Chapter 22

151 9 0
                                    

"Hai Harleen" ujar Raihanna yang berada di luar rumah.

"Raihanna" Harleen tersangat lah terkejut menerima tetamu pada hari itu. Harleen semestinya kenal si perempuan Anna ini. Musuh lamanya dahulu.

Tanpa dijemput, Raihanna terus masuk ke dalam rumah itu sehingga tubuh Harleen bertemu dengan pintu. Harleen menutup pintu apartment itu dan menyambung mengemas rumah. Malas nak kesah.

"Sayang. I datang ni" jerit Raihanna ke dalam bilik Tengku Farique tanpa mengetuk pintu.

Tengku Farique memalingkan tubuh nya menghadap gerangan jebon yang tak diajar untuk mengetuk pintu itu. Alangkah terkejut nya dia tatkala memandang wajah Raihanna yang masih lagi bernyawa itu. Ehh yang sudah sedar itu. Tarik balik. Raihanna terus memeluknya tanpa kebenaran. Entah apa yang merasukinya sehinggakan dia membalas pelukan itu. Di usap belakang Raihanna sambil menangis- nangis. Kuat drama lah kau Farique.

"Hey. Why are you crying. I hidup lagi lah" ujar Raihanna sambil mengesat air mata Tengku Farique.

"Happy dowhh. Finally I can see you again"

"Tapi kenapa you kahwin? You kata you nak kahwin dengan I" Raihanna mencebik manja. Gedik.

"Pilihan keluarga. Tapi I dengan Harleen akan cerai next year. So lepas tu kita kahwin ehh?"

"Seriously sayang. Wahh. I love you baby" ujar Raihanna sambil mencium pipi Tengku Farique. Tengku Farique agak terkedu dengan perbuatan Raihanna itu. Dia hanya membiarkan sahaja perlakuan Raihanna itu. Tapi dia rasa kurang selesa dengan perbuatan Raihanna itu.

Harleen yang melihat adengan itu terus masuk ke biliknya. "Wtf is going on here. Aku pun tak pernah kiss suami or boyfriend aku" gumam Harleen di dalam hati.

Dia bermain- main dengan telefon bimbitnya. Tiba- tiba dia mendapat mesej dari Farrah.

내여자친구 Farrah💜✨
Anyeong Harleen. Assalamualaikum. Wehh. Aku nak balik Malaysia esok taww. Jangan lupa ambil aku lak. Kita hang out pastu kayy.

Harleen
Waalaikumussalam. Anyeong.
Kau biar betik dowhh.
Wahh taksabarnya aku.
Aku pergi in sya Allah.
👌🏻💜✨.

Harleen tersenyum sorang- sorang dalam bilik itu. Tak sabarnya nak jumpa Farrah esok. Hampir 1 bulan dia pergi Korea. Dah la tak ajak. Ehh dia yang tak boleh pergi.

Harleen membelek fail yang berada di atas meja nya pula. Fail interview. "Yeah new Operator". Dia membuka fail dan melihat resume yang diletakkan di dalam fail itu.

"What the heck. Why should her" Harleen mengeluh kerana resume itu adalah milik Raihanna. Macam tak ada orang lain ke. Nak tak nak Harleen kena lah terima. Resume Raihanna pun cantik. SPM 5A. Kira okay lah tu. Lusa dia kerja lah tu. Kena hadap muka tu setiap hari ke? Erghh...

"Apa lah pasangan dua sejoli tu tengah buat sekarang ehh" Harleen mengambil keputusan untuk keluar melihat suaminya dan Raihanna.

Tengku Farique dan Raihanna tengah seronok menonton televisyen di ruang tamu. "Cehh. Tak ajak" Harleen ke dapur untuk membuat air untuk tetamu yang tak diundang itu.

Dia meletakkan air di atas meja di tengah ruang tamu. Dia juga menjemput Raihanna untuk minum. Raihanna tersenyum (tak ikhlas) lalu terus minum air yang dihidangkan kepadanya. Dia juga sengaja menyuapkan biskut ke dalam mulut Tengku Farique. Harleen hanya tersenyum lalu fokus pada televisyen sahaja. Malas nak layan K-Drama live kat depan ni. Tengok Park Hyung Sik lagi seronok dari tengok suami sendiri dengan perempuan yang merupakan ex girlfriend kepada Haiqal (dulu lah sebelum couple dengan Harleen).

