Gambar di atas ialah gambar Do Bong Soon, Do Bong Dong, Do Bong Gu. Hehehe. Dah. Jom sambung...
.
.
.Harleen yang baru bersiap itu segera bergegas ke rumah Dato' Qiff Adam selepas mendapat panggilan telefon darinya dengan menaiki kereta Mercedes Benz nya.
Sesampainya di rumah Dato' Qiff Adam, Harleen menekan loceng rumah dan pintu pagar terus terbuka dengan automatik. Harleen terus melangkah masuk ke dalam rumah banglo 3 tingkat itu. Dia dijemput duduk oleh pembantu rumah sementara menunggu Dato' Qiff Adam untuk turun ke ruang tamu rumah itu. Tidak lama selepas itu, Dato' Qiff Adam turun ke ruang tamu bersama dengan Datin Qareena Sophea. Harleen bersalaman dengan Datin Qareena dan tersenyum kepada mereka berdua.
"Cantik orangnya. Kalau lah Farique pilih perempuan macam Harleen sebagai menantu aku" keluh Datin Qareena dalam hati.
"Kenapa uncle panggil Harleen datang rumah uncle ni?" Harleen mula mengajukan soalan kepada Dato' Qiff Adam.
"Harleen boleh tolong jemputkan anak uncle tak, Tengku Farique Adha kat KLIA pukul 2.30 petang esok? Dia baru balik dari England. Uncle ngan Auntie kena pergi Perth petang ni. Petang lusa baru balik. Nak suruh Pak Mail takut dia tak kenal pulak anak uncle. Ye lahh. Pak Mail kan baru kerja kat sini"
"Ohh. Boleh je Uncle. In sya Allah. Mana Tengku Fareeqa?"
"Terima kasih Harleen. Fareeqa ada dekat bilik dia di tingkat 2. Pergilah naik" Datin Qareena mempelawa Harleen naik ke tingkat atas.
Harleen mendaki tangga banglo 3 tingkat itu satu persatu hingga ke tingkat 2 tanpa perasan yang lift ada di tepi. "Bapak tinggi bilik budak ni". Harleen mengira setiap satu anak tangga untuk sampai ke bilik Tengku Fareeqa. Semua anak tangga ada 40 kesemuanya. Harleen yang masih tercungap- cungap mengetuk pintu bilik yang digantung ukiran papan kayu bertulis 'Tengku Fareeqa Qaysarra'.
Pintu bilik dibuka dan Tengku Fareeqa yang sedikit terkejut itu terus memeluk Harleen selepas sahaja melihat muka gadis itu. Harleen membalas pelukan gadis berusia 18 tahun itu sambil tersenyum manis ke arahnya.
"Kak Harleen lama tak datang sini. Tak rindu Eeqa ke? Lagi satu kenapa akak tak naik lift? " ujar Tengku Fareeqa yang belum merungkaikan pelukannya dengan Harleen. Harleen sedikit pelik dengan perkataan lift. Bila difikirkan balik baru dia teringat yang lift ada di sisi kanan rumah. Astaga penat aku panjat tangga tadi.
"Ehh. Mestilah akak rindu. Cuma akak too busy lahh. Bulan depan akak convo. So banyak benda kena ready sekarang. Sorry ehh. Akak saja naik tangga. Exercise sikit" balas Harleen sambil mencuit hidung milik Tengku Fareeqa. Harleen agak menyesal kerana tak teringat untuk naik lift.
"Jom masuk bilik Eeqa!" Tengku Fareeqa menarik tangan Harleen untuk masuk ke dalam biliknya.
Mereka mengambil beberapa gambar potret bersama- sama untuk dimuat naik di dalam Instagram. Tengku Fareeqa memuji kecantikan diri Harleen. Harleen terus - menerus tersenyum dengan karenah gadis di hadapannya itu. Biasalah orang pujilah katakan. Kembang semangkok Harleen dibuatnya.
Mereka bersembang sehingga pukul 2.30 petang. Harleen memberi satu kucupan pada pipi gebu milik Tengku Fareeqa. Dia pulang ke penthouse nya untuk berehat sebentar sebelum pergi ke rumah mamanya untuk makan malam. Harleen sudah terlelap dan bangun semula pada pukul 6 petang.
~~~~~~~~~~
Keesokan harinya...
