"Hai Harleen you dah ready belum nak grad ni" tanya Farrah yang berada di belakangnya.
"Ready dah but takut sikit"
"Kau beli kat mana baju yang kau pakai tu. Cantiklah"
"Ohh. Baju ni aku suruh tailor keluarga aku jahit. Dia memang pro sikit bab bab ni" Harleen memusingkan sedikit baju dress pink yang di pakai nya di hadapan Farrah. Sengaja nak bagi orang jealous lah tu. Tak baik lah.
"Eleh ada tailor pulak".
"Hehe. Dah la. Aku nak duduk. Cakap dengan kau, entah bila nak habis"
Mereka menunggu di kerusi yang disediakan untuk mendengar ucapan dari lecturer dan pengacara majlis.
Saat hampir tiba untuk Harleen naik ke pentas, satu suara membuatnya memalingkan kepala ke belakang. Wajah yang sekian lama tidak dilihatnya kini muncul di hadapannya.
"Ibu!" Jerit Harleen sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Harleen terus berjalan ke atas pentas dan terus memeluk ibu kandungnya sebaik sahaja dia turun.
"Lama gila ibu pergi. Ibu tak sayang aleen ke"
"Kalau ibu tak sayang aleen, kenapa ibu datang sini. Mama Niza sihat tak"
"Mama sihat je. Malam ni kita makan sama sama ehh. Harleen datang rumah papa"
"Okay sayang"
Mereka bergambar lalu meninggalkan Harleen di situ kerana mereka mengadakan sedikit jamuan antara mahasiswa dan mahasiswi.
Pada malam itu mereka makan bersama dengan Puan Hafizah Aina, iaitu isteri kedua kepada Dato' Harris Azfiq Grandiose. Puan Hafizah adalah ibu kandung Harleen tapi di sebabkan masalah yang ada dalam badan Puan Hafizah, Puan Hasniza yang menjadi ibu susuan kepada Harleen.
"Harleen malam ni Aleen tidur sini or kat rumah Aleen?" Hafreez mula menanyakan soalan kepada Harleen.
"Sini kot. Malas lah nak drive balik"
"Oh okay"
~~~~~~~~~~
"Pergi elok-elok ehh. Jaga Harleen sama" ujar Datin Hasniza kepada anak lelaki tunggalnya itu. Puan Hafizah hanya tersenyum di sebelah Datin Hasniza.
Harleen akan mengikut abangnya ke Hatyai, Thailand dengan menunggang superbike kepunyaan mereka.
"Okay mama" jawab Hafreez ringkas.
Harleen dan abangnya menuju ke tempat perjumpaan mereka dengan beberapa orang lagi yang akan mengikut mereka. Hanya 4 buah superbike dah sebuah kereta digunakan untuk ke destinasi mereka. Lagi 2 orang menaiki kereta Range Rover yang dipandu oleh Elliya, girlfriend kepada Hafreez.
Harleen yang menaiki superbike berwarna hitam dan merah itu berada di depan bersama abangnya dan Tengku Farique dan Faris berada di belakang. Harleen kelihatan sungguh gembira pada hari itu. Harleen memakai baju berwarna merah bersama jaket kulit berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans slim fit dan kasut boots bertumit berwarna hitam. Jap Harleen pakai kasut bertumit? Dia memang spesies gila sikit.
Mereka sampai di Hatyai pada pukul 5 petang. Mereka menginap di Centara Hotel. Hotel bertaraf 4 bintang itu telah menjadi pilihan orang ramai, kalau tidak mereka hendak menginap di Crystal Hotel, namun bilik di hotel itu sudah penuh.
Mereka keluar berjalan- jalan pusing night market di Hatyai menggunakan Tuk Tuk sahaja. Harleen kelihatan agak rapat dengan Tengku Farique semasa di sana. Harleen membuat Tengku Farique umpama photographer tak berbayar semasa di sana. Tengku Farique hanya melayan karenah comel Harleen itu. Sesekali dia dipaksa untuk merakam slowmo TikTok untuk Harleen. Harleen memakai hoodie berwarna hijau lumut dan kasut boots hitam.
"Farique... Cantik tak?" tanya Harleen kepada Tengku Farique yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Dia memakai beg rotan yang baru dianyam oleh pekerja kedau itu. Tengku Farique tidak melihat ke arah nya malah sedang sibuk bermain telefon.
"Farique!" jerit Harleen lalu memusingkan badan Tengku Farique supaya menghadapnya. Di tarik earphone di telinga Tengku Farique.
"Ya Ya. Kenapa ni" tanya Tengku Farique risau.
