Tengku Farique membuka pintu bilik bernombor 702 itu tanpa membuka lampu. "Layla dah tidur dah. Aku lambat sangat ke. Takpelah. Esok ada lagi"
Tengku Farique terus membuka bajunya (tak bogel) dan berbaring di sebelah Harleen yang dianggap Layla itu. Harleen tidak sedar kerana terlalu lena dibuai mimpi. Dia juga membuka bajunya dan menggantungnya di tepi almari, panas katanya.
~~~~~~~~~~
7.00 pagi
Tengku Farique terbangun dari tidurnya kerana terdengar ketukan pintu dari luar. Dia memandang perempuan yang berada disebelahnya. "Nyenyaknya tidur". Tengku Farique terus memakai bajunya dan membuka pintu.
"Assalamualaikum, kami dari pejabat agama mendapat aduan bahawa ada kes maksiat di sini. Sila tunjuk kan sijil kahwin anda atau izinkan kami masuk "
"Errr. Okay" Tengku Farique membiarkan sahaja mereka masuk ke dalam bilik itu. Tengku Farique agak berasa takut namun dibiarkan sahaja perasaan itu. "Mati aku. Matiii" luahnya dalam hati.
Harleen yang tengah tidur itu terjaga dari tidurnya. "What are you guys doing in my room. Keluar keluar!" ujar Harleen yang terkejut dengan kehadiran ramai lelaki di dalam biliknya sambil menutup bahagian badannya yang terdedah dengan selimut.
"Wait what. Harleen? What are you doing in my room" balas Tengku Farique yang masih lagi tidak tahu bahawa kunci biliknya telah tertukar dengan Harleen.
"Sekarang ni korang keluar! Aku nak turun bawah!" Harleen menghalau mereka semua keluar dari biliknya.
Harleen menangis dan memakai bajunya untuk turun ke kaunter di bawah. Dia mengelap air matanya dan menghantar mesej kepada papanya tentang hal itu. Dia cuma menguatkan diri agar tidak kelihatan lemah di hadapan semua orang.
Harleen membuka pintu biliknya. "Kau ikut aku pergi kaunter kat bawah! " ujar Harleen sedikit kasar sambil menarik kuat tangan Tengku Farique .
Mereka turun ke bawah dan bertanya tentang pendaftaran nama bilik.
"Bilik 702 didaftarkan atas nama Cik Harleen Aryanna Grandiose, bilik yang didaftarkan atas nama Tengku Farique Adha ialah bilik 705. Kunci diambil oleh Cik Layla Juita semalam"
"Okay thanks" balas Harleen ringkas sambil tersenyum tawar kepada penjaga kaunter itu. Hambar sahaja.
Mereka berkumpul di lobi hotel. "Kan aku kata. Tu bilik aku. Kau pergi masuk buat apa? Macam mana kau ada kunci? Siapa Layla Juita? Kenapa dia yang ambil kunci bilik kau?" bertalu talu soalan yang ditanyakan Harleen kepada Tengku Farique.
"Mana aku tahu. Aku nak tengok kunci bilik kau?" pinta Tengku Farique kepada Harleen.
Harleen menunjukkan kedua dua kunci biliknya kepada Tengku Farique. "Ke.. kenapa... Kunci bilik kau ada kat aku... Mungkin masa kita jatuh semalam kot?" Harleen yang telah sedar dia telah mengambil kunci bilik Tengku Farique mula pening. Pening sebab masalah yang perlu dihadapnya selepas ini.
"So siapa salah sekarang ni" Tengku Farique bertanya kepada Harleen. Harleen hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Err. Korang ikut kami pergi balai polis. Atau bagi nombor phone parents korang" ujar seorang lelaki di belakang mereka.
Harleen memberi nombor telefon papanya kepada lelaki itu dengan perasaan sebak dan menyesal. Lelaki itu terus menelefon papa Harleen dan memberitahunya tentang hal itu.
~~~~~~~~~~
Petang itu Harleen terus memeluk papanya ketika sampai di KLIA. Harleen dan Tengku Farique pulang ke Kuala Lumpur selepas mengemas barang. Mereka langsung tidak bercakap sesama sendiri. Harleen masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Pak Hamid.
![](https://img.wattpad.com/cover/219442744-288-k436469.jpg)
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...