Harleen bergegas ke KLIA untuk menjemput Tengku Farique Adha yang baru pulang dari England. Harleen mengambil telefon bimbitnya dan terus membuka aplikasi Instagram untuk melihat rupa Tengku Farique. Dia membuka account milik Tengku Farique iaitu @tengkufarique._ . Harleen melihat satu persatu gambar Tengku Farique di feednya.
"Haha. Hensem jugak mamat ni" gumam Harleen dalam hati.
Tengku Farique yang baru turun dari kapal terbang itu mengambil bagasinya dan bergerak ke pintu masuk KLIA. Harleen yang ternampak Tengku Farique itu terus menuju kepadanya.
"Tengku Farique Adha?" tanya Harleen kepada Tengku Farique.
"Yes" jawab Tengku Farique sambil memusingkan badannya menghadap Harleen yang memakai penutup hidung dan mulut berwarna hitam itu sambil menjungkitkan sedikit kening yang agak tebal miliknya.
"Who are you? Why you're calling my name?" ujar Tengku Farique mendatar sahaja.
"Your parents send me to fetch you. Dato' and Datin have gone to Perth yesterday. So, I'm Harleen Aryanna Grandiose" ujar Harleen sambil menundukkan sedikit badannya di hadapan Tengku Farique.
"Ouh. Okay. Tengku Farique " balas Tengku Farique ringkas sahaja.
Mereka menaiki kereta Mercedes Benz milik Harleen yang dipandu oleh Harleen sendiri.
"Apa hubungan kau dengan family aku?" Tengku Farique mula bertanya kepada Harleen.
"Aku anak kepada kawan baik ayah kau"
"Ohh I see"
Sesampainya di rumah Dato' Qiff, Harleen meminta diri dan memandu keretanya pulang ke penthouse miliknya.
Tengku Farique hanya mengangguk lalu terus naik ke biliknya. Tengku Farique sudah lama tidak pulang ke Malaysia kerana bertahun belajar di England. Lega jugak setelah sekian lama di bumi England.
Harleen yang baru sampai di rumahnya itu terus berbaring di atas katil lalu tertidur kerana keletihan. Harleen asyik tidur je. Haha.
Harleen terjaga dari tidur sebaik sahaja telefonnya berdering."What 50 missed call. Matilanak". Harleen menjawab telefonnya itu lalu terus bersiap dan keluar dari perkarangan penthousenya. Menyesal tukar jam dari pukul 5 jadi pukul 3.
~~~~~~~~~~
"Hi Farrah, err kau dah lama ke sampai"
"Hi. Ehh tak lama pun. Dua jam je aku tunggu hah" jawab Farrah memerli Harleen yang masih tercungap- cungap berlari.
"Ala sorry lah. Aku tertidur kat rumah lepas balik dari KLIA tadi"
"Tak pakai la sorry- sorry. Kau kata nak datang pukul 3. Shopping sama- sama. Tapi sekarang dah pukul 5 kau tau tak" marah Farrah sambil menunjuk jam di tangannya.
Harleen terus memeluk Farrah sambil terus- terusan meminta maaf kepada Farrah.
"Okay okay okay. But don't do this again k" Farrah menahan ketawa melihat telatah Harleen.
Harleen mengangguk-angguk kepalanya sambil membuat muka kesal. Sengaja dirapatkan kedua- dua tangannya seperti meminta maaf.
"Olololo my bff ni memang gedik lah" ujar Farrah sambil memeluk Harleen. Harleen memutarkan bebola matanya.
"Ala. Ermm. Kita tengok wayang terus ehh. Shopping 2 jam tu kita tangguh dulu. Lepas tengok wayang aku belanja kau makan okay?" Harleen berasa serba salah dengan Farrah.
"Okay. Aku kalau kau nak belanja aku on ja. Hahaha"
Farrah dan Harleen menonton panggung wayang cerita Moana sambil makan popcorn dan minum air Coca Cola yang dibeli mereka. Mereka keluar makan di restoran McDonald's berhampiran.
*****************
Harleen dah jumpa dengan Encik Tengku, korang rasa macam mana hubungan diorang sebelum kahwin ehh🤔🤔 sis masih hentam je tulis bab ni. Sorry kalau ada kekurangan. Korang boleh lah komen pape yang korang nak letak dalam BTS ni. 😉😉. Sis pun tak sabar nak tulis bab seterusnya ni.😆😆 Kuatkan hati koramg ye baca bab seterusnya🥴 sis tak pandai tulis cerita sweet sweet ni. 😅. Redha je lah. Thank you untuk orang yang still support sis sampai bab 5 ni. 🙏🏻💕
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...