Chapter 20

223 10 0
                                    

Harleen dan Tengku Farique melayan tetamu yang hadir pada hari itu. Ada jugak fans yang terlepas datang situ, so Harleen dengan Tengku Farique layan je lah.

Selepas selesai menjamu selera dan mengambil gambar bersama kawan dan keluarga, muncul seorang lelaki dalam lingkungan umur 20an pergi ke arah Harleen dan Tengku Farique. Serta merta tangannya yang memegang kek itu dihayunkan ke muka Harleen.

"Ouch. My face" ujar Harleen sambil mengelap mukanya yang telah dipenuhi kek itu. Tetamu yang hadir telah terkejut dengan tindakan lelaki itu. Dato' Harris mengarahkan guards yang menjaga dewan itu menangkap lelaki yang sudah berlari untuk keluar dari dewan itu.

Belum sempat Tengku Farique ingin membantu Harleen membersihkan mukanya, Harleen awal- awal lagi telah bergerak ke meja kek itu dan mengambil pisau. Dia membaling pisau itu lalu terkena pada betis kanan lelaki itu. Lelaki itu terduduk di hadapan pintu dewan Aqua Birch sambil mengerang sakit. Tanpa menghiraukan pandangan tetamu terhadapnya, Harleen terus turun dari pentas dan menuju ke arah lelaki itu.

"Kau nak apa hah!" ujar Afiq, lelaki itu kasar kepada Harleen.

"Simple je. Aku nak kau minta maaf. That's all" ujar Harleen mendatar sahaja namun tegas di hujung ayat. Tengku Farique sudah berada di belakang Harleen untuk menenangkannya.

"For?" tanya Afiq dengan nada sinis kepada Harleen. Tangannya masih memegang luka di betisnya.

"For your bad attitude"

"Okay fine. I'm sorry kayy" balas lelaki itu sambil membuat muka mengalah (cenna tu).

"But... You hurt me once in my leg" sambung Afiq itu lagi.

"Don't you know that you hurt me twice, my face and my heart. Aziz! Bawak dia pergi hospital. Bil rawatan kaki dia semua atas nama saya. And, I'm sorry for that okay"
Harleen mengarahkan guards untuk membawa Afiq ke hospital dan meminta maaf atas tindakannya itu.

Harleen memalingkan muka ke arah suaminya yang masih lagi terkejut dengannya. Dia berkata 'sorry' dalam bahasa isyarat kepada keluarga dan tetamu yang hadir. Farrah menarik tangannya ke tandas untuk membersihkan muka yang penuh dengan kek itu.

"Kau ni Harleen, orang tengok tahu tak. Nasib pisau tu tak kena dekat tetamu. Saja lah cari pasal kau ni" bebel Farrah kepada Harleen sambil mentouch up muka Harleen yang telah dibersihkan. Harleen hanya mencebik muka sambil asyik bermain dengan telefon bimbitnya.

"Kau keluar lah dulu. Aku nak masuk tandas jap" ujar Farrah sambil tangannya ligat menyimpan alat solek ke dalam beg yang disediakan. Harleen hanya mengangguk lalu keluar dari tandas dan menuju ke dewan semula.

Dalam perjalanan pulang ke dewan, dia terserempak dengan wartawan dan reporters yang ingin menginterview nya tentang kehadiran yang berlaku tadi. Dia hendak melarikan diri namun telah dikepung oleh reporters itu. "Oh gosh" gumam Harleen di dalam hati.

"Apa pendapat Puan tentang lelaki yang menyerang Puan dengan kek tadi?"

"Bagaimanakah Puan membaling pisau itu dengan tepat tanpa tersasar pada tetamu?"

"Apakah perasaan Puan apabila diperlakukan begitu?"

Harleen masih berusaha untuk keluar dari kepungan itu namun gagal. Dia tidak menjawab sepatah pun soalan yang ditanyakan kepadanya. "Let me out" ujarnya kepada reporters itu namun persoalannya tidak diendahkan. Harleen menyilangkan tangannya di dada sambil membuat muka menyampah.

"At least Puan jawab lah satu soalan dari kami"

"Aku ada kemahiran tentera. That's all. Now let me out! Guards! Take them out!" jerit Harleen kepada reporters itu lalu memanggil guards.