"Look at my bag. Is it beautiful?" tanya Harleen sambil membuat aegyo.
"Cantik cantik. Dah dah. I bayar kan beg ni okay. Jom balik" ujar Tengku Farique sambil memeluk bahu Harleen menariknya kembali ke kedai itu. Harleen hanya membiarkan sahaja.
Keesokan harinya, mereka pergi ke Chang Puak Camp. Harleen menaiki gajah bersama Tengku Farique. Bukan Harleen saja naik dengan Tengku Farique, tapi Hafreez yang menyuruhnya. Katanya hendak naik dengan girlfriend. Tengku Fareeqa dengan Faris pula takut hendak naik haiwan besar itu. Boleh pulak Faris muntah lepas tengok tahi gajah. Lmfao. Jadi terpaksalah Harleen naik dengan Encik Tengku dia tu.
Mereka bergambar bersama di atas gajah, memberi gajah makan, bergambar bersama harimau putih dan bermain. Harleen memilih untuk main menembak berhampiran dengan kandang kambing. Tengku Farique terkejut dengan Harleen kerana semua sasaran Harleen adalah tepat belaka.
"What. Macam mana boleh semua tepat ni" Tengku Farique tenganga sambil menanyakan soalan itu kepada Harleen. Mentang mentang lah
"Yelah, aku kan shooter terbaik cehh. Hahahaha saja ja. Aku dulu kadet laut. So kami belajar menembak" ujar Harleen sambil mengenyitkan matanya kepada Tengku Farique. Rahsia hidupnya di simpan rapi. Risau jika bocor.
Mereka pulang ke hotel selepas puas berada di situ. Mereka hendak membersihkan diri dan keluar pula pukul 2 nanti.
Tiga hari berlalu, Harleen dan kawannya sudah pulang dari negara jiran. Harleen tidak singgah terus di rumah agam keluarganya tetapi meneruskan perjalanannya ke penthouse miliknya. Sesampainya dia di rumahnya, dia terus membaringkan dirinya di atas katil queen miliknya. Sungguh lenguh belakangnya itu. Harleen bangun dan segera membersihkan dirinya.
Selepas siap membersihkan diri, Harleen seperti biasa keluar ke balkoni biliknya untuk melihat BULAN. Tak habis habis. Tapi kalini Harleen tidak menangis. Langsung tidak. Dia agak bersyukur kerana lama- kelamaan hati nya sudah boleh menerima kehilangan Haiqal dalam hidupnya.
Harleen hanya melihat bulan hampir purnama sambil duduk di atas kerusi di balkoni biliknya. Harleen mendengar lagu Russia, kampung halamannya. Lagu yang bertajuk Childhood (detstvo) nyanyian Rauf Faik itu di hayati. Mungkin orang lain tidak faham maksud setiap bait kata di dalam lagu itu, namun Harleen faham. Sampaikan ayahnya sendiri tidak tahu bagaimana Harleen agak fasih bercakap dalam bahasa Russia. Actually ni lagu favourite author silalah dengar. Hehe.
Harleen masih sibuk scroll Instagram. Entah apa yang best sangat dengan aplikasi itu sampai asyik dibukanya. Harleen hanya tersenyum sambil membaca caption caption di page explore sebelum mendapat satu mesej dari abangnya.
오빠 Hafreez ✨
Aleen. Esok berkemungkinan besar Aleen kena gantikan tempat abang dalam meeting kat Hotel tau. Abang kena pergi Gallery esok. Fira kata ada klien nak jumpa abang. Aleen boleh kan gantikan tempat abang?Boleh je abang
In sya Allah
Harleen membalas mesej abangnya dengan segera. Nasiblah dia belum tertidur."Jam dah pukul 11 aku patut tidur awal lah. Tapi tak ngantuk lagi. Tapi penat. Tapi taknak tidur. Apa aku merepek ni" Harleen mula melalut entah ke mana.
Dia masuk ke dalam biliknya dan menutup langsir bilik. Beberapa minit sahaja baring di atas katil, Harleen sudah tertidur. Penat sungguh la ni.
****************
Hehe finally siap jugak bab 8 ni. 😂. Hehe saja sis settle kan cepat cepat. Nanti tak sabar nak tunggu bab seterusnya pulak. Thank you korang still ngan BTS lagi. 🙏🏻💕 And nak bagitahu. Korang jangan pening bila baca sat ada nama Daniel sat ada nama Faris. Actually Faris ngan Daniel orang yang sama. Nama dia Faris Daniel. So korang jangan pening pening ya.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...