"Hai Harleen, kau sihat?" sorry time kau kat hospital haritu aku terpaksa balik cause my maid buat hal pulak dah. So, aku suruh lah Encik Tengku kau tu tengokkan kau. Hehe.
"Well look at me. I'm okay je. Dia lah kau punya Encik Tengku. Aku viral tau dalam Instagram. Malu aku dowhh. By the way how about the competition. Aku terkeluar ke" Harleen mula risau jika dirinya telah tersingkir dari ratu cantik competition yang di sertainya itu.
"Taklah. Diorang singkirkan nisya cause diorang dah tahu yang nisya tu pondan, hahaha. Tu lah buat benda tak reti nak sorok" meletus tawa Farrah bila mengingatkan lelaki yang sengaja memperempuankan dirinya. Haha.
"What the fish. Seriously. Aku mati- mati ingat ori rupanya plastic je. Hahaha" Harleen turut ketawa bersama rakan baiknya itu.
~~~~~~~~~~
Satu minggu kemudian...
"Harleen, kau dah menang competition ni, muka kau tak lah cantik sangat tapi kenapa diorang pilih kau ehh. Mungkin sebab baju yang kau design ni cantik sangat kot. Ermm untunglah. Kena pulak tema pengantin, kau lagi menjadi lah nak design baju pengantin " ujar Farrah sambil membelek- belek muka Harleen.
"Amboi amboi Farrah, aku macam nak sedekahkan penyepak aku dekat kau lah. Ikhlas dari hati ni. Baju pengantin tu aku bagi je kat butik mama aku. Haha takkan lah aku nak simpan kat aku. Lambet lagi aaaa aku nak kahwin. Aku nak kahwin umur 32"
"Taknak aku dapat penyepak kau. Jap jap. Kau kata apa! 32!! Tua gila babe!" Farrah terus mengundurkan dirinya ke belakang.
"Biarla" balas Harleen selamba.
~~~~~~~~~~~
Tengku Farique bangun dari tidur kerana ingin menjawab panggilan di telefon. Tengku Farique terpaksa pergi ke mesyuarat di Indah Verlyn Hotel, Hotel yang agak terkenal di Kuala Lumpur bersama daddynya memandangkan dia bakal menjadi CEO syarikat milik daddynya.
"Sayang, you nak pergi mana?" ujar Reena yang masih lagi baring di atas katil milik Tengku Farique.
"I nak pergi meeting lah, you siap cepat, I nak keluar"
"I tak larat lah. Jomlah sikit je ermm"
"Takyah nak gedik sangatlah, bangun cepat"
"Ishh" Reena mencebik muka.
~~~~~~~~~~~
Harleen memandu keretanya ke perkarangan rumah agamnya. Harleen memarkir keretanya di garaj dan berjalan masuk ke rumah sambil memberi salam.
"Assalamualaikum, mama Harleen datang ni. Mama dekat mana?"
"Mama ada kat atas ni hah"
Harleen memanjat tangga satu persatu hingga sampai di tingkat atas. Lif ada sahaja di tepi namun Harleen masih menggunakan tangga. Senaman katanya. Kalini tak cover dah, ni real punya senaman.
"Mama, Harleen dah nak grad minggu depan, so mama ngan papa pergilah tengok"
"Okay sayang. In sya Allah mama pergi"
"Harleen nak pergi jumpa papa kejap dekat office papa. Kejap lagi Harleen datang balik" ujar Harleen sambil mencium tangan mamanya.
"Okay sayang, see you soon"
Harleen menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari rumah mamanya.
Harleen melangkah masuk ke dalam Indah's Verlyn Hotel. Semua pekerja di situ tunduk hormat kepada anak Dato' Harris Azfiq Grandiose itu. Harleen membalas tundukan tersebut dengan senyuman lebar yang menampakkan barisan giginya yang putih berseri.
"Miss Una. Dato' ada tak kat office ?" Harleen menanyakan soalan kepada receptionist hotel itu.
"Ohh Dato' tengah meeting dengan Dato' Qiff dalam meeting room. Kejap lagi diorang keluar lah tu.
"Okay, thanks" balas Harleen sambil tersenyum kepada receptionist tersebut.
Harleen menunggu selama 10 minit di sofa hotel. Akhirnya Dato' Harris keluar juga dari meeting room. Harleen terus bangun dari duduknya dan terus menarik tangan papanya untuk duduk di kerusi hotel.
