Chapter 14

187 10 4
                                    

Harleen dan Tengku Farique turun tangga dari tingkat dua. Mereka berpegangan tangan, namun Harleen hanya berasa terpaksa sahaja kerana ramai tetamu hadir pada hari itu. "Maaf kalau aku tak mampu bahagiakan kau, Farique" luah Harleen dalam hati.

Harleen dan Tengku Farique naik ke pelamin dan duduk di sana. Mereka memulakan adat istiadat perkahwinan. Selepas selesai semuanya, tiba lah sesi mengambil gambar pengantin bersama- sama keluarga dan tetamu.

Photographer yang bernama Naufal itu mengambil gambar Tengku Farique dan Harleen di atas pelamin.

"Err pengantin perempuan rapat sikit dengan pengantin lelaki" arah Naufal kepada Harleen.

Harleen merapatkan sedikit demi sedikit jaraknya dengan Tengku Farique sebelum pinggangnya di tarik oleh Tengku Farique hingga tiada seinci pun jarak diantara mereka. Harleen hanya mendiamkan diri sambil pura- pura tersenyum pada kamera. Walaupun senyum Harleen tak berapa nak ikhlas, namun senyumannya lah yang paling berseri pada hari itu.

"Pengantin perempuan pandang muka pengantin lelaki and peluk leher pengantin lelaki" arah Naufal. LOL kau nopal.

Harleen agak terkejut dengan arahan Naufal kepadanya, namun diikutkan sahaja ke hendak photographer itu. "Harini aku akan cuba terima dia. Haluman" Harleen bermonolog di dalam hati.

Harleen terus tersenyum apabila melihat kawan- kawannya datang ke rumahnya. "Harleen you ni tiba- tiba je kahwin. Tak bagitahu pun korang couple. Kami tengok korang rapat je" usik Dania dan Awis kepada Harleen.

"Hehe. Kalau kawan tak semestinya rapat. Kalau rapat tak semestinya couple. Kalau couple tak semestinya saling mencintai. Kalau tak rindu tak bermakna tak sayang. Kalau jodoh tak ke mana lah. Aku merepek time ni. Abaikan ye. You ni takkan I nak bagitahu korang pulak kan. Nanti habis lah Encik Tengku I ni kena balas. Kan sayang" Harleen pula mengusik Tengku Farique yang berada di sebelahnya. Tengku Farique hanya mengangguk sahaja mendengar kata- kata Harleen. Pelukannya pada pinggang Harleen diketatkan lagi menghampiri tubuhnya. Hampir sahaja Harleen terjatuh.

"Sweet nya lahai. Aku yang single ni siapa nak. Hehe dahla jom ambik gambar. Aku nak makan pulak ni" ujar Najiha pula yang asyik dengan makan sahaja.

"Haih yelah- yelah" Harleen merapatkan lagi jaraknya dengan Tengku Farique dan bergmbar bersama- sama dengan rakan sekolah nya dahulu. Selepas itu, ramai lagi tetamu yang ingin mengambil gambar bersama dengan raja sehari itu.

Selepas selesai mengambil gambar bersama tetamu dan keluarga yang ada pada hari itu. Harleen dan Tengku Farique makan di meja makan yang telah disediakan di luar rumah agam itu. Mereka keluar mengambil gambar di halaman rumah kemudian ke Taman Tasik Ampang Hilir. (author tak tahu tempat kat KL or Selangor)

Tengku Farique memeluk erat badan kecil Harleen, dirapatkan dahinya ke dahi Harleen. "Bagi aku masa untuk sayang kau, Harleen" bisik Tengku Farique kepada Harleen. "Aku minta maaf kalau aku tak mampu jadi isteri terbaik kau, Farique" Harleen juga berbisik kepada Tengku Farique sambil mengeratkan lagi pelukannya.

"Ehem ehem. Puan Harleen, jom ambil gambar dekat sana pulak" Naufal berdehem sedikit untuk menyedarkan pasangan suami isteri yang masih berpelukan di khalayak ramai itu. Sempat juga Naufal mengambil gambar mereka berdua tadi.

"Err okay" ujar Harleen sambil menolak sedikit dada bidang Tengku Farique agar meleraikan pelukannya.

Harleen dan Tengku Farique bergambar sehingga pukul 5 petang dan pulang semula ke rumah Harleen.

"Terima kasih ya Naufal" ujar Harleen kepada photographer yang sanggup berpanasan demi mengambil gambar Tengku Farique dan Harleen. Dia menundukkan sedikit badannya kepada Naufal.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now