Tengku Farique balik ke rumah pada pukul 7 pagi untuk berehat. Dia perlu pergi ke hospital pula tengah hari nanti untuk melawat Harleen.
10.30 pagi...
Harleen bangun daripada tidur dan memegang luka di bahagian perutnya. Tiba- tiba dia terasa pelik pada hari itu. Rasa macam ada budak hilang. Tanpa sedar, dia menangis kerana anak yang dikandungnya telah hilang.
Harleen cuba untuk duduk dan berpaling ke arah tingkap. Dia bersyukur kerana masih diberi nyawa untuk hidup. Baginya tak apa jika anaknya hilang. Bak kata Harleen Aryanna Grandiose : "Anak boleh dibuat, nyawa satu tiada ganti"
Tiba- tiba pintu biliknya dikuak. Harleen memalingkan muka menghadap ke arah manusia yang membuka pintu tanpa memberi salam itu.
"Ehh. You dah bangun?" tanya Tengku Farique prihatin kepada Harleen. Harleen hanya tersenyum tawar lalu mengangguk kepada suaminya. Harleen memalingkan mukanya menghadap Tengku Farique.
"I'm sorry..." ujar Harleen perlahan sambil membuat muka kesal.
"For what?" tanya Tengku Farique.
"Sebab tak jaga anak kita elok- elok"
"It's not your fault Ayeen. Selagi awak okay, saya okay" balas Tengku Farique sambil mengusap kepala Harleen lembut. Harleen tersenyum lemah sambil memikirkan yang dia akan tinggalkan Malaysia untuk menguruskan kewangan hotel mereka di New York. Berat hati nya untuk meninggalkan Tengku Farique di sini.
"3 hari lagi awak boleh discharge. Jaga badan awak elok- elok. Awak baru keguguran" nasihat Doktor Aina kepada Harleen. Harleen hanya mengangguk kepada doktor itu. Dalam masa 14 hari, dia akan fly ke New York.
Harleen melihat Tengku Farique yang beria- ria menyuruhnya makan buah- bahan yang dibawa. Ramai juga fans yang bersimpati dengan kehilangan anak nya. Harleen hanya tersenyum sambil menahan tangis.
"Apa yang Ayeen nak buat ni Haiqal... " ujarnya perlahan sambil melihat keindahan bulan pada malam itu. Mata Harleen tertumpu pada satu bintang yang paling terang di antara bintang yang bercahaya.
"Ku gapai bintang bintang yang terang bercahaya.... Tak ku hirau satu bintang yang terindah... Yang selalu menemani diri ini... Bila ku kecewa..." nyanyi Harleen sambil menangis perlahan.
"Tak ku sangka kau pergi tinggalkan ku sendiri... Bersama derita yang dulu ku beri... Buka lah pintu hatimu sekali lagi... Sayang ku mahu kembali..." sambung Tengku Farique sambil memeluk Harleen yang sudah menangis di dadanya.
"Shhh. Uljima. Princess don't cry right" pujuk Tengku Farique sambil mengusap belakang Harleen.
"Yanna minta maaf sangat- sangat" ujar Harleen sambil memeluk erat Tengku Farique.
"Sokay sayang. I faham. You jangan tinggalkan I tau. I sayang kan you gila- gila. I sayang kan you lebih dari nyawa I" ujar Tengku Farique perlahan.
"Maaf kann Yanna abang..." monolog Harleen di dalam hati.
~~~~~~~~~~~~
Sepanjang tempoh 2 minggu, Harleen banyak menghabiskan masa bersama- sama Tengku Farique. Hingga satu masa, Harleen perlu pergi. Hotel telah diberi tanggungjawab kepada Hafreez untuk menjaganya sewaktu ketiadaan Harleen di Malaysia.
"Pergi kerja elok- elok tau. I rasa tak sedap hati harini. Jaga diri you elok- elok. I suruh duduk kat rumah, you nak pergi kerja. Degil ehh. Jangan buat kerja berat sangat okay?" nasihat Tengku Farique kepada Harleen. Harleen menahan sebak mendengar setiap ayat yang Tengku Farique sebutkan.
"Baiklah. Tapi I harap I akan balik rumah. Kalau I tak balik, you redha okay?" tanya Harleen perlahan.
"Hah ?" tanya Tengku Farique yang tidak mendengar dengan jelas perkataan Harleen tadi.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...