Chapter 12

206 12 4
                                    

Harleen memegang beg kertas yang penuh di tangannya itu dengan berhati- hati. Dia membeli kain songket sebanyak 13 meter dan sedikit kain tulle untuk dibuat baju songket berwarna maroon. Dibeli juga sepasang lace heels bertinggian 5 inci dan barang- barang hantaran.

Tengku Farique juga membeli barang hantaran dan sedikit perhiasan untuk majlis kahwin mereka nanti. Harleen hanya membiarkan Tengku Farique bersendirian semasa mencari barang kelengkapan. Malas hendak dilayan orang wayar putus.

Harleen mengambil telefon bimbitnya dari dalam beg dan terus menelefon Tengku Farique. "Oi. Kau dah siap ke belum, aku dah siap. Jom balik, aku tunggu kat kereta" Harleen terus memutuskan panggilan tanpa menunggu sebarang jawapan dari Tengku Farique.

Nak taknak Tengku Farique terpaksalah pergi ke kereta untuk balik. Dia pun tidak berapa suka bershopping, ini pun dipaksa oleh Datin Qareena untuk membawa Harleen keluar. Tengku Farique pergi ke kereta miliknya. Kelihatan Harleen yang sedang bermain telefon sambil duduk bertinggung di tepi kereta Audi R8 itu. Harleen melihat Tengku Farique lalu terus bangun dari kedudukannya. Tengku Farique mengambil barang Harleen dan menyimpannya di dalam bonet kereta. Harleen masuk je dalam kereta tanpa berkata apa- apa.

Tengku Farique memandu keretanya pulang ke rumah keluarga Harleen. Harleen kelihatan penat dan tersengguk- sengguk menahan kantuk. Harleen cuba untuk tidak terlelap tapi dia tidak sengaja terlelap di atas bahu milik Tengku Farique. Tengku Farique terkejut sedikit dengan Harleen namun dibiarkan sahaja.

"Penat sangatlah ni" Tengku Farique berkata perlahan, risau jika ada yang terjaga.

Tengku Farique meneruskan perjalanannya ke rumah keluarga Harleen. Harleen memeluk erat lengan Tengku Farique. Tengku Farique menahan gelak dengan Harleen. Jalan pulak jam terok tadi. Sesampainya mereka di rumah keluarga Harleen, Tengku Farique memberhentikan keretanya dan mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus membuka camera. Dia mengambil gambar selfie dia dengan Harleen yang masih lagi nyenyak tidur di bahu nya. Untuk kegunaan masa depan katanya. Di simpan kembali telefon nya ke dalam poket dan dikuatkan hati untuk mengejutkan Harleen yang masih erat memeluk lengannya.

"Harleen, kita dah sampai rumah kau" Tengku Farique mengejutkan Harleen dari tidur sambil menepuk lembut paha Harleen. Tak bangun jugak budak ni. Sekali lagi Tengku Farique memanggil Harleen tapi dengan perkataan lain. "Sayang... Bangun lah kita dah sampai rumah ni"

Harleen terus membuka matanya tatkala mendengar panggilan 'sayang' dari Tengku Farique sambil laju saja mengangkat kepalanya dari bahu Tengku Farique dan sedikit menggeliat di dalam kereta. Dia terus keluar kerana berasa malu dengan Tengku Farique yang masih tahan ketawa melihatnya lalu pergi ke bonet kereta dan mengambil barang- barangnya. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Tengku Farique yang masih berada dalam kereta. Tengku Farique hanya tersenyum dan pulang ke rumahnya.

Harleen perlu mula menolong Mak Sar menjahit baju pengantinnya pada esok hari. Malam ini mereka perlu mengambil ukuran badan kecil Harleen sahaja. Harleen memang kecil molek sahaja tingginya yang baru mencapai 156 cm itu masih lagi terbantut kerana beratnya yang hanya 48 kg sahaja. Mak Sar pula hanya mengikut segala arahan Harleen kepadanya.

Harleen bangun pada pukul 8 pagi dan terus pergi ke ruang menjahit Mak Sar. Dia terus mengeluarkan kain- kain yang baru dibelinya semalam dan mula mengukur untuk dipotong.

Hampir empat hari juga Harleen dan Mak Sar menjahit baju pengantin itu. Harleen melihat baju pengantin yang sudah siap di hadapannya itu. "Mak Sar ada batu swarovski tak?" tanya Harleen kepada Mak Sar.

"Err ada swarovski diamond je, yang crystal ada sikit"

"Mak Sar letak dekat sini boleh tak?" kata Harleen sambil mengambil bahagian bawah baju pengantin songket itu.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now