengan Emy semakin rapat. Dia kerap kali datang dan tidur di tempat aku. Memandangkan kolej aku kolej untuk seorang pelajar dalam satu bilik. Dia menjadi peneman aku bila aku seorang-seorang dekat bilik.
"Abang.. Tak lama lagi dah nak habis final kan..?" Emy bertanya sambil bermain telefon. Dia menemani aku membuat assignment pada malam ini. Katanya dia bosan dekat bilik.
"Hurm.. 2 minggu lagi termasuk study week.. Kenapa..?" Aku menjawab sambil tangan menaip assignment.
"Lepas ni abang dah nak praktikal kan...?" Dia bertanya lagi. Kali ini suara dia ada sedikit perlahan namun masih mampu aku dengari. Aku berhenti dari menyiapkan assignment aku.
"Asal bunyi macam sedih je..?" aku memandang dia. Dia meletakkan telefon sebelum menghela nafas berat.
"Nanti abang dah pergi praktikal... Siapa yang Emy nak ajak borak..Nak ajak lepak... Abang je yang paham Emy dekat sini. Orang lain mana paham Emy. Dia orang ingat Emy ni pelik." Emy berkata. Riak wajahnya menunjukkan dia tak nak aku jauh dari hidup dia.
"Alar... Nanti Abang cari tempat praktikal dekat-dekat sini. Nanti senang kita lepak... Okay...?" aku menjawab. Aku memeluk tubuh Emy sebaik aku melabuhkan punggung disebelah dia.
"Ermm... Abang janji...?" Emy berkata. Aku Cuma mampu tersenyum. Aku tak mampu untuk melafazkan janji. Sebab kali ini sungguh berat. Sebab bukan senang nak cari tempat praktikal dekat-dekat sini.
"Dahh.. Tak payah nak pikir sangat... Ni nak tidur sini ke nak balik bilik..?" aku mengubah topik.
"Ermmm.. Kalau nak tidur sini tak boleh ke..?" Emy membalas. Dia tersengih menunjukkan gigi yang tersusun cantik.
"Hahaha.. Boleh je... Tapi kalau nak balik abang boleh hantar..." aku menjawab. Dia menggelengkan kepala.
"Tak nak balik la.. Nak tidur sini.. Nak temankan abang... Nanti sebelum tidur boleh pillow story...Heheheheh" Emy berkata. Mengada je dia ni. Memang selalu kalau dia tidur. Dia selalu menceritakan apa yang berlaku pada dia setiap hari. Aku menjadi pendengar setia sahaja.
"Kalau nak Pillow Story.. Kena bagi abang siapkan assignment abang dulu okay..?" aku berkata. Dia mengganggukkan kepala tanda paham. Aku menggosok kepalanya sebelum kembali ke meja belajar. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 10. Emy kembali bermain telefon. Entah apa yang dia suka sangat hadap telefon lama-lama.
************************************
Tepat jam 12 tengah malam aku sudah berbaring dengan Emy disebelah. Kalau dengan dia memang agak lambat la aku tidur. Tapi tak setiap hari dia tidur bilik aku. Seminggu 2-3 kali je dia datang bilik untuk tidur. Selalunya malam sabtu dan malam ahad. Kadang-kadang kalau esok cuti. Malam ni pasti dia nak tidur dengan aku.
"Abang... Ermm...Sebenarnya... Mak and ayah saya dalam proses penceraian..." Emy berkata dengan nada sedih. Aku tergamam tak tau nak cakap apa.
"Dia orang selalu bergaduh.. Dulu saya tak macam ini... Tapi sejak-sejak dia orang mula bergaduh besar... Dia orang mula abaikan saya... Dia orang buat hal masing-masing... Saya dah la anak tunggal.. Rasa macam terbuang je.." Emy menyambung. Ada butiran air mata yang mengalir dari kelopak mata dia. Sebelum ini aku tak pernah tanya pun pasal ahli keluarga dia. Lagipun baru-baru ini baru kami semakin rapat.
"Sebab itu Emy rasa senang bila ada abang... Emy rasa macam abang dah curahkan kasih sayang yang cukup untuk Emy... Emy sayang abang.. Abang jangan tinggalkan Emy tau..." Dia memandang aku. Jari kelingking di angkat tanda janji. Aku menyambut janji tersebut.
"Selagi abang hidup.. Abang tak akan tinggalkan Emy..Abang janji... Dah... Emy jangan banyak pikir... Nak final dah ni.. Emy kena buat betul-betul... Buktikan pada abang..Pada kawan-kawan.. Pada ibu dan ayah Emy yang Emy kuat... Emy pandai... Emy tak terganggu pun dengan orang sekeliling..." aku memberikan kata-kata semangat kepada Emy. Dia Cuma mampu tersengih. Entah ikhlas atau tidak. Dia memeluk aku sebelum dia tidur didalam dakapan aku.
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
عشوائي"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...