"Farique. Esok aku nak pergi KLIA. Nak jemput Farrah. So maybe esok aku balik lewat sikit" Harleen memberitahu kepada suaminya tentang niatnya itu.

"Okay. Kirim salam dekat dia" balas Tengku Farique ringkas. Mereka sambung tengok TV sampai petang.

Raihanna pulang ke rumahnya dengan penuh senyuman. Seronok lah tu jumpa boyfriend. Harleen makan malam bersama- sama dengan suaminya dan terus masuk tidur selepas itu.

~~~~~~~~~~~~~~

Harleen menunggu Farrah di McDonald's di dalam KLIA. "Mana nenek ni. Lambat betul" ujar Harleen sambil menghirup air Pepsi yang di pesan nya tadi.

"Akak boleh tak nak minta sign" ujar seorang perempuan sambil menepuk bahu Harleen. Harleen sedikit tersedak dengan tindakan perempuan itu. Badannya dipusingkan ke belakang dan memandang gerangan manusia yang tak pandai bagi salam itu.

"Farrah. Kau ni kan. Memang saja je kan. Eyy" ujar Harleen sambil menampar kuat belakang Farrah.

"woii. Sakit siaa. Aku buat sikit je kan. Adumak bengkak belakang aku. Aku potong tangan kau" ujar Farrah sambil mengusap- usap belakangnya walaupun susah.

"Kisah?" ujar Harleen sambil berjalan meninggalkan Farrah. Farrah masih berdiri di situ. "Palli" jerit Harleen lalu Farrah terus berlari ke arah Harleen sambil menarik bagasinya.

Harleen memasukkan bagasi Farrah ke dalam bonet keretanya. Farrah telah lama duduk rileks di seat penumpang. "Haihh payah nak jaga budak" ujar Harleen sambil membuka pintu keretanya.

"Mana?" tanya Farrah kepada Harleen.

"Mid Valley. Okay?"

"Okay je"

Harleen memandu keretanya menuju ke Mid Valley dan memarkir kereta itu di parking kosong. Jenuh cari.

Mereka berdua bershopping sehingga hampir maghrib (kira- kira 4 jam shopping). Tengok wayang pula sampai pukul 9 malam. Lepas tu keluar makan dan pusing Kuala Lumpur sampai pukul 10. Lepas itu baru lah Harleen menghantar Farrah pulang ke rumahnya. Harleen pulang semula ke rumahnya.

Dia membuka pintu rumah. Tetapi gelap sahaja. "Mungkin belum balik" gumam Harleen di dalam hati. Dia membuka pintu biliknya dan menukar baju. Tiba- tiba dia mendengar ketukan di pintu rumahnya. Dia menuju ke pintu untuk membukanya.

Kelihatan Tengku Farique sedang memapah Raihanna yang agak mabuk. Sangat mabuk sebenarnya. Harleen terus menolong suaminya untuk membawa Raihanna ke bilik tetamu yang lagi satu. Mereka membaringkan Raihanna di atas katil dan Harleen mengelap muka Raihanna menggunakan kain lembab.

"Kau pergi lah bersihkan diri tu dulu. Biar aku uruskan dia kayy" ujar Harleen kepada Tengku Farique. Tengku Farique hanya mengangguk sahaja dengan arahan Harleen.

"Kau ni Raiha. Dari dulu sampai sekarang. Tetap sama kan. Enjoy je kerja. Tak pernah nak serious dalam buat kerja" bebel Harleen kepada Raihanna.

"Kau diam boleh tak. Aku pening ni sial" balas Raihanna kepada Harleen. Dalam mabuk pun boleh marah lagi.

"Ishh ye la. Ye la. Kau rehat je kat sini okay. Dengar kata esok kau kerja. Betul ke?"

"Betul lah tu. Kau mana tahu?"

"Kau kerja tempat aku lah. Kalau kau takde baju. Pinjam je baju aku" Harleen bangun dari birai katil itu dan menuju ke pintu.

"Ohh. Ye lah ye lah. Blah ahh kau. Aku nak rehat" halau Raihanna lalu memusing badannya membelakangi Harleen. Harleen menutup pintu dan masuk ke dalam biliknya.

"Haiqal. Kau tak ada di saat aku memerlukan kau" luah Harleen kepada bulan lalu dia baring dan tertidur.















*****************

Siann Harleen. Gaiss. Sorry update banyak 🙃. Sis busy dengan homework. Tapi tak buat pun. Nanti ahh😂

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now