Chapter 15

214 12 0
                                    

"Farique, awak tidur lah dulu. Nanti saya masuk" ujar Harleen tiba- tiba sahaja.

"Laa. Okay lah" ujar Tengku Farique yang sudah siap berselimut di atas katil.

Harleen keluar ke balkoni, tapi kalini balkoni di tingkat 3. Sanggup Harleen naik ke atas semata- mata untuk melihat bulan purnama pada malam itu.

"Haiqal... Aku tak sangka aku dah kahwin. Kahwin tanpa dasar cinta pulak tu. Selama ni aku ingat cinta aku kat kau sorang je. 6 tahun kita couple, 16 tahun kita kenal pastu kau pergi. Semua... Sebab aku. Aku mintak maaf Haiqal" ujar Harleen sambil melihat keindahan gerhana bulan pada malam itu. Harleen menyanyi perlahan di sana. Memandangkan tiada sesiapa yang berada di tingkat 3. Harleen menyanyikan lagu Moonlight dari Ali Gatie. Antara lirik yang di suka Harleen ialah

Since you left me every night I'll go stare at the Moon
Wishing it was you and I that something we would do
Every Sunday morning I go watch the flowers bloom
I do things we used to do
Hoping I'll run into you
What's the lie and what's the truth, I cannot get over you
Doesn't matter what I do, everyone just looks like you

Harleen terjaga dari lamunannya sendiri sebaik sahaja ayat 'Doesn't matter what I do, everyone just looks like you'

"Farique" Harleen terus pergi ke bilik mereka untuk meneliti muka Tengku Farique dengan lebih dekat. Kuat drama toiii.

