Harleen bersiap dengan baju blouse kosong berwarna biru langit bersama- sama seluar jeans biru tua. Harleen juga membawa beg tangan berjenama guess bersama - samanya. Harleen yang baru turun dari lift itu terus menuju ke kereta Audi R8 yang diparkir di hadapan rumahnya.
"Hi" ringkas sahaja Harleen berkata kepada Tengku Farique yang berada di sebelahnya.
"Hi" Tengku Farique menjawabnya sepatah. Dah nak kahwin pun masih gaduh lagi.
Tengku Farique memandu keretanya ke butik pengantin milik Datin Hasniza di sekitar Ampang. Mereka masuk ke dalam butik itu. Harleen terus menyapa pekerja mamanya yang tersenyum kepadanya. Harleen memberitahu pekerja mamanya yang bernama Biha tentang hasratnya datang ke sini.
"Err saya nak cari baju pengantin perempuan warna putih dan baju pengantin lelaki kain songket warna maroon. Ada tak?" Harleen bertanya kepada Biha yang khusyuk mendengar setiap permintaan Harleen.
"Baju pengantin perempuan yang warna putih tu nak jenis apa?" ujar Biha sambil menuju ke rak yang penuh dengan baju berwarna putih. Harleen mengikut Biha sambil Tengku Farique hanya duduk di sofa sambil melihat ke arahnya.
"Ball Gown! Ada tak?" Harleen menjawab soalan yang di ajukan kepadanya.
"Okay. Ball gown ada yang ni je cuba tengok. Kalau you nak try pun boleh" Harleen hanya mengangguk perlahan mendengar kata- kata Biha.
"Pengantin lelaki pulak songket maroon ada yang ni"
"Hmmm okay jugak kan sayang" Tengku Farique sengaja mengusik Harleen dengan panggilan itu.
Harleen yang sedang sibuk membelek baju pengantin sedikit tersedak lalu memusingkan kepalanya menghadap Tengku Farique. Mata dark chocolate itu di tatap tajam sebelum pandangannya beralih kepada baju songket yang Biha pegang.
"Okay je. Ambik yang tu lah ye. Atau kau tengok lah dulu kau nak design apa"
"Biha. I ambik eh baju ni bawak masuk bilik persalinan" Biha hanya mengangguk dengan Harleen.
Selepas beberapa minit berada di dalam bilik persalinan, Harleen keluar dengan memakai baju ball gown berwarna putih berkerawang rama- rama di bahagian dada. Tengku Farique hanya melihat Harleen yang sedang menggayakan baju pengantinnya di hadapan Biha.
"I rasa you cantik sangat pakai baju ni. Tapi better you tanya bakal suami you" cadang Biha kepada Harleen. Biha mula pergi ke kaunter kerana telefon bimbitnya berdering. Dia terus mengangkat panggilan itu dan bergerak ke belakang butik meninggalkan Harleen dan Tengku Farique dia luar.
"Err. Sesuai tak baju ni dengan aku" Harleen sangkut- sangkut bertanya kepada Tengku Farique.
Tengku Farique hanya tersenyum seraya bangun dari pendudukannya. Dia mendekati Harleen lagak seperti hendak menciumnya. Jantung Harleen sudah berdegup kencang saat mukanya hanya beberapa inci sahaja dari muka Tengku Farique. Terasa hembusan nafas Tengku Farique di hidung nya. Harleen sudah menutup matanya rapat kerana takut dicium.
"You look so perfect" bisik Tengku Farique sambil mengundurkan dirinya ke belakang setelah selesai berbisik kepada Harleen.
Harleen terus masuk ke dalam bilik persalinan semula untuk menukar bajunya. "Ya Allah, apa dia buat tadi?" Harleen masih lagi terkejut dengan tindakan Tengku Farique tadi. Tengku Farique hanya tersenyum melihat muka Harleen yang merona merah itu.
Harleen keluar dari bilik persalinan dengan memegang baju ball gown berwarna putih di tangan. Tengku Farique masih tersenyum sinis kerana seronok mengusik Harleen sebentar tadi. Harleen hanya menahan geram dalam hatinya.
Harleen menyelesaikan urusan baju dan terus pergi ke Indah's Verlyn Hotel untuk melihat hiasan perkahwinan di sana. Mereka masih tidak berkata apa- apa sepanjang berada di dalam kereta.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...