Part 13

8.9K 248 5
                                    

Bodoh.. Bangang... Bahalol punya Aqil... Kenapa kau boleh tertinggal benda tu dekat dalam. Habis... Macam mana nak masuk ni.. Aku menggaru kepala yang tak gatal... Bila-bila masa sahaja Boss boleh habis mesyuarat. Macam-macam masalah la kau ni Aqill.. Mundar mandir aku dihadapan pintu pejabat sambil membawa baldi yang berisi kelengkapan cuci. Meja Kak Rose dituju. Tiada orang. Alamak. Dah nama pun PA Boss. Mestilah ikut pergi mesyuarat. Aku buntu.

Aku mendapat satu idea. Selain Boss dan Kak Rose, ada lagi seorang yang mesti pegang kunci bilik Boss ini. Aku segera mengorak langkah menuju ke luar bangunan. Bilik pengawal dicari.

"Assalamualaikum... Pakcik... Oh Pakcik..." aku memberi salam tatkala menjenguk pintu bilik pengawal keselamatan. Selalunya akan ada seorang pakcik anggaran umur 40 an yang jaga waktu siang.

"Waalaikumusalam... Ya... Kenapa dik...? Dengan baldi segala... Nak cuci pondok pengawal sekali ke...?" Pakcik tadi menjawab dari belakang aku. Tidak perasan baldi dan alat mencuci pun aku bawa. Adoi. Baru lepas pusing-pusing kawasan kot.

"Ish... Tak adalah pakcik... Ni nak tanya... Pakcik ada tak simpan kunci bilik Boss..." Aku bertanya sambil memberi laluan kepada pakcik tadi memasuki pondok pengawal.

"Ermm... Kalau bilik Boss tak ada lah dik... Kalau stor-stor ada lah... Kenapa ni...?" Pakcik tadi menjawab.

"Alamak...Tak ada apa pakcik... Saya sepatutnya kena bersihkan bilik Boss hari ini... Tapi tadi masa keluar dari bilik dia nak ambik benda ni, kunci saya tertinggal kat dalam..." aku menceritakan hal sebenar sambil menunjukkan baldi dan alat mencuci ditangan. Aku kembali ke pejabat dengan hampa.

Aku sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Hanya mampu bersabar menunggu Boss habis mesyuarat baru boleh masuk bilik dia. Aku bersedia dengan apa jua kata-kata yang terbit dari mulut Boss tu nanti. Aku tau aku ni cuai. Benda senang macam tu pun boleh cuai. Aku duduk melutut disamping pintu kaca bilik Boss sebelum tiba-tiba terlelap.

Boss P.O.V

"Okay... Kalau tidak ada apa-apa soalan lagi... Boleh teruskan kerja masing-masing... Terima kasih semua..." aku menamatkan mesyuarat. Pekerja-pekerja yang menghadiri mesyuarat rata-rata bersalaman dengan aku sebelum meninggalkan bilik mesyuarat. Jam ditangan dikerling. Sudah pukul 12.00 tengahari. Perut sudah berbunyi. Alang-alang sudah masuk waktu rehat. Baik aku pergi makan dulu. Kaki diatur menuju ke bilik pejabat. Ramai pekerja-pekerja yang sudah keluar untuk rehat tengahari. Agaknya budak pun dah pergi rehat. Haish. Baru nak kacau dia.

Dari jauh terlihat kelibat seseorang sedang duduk hadapan pintu pejabat aku. Dalam diam aku mendekati dia. Pfftt. Aku menahan ketawa. Mesti kunci tertinggal dekat dalam ni. Tadi aku perasan kad tu ada atas meja. Aku mengeluarkan telefon bimbit sebelum menangkap beberapa keping gambar dia yang sedang tidur. Usai menangkap gambar, telefon disimpan.

"Ehemm.." aku sengaja berdehem dengan agak kuat untuk mengejutkan dia. Terkebil-kebil dia membetulkan cermin matanya yang sudah jatuh ke hidung. Dia memandang aku.

"Eah... Boss... Ermmm..." dia segera berdiri sambil membetulkan baju serta mengibas-ngibas seluarnya dari habuk. Kepala digarunya.

"Pehal kau tidur kat luar ni...? Curi tulang eah...? Aku potong gaji kau nanti baru tahu..." aku menegurnya dengan suara yang garang. Dia menundukkan kepala.

"Errr... Maaf Boss... Bukan nak curi tulang... Saya terkunci diluar..." dia menjawab sambil menundukkan kepala. Perlahan suarannya namun masih boleh aku dengar. Aku sedaya upaya menahan ketawa. Mujur dia pandang bawah. Kalau tengok muka aku pasti kantoi.

"Benda kecik pun boleh cuai. Lepas ni tinggal hidung, kaki, tangan kau semua. Hish...!!" aku berkata. Kad putih disentuh ke sensor kunci sebelum menolak pintu untuk masuk ke dalam. Dia membontoti aku dengan membawa baldi serta alat mencuci yang lain.

"Sebagai denda... Kau tak boleh rehat.. Paham...??!!" aku memberi arahan sebelum dibalas anggukan dari dia. Sedih melihat reaksi mukanya bila tak dapat rehat. Beberapa barang peribadi diambil sebelum berlalu meninggalkan dia.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now