Harleen duduk di kerusi di ruang tamu rumahnya sambil menonton K-Drama.
"Farique kata maid tu sampai harini tapi belum sampai sampai lagi hah" ujar Harleen yang memeluk bantal RJ sambil matanya fokus di televisyen di hadapan nya.
Tiba- tiba Harleen terdengar salam dan ketukan di pintu rumahnya. Dia membuka pintu perlahan dan melihat seorang perempuan di hadapan nya.
"Assalamualaikum. Kak Harleen, saya maid baru kat sini" ujar perempuan itu sambil menunjukkan kad pengenalan dirinya (bukan ic).
"Waalaikumussalam. Nama kamu... Ladyana. Cantik nama. Mudanya! 19 tahun! Hah jom masuk" ujar Harleen sambil membuka pintu rumahnya luas bagi membenarkan Ladyana masuk ke dalam rumahnya.
Ladyana sedikit tunduk hormat kepada Harleen sebagai majikan baru nya. Harleen membalas tundukan itu dengan senyuman lalu kembali menutup pintu.
Ladyana dijemput duduk di atas sofa rumah itu. "Tu bilik awak, tu dapur, tu balkoni, tu tandas. Pergilah masuk bilik dulu. Bersihkan diri apa semua. Pergi lah rehat dulu. Kalau ada apa- apa saya panggil" ujar Harleen sambil melihat ke arah Ladyana. Takde lah cantik sangat. Sesuai la kalau jadi maid (*author kejam).
Ladyana hanya tersenyum lalu mengangguk. Dia agak terpesona dengan reka bentuk rumah Harleen lalu terus masuk ke dalam biliknya. Harleen pula melangkah masuk ke dalam bilik bacaannya.
"19 tahun jadi janda? Pecah rekod budak ni" guna nya sendiri.
Komputer ribanya dibuka. Dia terus menaip lagu Louder Than Bombs by BTS. Baru je keluar lagu tu. (author hentam je nak pilih lagu)
Tingkap bilik itu di tutup. Dia terus membuka led lights di dinding. Ala bagi jadi macam disco tu hoho.
ARMY Bomb dinyalakan sambil kakinya diletakkan di atas meja. Dia bermain- main dengan ARMY Bomb sehingga lagu itu habis. Tiba- tiba Ladyana mengetuk pintu bilik itu. Harleen terus membuka lampu dan membuka pintu.
"Ye Lad, kenapa?" tanya Harleen kepada Ladyana. Suka hati ja dia panggil Lad...
"Err Puan. Ada tetamu datang" ujar Ladyana sambil sedikit menunduk.
"Ohh. Baik lah. Pergi buat air kat dapur. Barang semua ada dalam kabinet" balas Harleen. Ladyana bow sedikit lalu turun ke dapur. Harleen segera turun ke bawah. Dia melihat keluarga Tengku Farique sedang duduk di atas sofa. Dia melihat wajah Tengku Fareeqa sedikit sembap sambil menunduk.
"Mommy, daddy, Eeqa. Kenapa datang tak bagitahu. Tak sempat Aleen nak masak" ujar Harleen sambil menyalam mentuanya (ke mertua).
"Saja je datang. Mana cucu mommy? Rindu pulak dengan diorang" tanya Datin Qareena.
"Ohh diorang tengah tidur dekat atas" balas Harleen sambil tersenyum.
"Harleen. Mommy nak cakap sikit dengan kamu... Pasal Eeqa" ujar Datin Qareena perlahan. Harleen terus memandang ke arah adik ipar nya yang baru berusia 19 tahun itu.
"Kenapa dengan Eeqa?" tanya Harleen risau.
"Dia ni sama je macam abang dia. Selalu buat masalah. Tak pandai jaga diri. Buat kerja selalu tak guna otak. Apa lah nasib aku ada anak macam ni!" jerkah Dato' Qiff Adam tiba- tiba.
"Biar Harleen yang cakap dengan Eeqa. Harleen..." ujar Datin Qareena sambil memandang ke arah Harleen. Tangannya cuba untuk menolong Dato' Qiff Adam duduk semula di sofa.
Harleen hanya mengangguk lalu membawa Tengku Fareeqa naik ke atas. Semasa baru tiba di tingkat dua, kelihatan Ladyana mendukung kedua - dua anaknya yang menangis.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...