Saat sampai di rumah, Harleen dan Tengku Farique terus tertidur. Mungkin kerana penat di majlis tadi belum hilang kot.
Keesokan harinya...
Harleen bangun dari tidur dan segera membersihkan dirinya untuk solat Subuh. Pintu bilik suaminya diketuk supaya dia bangun dari tidur dan dapat menjadi imam solat Subuh.
"Masuk" laung Tengku Farique dari dalam bilik. Harleen melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menuju ke katil. Ingat dia boss?
"Bangun lah. Kita solat sama- sama okay?" tanya Harleen kepada Tengku Farique yang masih lagi tidur.
"Hmm" balas Tengku Farique lalu menggeliat teruk. Dia terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhuk. Dia keluar dan mereka pun solat Subuh bersama- sama.
Sejurus selepas solat, Harleen menyalam tangan suaminya dan meminta izin untuk keluar. "Aku nak keluar boleh tak. Nak pergi rumah mama jap lepastu nak ambil baju".
"Okay. Aku hantarkan. Aku pun nak pergi office jap lepas tu. Kau ada kereta kan?" balas Tengku Farique kepada Harleen. Harleen hanya mengangguk dan tersenyum. Dia terus keluar dari bilik itu dan bersiap di biliknya.
Tengku Farique menghantar Harleen ke rumah papa dan terus ke Rose Lavenda' Hotel. Harleen melangkah masuk ke dalam rumah itu sambil memberi salam. Kelihatan ahli keluarganya sudah menunggu ya di ruang tamu. Katanya ada benda yang nak dibincangkan.
"Hai Harleen, sit here" ujar Hafreez sambil menarik tangan Harleen duduk di sebelahnya.
"So pasal isu haritu. Afeez dah buat keputusan. Afeez akan jadi pemilik gallery dan Harleen akan jadi CEO Indah's Verlyn Hotel. Boleh?" ujar Hafreez kepada papa dan mamanya. Ibu Harleen pula hanya mendengar sahaja apa yang mereka ingin bincangkan.
"Papa okay je dengan keputusan Afeez but Harleen okay ke?" tanya Dato' Harris pula kepada Harleen.
"Aleen okay je. Lagipun Aleen suka kerja dekat hotel tu. Pekerja semua friendly je" balas Harleen sambil meneguk air Teh yang dihidangkan kepada mereka.
"So pemilik baru hotel ialah Harleen dan Hafreez ialah pemilik gallery. Okay. Done. Esok Harleen start kerja kayy" ujar Dato' Harris kepada mereka berdua. Harleen hanya tersenyum lalu mengangguk mendengar ucapan papanya tadi. Yay jadi CEO.
Harleen memandu keretanya ke penthouse miliknya pula untuk mengemas baju. Dia menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Harleen mengambil 17 pasang baju dan 5 pasang smart casual (ye ehh) dari dalam walk in closet nya. Kemudian dia masuk ke dalam bilik bacaan ya pula. Poster dan gambar di dalam bilik itu ditenung sayu.
"Susah lah aku nak tengok korang nanti. Takkan aku nak pergi Korea semata- mata nak jumpa korang kan. We are together bulletproof kayy" ujar Harleen sambil melagakan ARMY Bomb pada gambar kumpulan yang pernah menjadi kebahagiaannya dahulu. Bilik itu penuh dengan gambar lelaki yang hampir satu dunia kenal.
Dia mengambil semua fail yang berada di dalam rak buku dan keluar dari bilik itu. Harleen melihat jam tangannya sambil membawa bagai turun dari penthousenya itu menuju ke kereta.
Dia memandu laju keretanya pulang ke apartment Tengku Farique diparkir kan keretanya di parking lot yang disediakan dan dia terus menarik bagasinya naik ke atas. Diambil kunci dari dalam beg dan pintu dibuka. Tengku Farique masih belum pulang, jadi dia mengambil keputusan untuk masak sendiri.
Selepas beberapa jam memasak dan mengemas barang, Tengku Farique sudah pulang ke rumah. Harleen hanya tersenyum sambil menyuruh suami nya makan.
"Sayang jugak kau dekat aku ehh" ujar Tengku Farique sambil tersenyum sinus.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...