"What are you guys doing here. Let her out please" ujar Tengku Farique tiba- tiba sambil merempuh reporters yang menghalang laluannya. Dia terus memeluk Harleen sambil membawanya keluar dari dikepung oleh reporters tak betul itu.

Tidak cukup dengan dikepung, mereka di kejar. Harleen menarik tangan Tengku Farique lalu berlari masuk ke dalam dewan dan menyuruh guards menghalau mereka keluar dari hotel itu. Akhirnya, semua reporters itu berjaya dihalau keluar. Harleen dan Tengku Farique sudah bergerak ke tengah dewan untuk acara tari menari. Baru penat lari dah kena menari. Nasib kau lah.

"Are you okay?" tanya Tengku Farique kepada Harleen. Harleen hanya tersenyum lalu mengangguk kepada suaminya.

Tengku Farique menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Harleen. Tanpa melengahkan masa, dia terus merangkul pinggang ramping milik Harleen dan memegang erat tangannya. Sebaik sahaja lagu di mainkan, mereka memulakan tari menari itu. Bridesmaids mereka menari di keliling pengantin. 12 pasang lelaki dan perempuan menari di tengah dewan sebelum tetamu yang lain juga boleh join menari itu.

Harleen lah orang yang paling bahagia pada hari itu. Walaupun dia tahu perkahwinan ni agak susah untuk kekal. Sungguh Harleen sudah mula sayangkan Tengku Farique.

~~~~~~~~~~~~~~

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Harleen kelihatan sungguh penat kerana letih melayan tetamu. Mereka berdua keluar ke tasik berhadapan dengan hotel itu untuk mengambil gambar.

(Bersama Naufal lagi. Mari kita bergambar) author tiber lagi.

Harleen memandang mata coklat milik Tengku Farique sambil merangkul leher nya. Tengku Farique pula memandang mata dark grey Harleen dan merangkul pinggangnya. Naufal mengambil gambar mereka sehingga pukul 7 malam.

Mereka berdua masuk semula ke dalam hotel. Kelihatan para tetamu juga telah ramai yang pulang ke rumah masing- masing. Malam ini mereka berdua akan pulang ke apartment milik Tengku Farique selepas mengemas barang. Lusa dah kena pergi kerja semula.

Mereka berdua naik ke bilik dan mula mengemas barang- barangan mereka ke dalam luggage selepas siap membersihkan diri. Selepas selesai mengemas barang, Harleen duduk di birai katil untuk tidur sekejap. Pukul 9.30 baru nak bertolak ke rumah Tengku Farique.

~~~~~~~~~~~~~~

Tengku Farique mengejutkan Harleen yang masih lagi tidur di sisinya. Harleen bangun lalu membasuh mukanya di dalam bilik air dan menarik bagasinya keluar dari bilik itu. 

Tengku Farique menyimpan bagasi mereka berdua di bonet kereta. Dia memandu keretanya ke apartment nya di Damansara. Harleen yang masih kepenatan sudah tertidur di sebelah nya.

"Harleen bangun lah. Dah sampai ni" ujar Tengku Farique sambil menepuk kaki Harleen. Harleen bangun lalu tersenyum tawar kepada suami nya. Mereka berdua menarik bagasi menuju ke tingkat 22.

Tengku Farique membuka pintu rumahnya dan menyuruh Harleen masuk. Dia masuk ke dalam sambil matanya melilau di dalam rumah itu. "Cantik. Tak lah sempit sangat kan. Tapi rumah aku cantik lagi" gumam Harleen di dalam hati.

"Termenung apa tu" tanya Tengku Farique tiba- tiba. Harleen hanya menggeleng ke arah suami nya.

"Pilihlah bilik mana yang kau suka. Aku masuk dulu. Okay" ujar Tengku Farique lagi sambil menarik bagasi ke dalam bilik nya. Harleen memilih bilik yang berada di penjuru rumah. Tingkap keliling bilik, walk in closet and plain wall (boleh letak gambar or frame).

(kira- kira macam tu lah ye)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(kira- kira macam tu lah ye)





*************

Ermmm. Cantik lak😍. Vote lah kalau rajin. Huwaaa. Qis akan update lagi guyss😂

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now