Harleen membuka pintu bilik dengan perlahan, risau jika ada yang terjaga. Dia duduk di birai katil. Kelihatan satu figura sedang nyenyak tidur sambil berdengkur kecil. "Farique, muka kau ada iras Haiqal. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Aku cuba terima kau. Walaupun percintaan ni susah untuk berkekalan" ujar Harleen perlahan sambil mencium dahi Tengku Farique. Dia turut terlena dibuai mimpi pada malam itu.

~~~~~~~~~~~~

Harleen bangun pada pukul 6 pagi. Segera di kejut Tengku Farique yang masih lagi seronok tidur. Tengku Farique menguap besar sebaik sahaja membuka mata. Segera tangan Harleen menutup mulut nya. "Tutup mulut tu. Nanti Syaitan masuk" ujar Harleen sambil menarik balik tangannya dari mulut Tengku Farique.

Dan mulalah perebutan tandas pada pagi itu. Harleen sempat berlari masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu. "Amboi amboi. Laju dia lari" ujar Tengku Farique yang masih lagi tersentak dengan bunyi pintu yang laju saja tertutup di hadapannya.

Tengku Farique duduk di birai katil. Di ambil iPhoneX miliknya dan di buka Gallery. Di tatap satu persatu gambar kahwin mereka semalam. "Haha better aku post. Walaupun aku tak suka dia, tapi rasa sayang still ada. Hehe. Lagipun nanti ada pulak yang ingat aku single" Tengku Farique terus membuat naik gambar perkahwinan mereka dengan caption 'Officially a husband to my angel'. Pastu dia tag @harleenaryanna_ di post itu.

"Haha padan muka korang Reena and Layla" Tengku Farique sudah mula memaki Reena dan adiknya Layla dalam hati. Mana lah tak sakit bila tahu girlfriend lagi dua orang tu dah kahwin pastu scandal dengan dia sebab harta. Adik beradik lak tu.

Harleen keluar dari tandas dengan memakai bathrobe berwarna baby blue dengan towel di atas kepala. Tengku Farique yang hendak masuk ke dalam tandas sempat lagi menarik tuala yang berada di kepala Harleen hingga rambutnya yang panjang terburai keluar.

"Farique! Penat tau tak nak bungkus rambut setengah meter ni!" jerit Harleen kepada Tengku Farique yang sudah lari masuk ke dalam bilik air. Harleen hanya menggeleng perlahan dengan karenah Tengku Farique terhadapnya.

Harleen memilih baju yang hendak di pakai sebentar lagi untuk ke rumah Dato' Qiff a.k.a Daddy dari wardrobenya. Di pilih kemeja berwarna merah dan dipadankan dengan blazer kelabu bercorak kotak. Aihh tak panas ke Harleen ni.

Selepas selesai memakai baju, Tengku Farique akhirnya siap mandi. Apa dia buat sampai lama sangat ni. Harleen langsung tidak memandang badan sasa milik Tengku Farique lalu terus duduk di meja solek untuk bersiap. Harleen menempek sedikit bedak kompak di mukanya. Diletakkan juga pembayang mata, pemerah pipi dan lip tint. Dah macam korea sekali pandang. "Awak solat lah ye saya tak boleh solat lagi" ujar Harleen perlahan sahaja kepada Tengku Farique. Tengku Farique hanya mengangguk sahaja mendengar kata- kata Harleen.

Tengku Farique pula sudah siap dengan T-shirt merah nya itu. Wait. Merah? Kenapa perlu sama. Huhu. Harleen hanya redha sahaja dengan Tengku Farique yang masih beria. Terkadang Harleen berasa bersalah dengannya. Namun Harleen masih mencuba untuk mencintai suaminya.

Harleen mengikat sanggul pada rambutnya dan menyarung blazer kelabu. Di ambil beg tangan dan kasut dari dalam wardrobe dan terus turun ke bawah. Tengku Farique yang sedang solat itu di tinggalkan sahaja di dalam bilik. Apa lah nasib. Asyik kena tinggal je Encik Tengku ni.

Harleen turun ke dewan makan untuk makan. Takkan nak tengok pulak kan. Hehe. "Assalamualaikum Mak Mah. Aleen nak tolong" Harleen menyapa Mak Mah yang sedang sibuk memasak di dapur.

"Kamu tak penat ke, kalau ada kat sini, hari- hari nak tolong Mak Mah. Bila kamu nak balik rumah kamu?"

"Suatu hari nanti Aleen baliklah. Hehe" ujar Harleen sambil ralit memotong sayur.

"Aleen. Amacam kahwin semalam. Okay?" tanya Dato' Harris yang turun bersama- sama Datin Qareena yang sudah turun dari tingkat dua.

"Ehh papa. Okay je. Tak de lah teruk sangat. Just penat je"

"Bagus lah kalau macam tu. Kejap lagi korang nak pergi rumah Dato' Qiff kan. Kirim salam papa ye kat dia. Pastu korang pergi hotel ye. Esok ada lagi satu majlis"

"In sya Allah papa" ujar Harleen sambil tersenyum kepada papa dan mamanya.

Tengku Farique dan Hafreez berjalan seiring di tangga. Entah apa yang disembangkan mereka. Umur sama kan, 22 tahun. Harleen menolong Mak Mah menghidangkan makanan di atas meja panjang di dewan makan rumahnya.

Selepas semua telah duduk baru lah Puan Hafizah turun dari lift. Rasanya Harleen, Tengku Farique dan Hafreez sahaja yang suka guna kan tangga. Tapi Harleen tiba- tiba boleh jadi malas naik tangga. Mungkin sebab mood. Ye lah. Perempuan kan.

Mereka menikmati hidangan selama setengah jam. Dan semua buat kerja sendiri pagi itu. Hafreez hanya pergi ke gallery, Harleen dan Tengku Farique hendak pergi ke rumah Dato' Qiff.

Harleen menyarungkan kasut setinggi 3 inci di kakinya. Dia berjalan ke kereta milik Tengku Farique dan masuk ke dalamnya. Harleen yang duduk di sebelah Tengku Farique hanya bermain dengan telefon. Well instafamous baru kahwin, so kena lah post jugak walaupun terasa seperti di paksa. Harleen membuat naik gambar perkahwinannya dengan Tengku Farique dalam Instagram dengan caption 'Officially Mrs. Farique'. Tak sampai dua minit post dah berpuluh komen masuk. Ada yang 'Ehh bila kak Aleen kahwin, tak bagitahu pun'. Harleen terpaksa lah jawab komen itu satu persatu. Kes sayang punya pasal lah ni.

"Aleen... Buat apa tu?" tanya Tengku Farique tiba- tiba sahaja.

"Tengah layan followers jap"

"Untunglah followers awak tu. Ada orang bagi attention, saya ni attention dari isteri pun tak dapat" Tengku Farique mula memuncungkan mulut nya. Ishh macam pondan pulak.

"Yelah yelah. Nak attention kan. Nak berapa banyak?" tanya Harleen sambil mematikan telefonnya dan menghadap ke arah Tengku Farique yang masih lagi fokus pada pemanduannya.

"Nak attention tanpa had. Taknak macam U Mobile"

"Amboi amboi. Banyak hensem muka kau" ujar Harleen sambil mencubit manja paha Tengku Farique.

"Sakit lah. I memang hensem " Tengku Farique mengaduh sambil membuat muka gedik. Again.











********************

Hehe. Boringlah duduk kat rumah ni☹️. Btw. Korang okay tak bab ni. Sorry kalau ada kurang.😖. Thank you sebab sanggup baca BTS sampai sini. 🙏🏻✨❤

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now