"Papa, Harleen dah nak graduate next week. Kalau papa tak sibuk, papa pergilah ye. Harleen tak paksa " ujar Harleen sambil tersenyum sayu kepada papanya.
"In sya Allah ye sayang. Papa cuba pergi ye" Dato' Harris mengucup ubun-ubun anak bongsunya itu.
"Papa, Harleen balik dulu ehh. Harleen tunggu papa kat rumah" Harleen mencium pipi papanya dan keluar dari Indah's Verlyn Hotel sebelum namanya dipanggil oleh Tengku Farique.
"Harleen right? You buat apa kat sini? " Tengku Farique bertanya kepada Harleen sebaik sahaja dia selesai bercakap dengan papanya.
"Ehh. Hai, tadi aku jumpa papa aku jap. Tengku pulak buat apa kat sini?"
"Just call me Farique. Takyah bertengku tengku. Aku tak berapa nak suka sangat. Ohh tadi ada meeting tu yang datang sini. Jom keluar makan?" pelawa Tengku Farique kepada Harleen.
"Okay" Harleen yang hendak masuk ke dalam keretanya itu ditahan oleh Tengku Farique yang memegang tangannya.
"Err. Sorry but kita guna kereta aku je lah" pegangan pada tangan Harleen dilepaskan. Muka Tengku Farique sudah mula merah menahan malu. Lorhh.
"Okay" Harleen menuju ke kereta Audi R8 milik Tengku Farique lalu terus masuk ke dalamnya setelah Tengku Farique membukakan pintu kereta itu untuknya.
Tengku Farique memandu keretanya ke café berdekatan. Dia menarik kerusi untuk Harleen lalu menyorongnya. Harleen tersipu-sipu malu dengan tindakan Tengku Farique tadi. Eeeee.
"So kau nak order apa? " tanya Tengku Farique kepada Harleen.
"You know my favourite coffee right?" Harleen memandang Tengku Farique sambil tersenyum sinis.
"Alright" Tengku Farique pergi ke kaunter untuk membuat pesanan. "Mocha dua". Ujarnya ringkas lalu kembali semula di meja makannya.
Mereka bersembang di situ sehingga pukul 4 petang. Harleen kelihatan sungguh gembira bersembang dengan Tengku Farique. Harleen dihantar pulang ke hotel lalu membawa Mercedes benz e class nya pulang ke rumah agam keluarganya.
~~~~~~~~~~
"Aleen tunggu papa ke papa tunggu Aleen ni ?" ujar Dato' Harris sinis.
"Hehe. Sorry sorry. Tadi Farique ajak keluar makan jap. Pastu tak tahu lah pulak sampai lama macam ni" balas Harleen ragu- ragu.
"Sokay sayang" balas Dato' Harris lembut. Harleen terus duduk di sebelah mamanya.
Harleen makan malam bersama- sama dengan keluarganya malam itu. Dia amat gembira pada hari itu. Selesai sahaja makan, dia terus naik ke biliknya di tingkat 2. Dia masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil menghadap balkoni bilik. Sesekali dia keluar dan duduk di kerusi balkoni untuk melihat bulan purnama. Sekali lagi Harleen teringat dengan arwah Haiqal yang suka sangat dengan bulan.
Harleen teringat lagu yang dinyanyi arwah Haiqal buat dirinya. Lagu yang bertajuk 'Sonata Musim Salju'
Bagaikan siang tiada mentari,
Bagai malam tiada cahya purnama,
Tanpa mu tiada erti hidup berdua,
Ke akhir masa kau ku cinta,Bagaikan syurga tanpa bidadari,
Kau ibarat hembusan nafas terakhir,
Pulanglah sayang usah kau berpaling,
Di sini ku pasrah menanti.Air mata Harleen jatuh dengan tiba- tiba. "Haiqal. Aku rindu kau sangat sangat" Harleen berkata perlahan sambil menangis. Hanya bulan menyaksikan 'scene' Harleen nangis sebab rindu arwah Haiqal.
Harleen masuk ke dalam biliknya semula untuk tidur. Harleen tidur dengan air mata yang penuh di pipi. Harleen memang spesies tak suka lap air mata sendiri.
****************
Harleen entah bila boleh move on dengan arwah Haiqal ni😅. Asyik nangis je setiap malam. Sungguh Harleen lemah bila teringat balik dengan arwah Haiqal. 🥺. Thank you sebab korang still baca BTS ni. 🙏🏻💕.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...