"Ohh. Hai Harleen" ujar Raihanna sambil melambai ke arah Harleen.
"K... Kauu Raiha. Tapi kenapa?" tanya Harleen dengan sedu- sedan drama nya.
"Nothing important. Aku saja culik kau. Sebab aku nak kau. JAUH DARI TENGKU FARIQUE" ujar Raihanna sambil menekan kan setiap satu perkataan yang disebutnya.
"Tapi kan kau dah berjaya runtuhkan rumah tangga kami. Ambil je lah. Kenapa kena kaitkan dengan aku pulak?" tanya Harleen sinis.
"Sebab kau. Tengku Farique layan aku lain sekarang. Dia tak suka jumpa aku sangat. Dia lebih suka menyendiri. Kau tahu tak! Semua sebab kau" ujar Raihanna sambil bergerak ke arah Harleen.
Harleen yang sedang di pegang oleh kedua orang lelaki itu meronta- ronta agar dilepaskan. Namun tenaga lelaki itu terlalu kuat. Raihanna mencengkam leher Harleen dengan kuku runcingnya. Harleen hanya menahan sakit pada leher nya yang mula berdarah itu.
Tiba- tiba mereka terdengar bunyi kereta yang masuk ke dalam kawasan bengkel itu. Raihanna mula menggelabah kerana bimbang mereka akan ditangkap. Sempat lagi dia menampar pipi Harleen.
"Take her to the store!" ujar Raihanna kepada kedua- dua orang lelaki di sebelah Harleen. Harleen dibawa menuju ke stor penyimpanan barang. Leher dia diikat dengan tali. Mulutnya pula di tutup dengan pita pelekat. Dia tak mampu berbuat apa- apa kecuali berharap ada yang akan menyelamatkannya.
Sementara itu. Faris, Farrah dan Tengku Farique yang berada di luar bengkel itu membuka pintu utama dengan perlahan. "Kita berpecah. Kau dengan Farrah, aku sorang. Trust me. Raihanna takkan sakiti aku ujar Tengku Farique perlahan. Faris dan Farrah mencari Harleen di bilik lain.
"Harleen. Mana kau. Jangan buat aku risau siaa. Aku sayangkan kau" ujar Tengku Farique dalam hati sambil membuka satu persatu pintu di situ. Tiba- tiba dia ternampak sebuah bilik yang agak terang disinari cahaya lampu. Dia membuka pintu stor itu perlahan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Harleen yang berada di atas. Kalau Harleen bergerak, dia pasti akan terjatuh lalu terjerut dengan tali yang berada di leher nya.
"Kalau kau datang dekat, bini kau dengan kau akan aku bunuh" ujar Dani sambil mengacukan pistol kepada Tengku Farique. Harleen juga terkejut dengan perkara itu. Dalam diam dia sedang melepaskan diri dari ikatan di tangannya. Penculik gemok ni memang tak pandai ikat orang ke apa.
"Woo woo. Jap jap. Rileks. Aku datang nak cari girlfriend aku je. Bukan isteri aku" ujar Tengku Farique sambil mengangkat kedua- dua belah tangannya tanda menyerah diri. Harleen terasa sangat sakit apabila Tengku Farique berkata begitu kepada Dani.
Sedang Dani terleka dengan perbualannya dengan Tengku Farique, Harleen yang telah berjaya melepaskan tangannya dari tali itu terus membuka ikatan di lehernya dan mengambil pistol di tangan Dani.
"Shit. How you do it?" tanya Dani sambil takut- takut mengangkat tangannya.
"Sebab orang yang disakiti, always berjaya" ujar Harleen lalu menembak Dani tepat pada dadanya. Harleen terus turun dari situ dan pergi ke arah suaminya sambil pistol diselit di celah seluar yang dipakainya.
"Suka?! Tengok aku bunuh orang?" tanya Harleen kepada Tengku Farique. Tengku Farique hanya mendiamkan diri. Takut pulak dengan bini dia sorang tu.
Harleen terus keluar dari bilik itu untuk mencari Raihanna dan dua ekor penculik lagi, Uzair dan Khai. Dia menendang satu persatu pintu di bengkel itu. Tengku Farique hanya mengikut di belakangnya.
"Bodoh. Lepaskan kami lah. Kau syaitan bertopengkan manusia!" jerit Farrah kepada Raihanna yang berada di hadapannya.
"Haha. Kesah lak aku. Kawan kau dah mati dah. Kenapa kau datang sini. Nak ikut kawan kau ehh?" tanya Raihanna sinis. Khai dan Uzair ynag berada di sebelahnya hanya tertawa sahaja.
Harleen yang terkejut dengan jeritan yang Farrah lakukan itu perlahan- lahan pergi ke arah pintu yang sedikit terkuak dan mengintai manusia di dalamnya. Dia melihat Faris yang hampir pengsan diikat di atas kerusi. Harleen masuk ke dalam bilik itu perlahan- lahan lalu terus menembak Uzair. Khai terus melindungi Raihanna dan membawa Raihanna keluar dari bilik itu. Raihanna terus berlari ke bilik lain selepas Harleen telah menembak Uzair.
Harleen menolong Farrah melepaskan diri manakala Tengku Farique membantu Faris. Faris yang separa sedar itu (?) ditampar- tampar oleh Tengku Farique selepas di suruh Harleen. Akhirnya Faris bangun. Magik...
Harleen menyuruh Tengku Farique, Faris dan Farrah tunggu di dalam kereta tetapi Tengku Farique berkeras nak ikut Harleen.
"Biarlah Farique ikut. Kau kan..." ujar Farrah. Tapi belum sempat dia ingin menyambung ayat nya. Harleen telah memotong. Tak mahu bagitahu Tengku Farique tentang keadaannya.
"Okay lah" balas Harleen. Tengku Farique telah tersenyum gedik di sebelahnya.
Harleen hanya membenarkan sahaja. Malas nak layan lama- lama. Selepas Farrah membantu Faris keluar, Tengku Farique terus memeluk Harleen. Harleen agak terkejut dengan tindakan Tengku Farique. Dia ingin meleraikan pelukan tapi kuat sangat pelukan tu. Tenaga dia pun tak banyak tengah- tengah malam ni.
"I'm sorry. Sorry sebab tak percayakan kau. Sorry sebab sakiti kau. Sorry for everything" ujar Tengku Farique sambil menangis di bahu Harleen. Harleen menggosok belakang Tengku Farique lalu memandang Raihanna yang sedang menatap mereka penuh kemarahan sambil memegang pisau. Harleen syak ynag Raihanna akan bunuh Tengku Farique.
Raihanna berlari laju ke arah Tengku Farique. "Sorry Farique" ujar Harleen lalu berpusing ke arah Raihanna. Raihanna menikam perut Harleen. Tengku Farique terkejut dengan tindakan Raihanna. Harleen terjelopok (?) jatuh ke tanah. Raihanna tersenyum puas memandang Harleen yang memegang perutnya yang berdarah itu.
"Kalau Raihanna kalah, Harleen juga tak boleh menang. Kau dengan betina ni sama je Farique. Tak guna. Sampah!" jerit Raihanna sambil tersenyum sinis.
Tengku Farique mengangkat tubuh Harleen dan berjalan laju ke arah kereta. Dia menangis. Harleen yang masih menahan sakit itu terus menembak tepat pada dahi Raihanna. Raihanna jatuh ke tanah sebelum pandangan Harleen mula gelap.
"Maafkan aku Farique. Aku tak mampu jadi isteri dan bakal ibu yang baik. Aku sayangkan kau. Sorry sebab sakiti kau selama ni. Aku minta maaf atas segalanya" ujar Harleen perlahan sahaja lalu pandangannya menjadi hitam semuanya.
"Harleen! Jangan tinggalkan aku!" raung Tengku Farique sambil meletakkan Harleen di seat belakang kereta Faris. Farrah terus memecut laju ke hospital berdekatan.
Sesampainya di hospital, Tengku Farique terus meletakkan Harleen di atas katil bergerak (author blank tak tahu nama). Doktor terus membawa Harleen masuk ke dalam bilik pembedahan.
Tengku Farique telah mundar- mandir di hadapan bilik itu. Farrah pula membawa Faris merawat dirinya yang ditumbuk dan di tembak di lengan oleh penculik tadi.
Tengku Farique amat risau dengan keadaan Harleen tapi dia tengah memikirkan kata- kata terakhir Harleen tadi. "Bakal ibu? Harleen mengandung?" fikirnya dalam hati.
Selepas tiga jam berada di dalam bilik bedah, Doktor keluar dari bilik itu. Tengku Farique yang masih menunggu, terus bangun dan pergi ke arah doktor itu.
"Macam mana keadaan isteri saya?" tanya Tengku Farique kepada Doktor.
Doktor itu menggeleng lemah. "Maaf tapi kami tak dapat selamatkan kandungan Puan. Kandungan dia terlalu awal lagi. Isteri encik akan dipindahkan ke wad biasa nanti" ujar Doktor itu lemah.
Tengku Farique terduduk di situ. Nasib lah Harleen tak apa- apa. Dia mengangguk seraya mengucapkan terima kasih kepada Doktor itu.
*****************
Hehe. Sis tak tahu nak tulis macam mana. Cliché gilerrr🤣🤣. Haha. Sis nak habiskan cepat cepat BTS ni.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...