"Harleen oooo Harleen. Kau nak ikut aku tak, kita pergi perpustakaan" Farrah bertanya kepada Harleen.
"Err okay. Jap jap. Nak kemas barang jap" balas Harleen yang khusyuk membaca di kelasnya. Terus ditutup buku 'Mannequin' itu. Harleen memang suka membaca novel yang berkaitan dengan pembunuhan, paranormal dan psiko.
Harleen dan Farrah menuruni anak tangga secara berhati-hati takut ada yang jadi nangka busuk pulak nanti. Mereka berjalan ke perpustakaan yang hanya 59 meter dari kelas Harleen. Harleen dan Farrah bersembang rancak sepanjang 59 meter perjalanan ke perpustakaan. Bermacam-macam topik diselitkan dalam percakapan mereka.
Sesampainya di perpustakaan, Harleen mengeluarkan semula buku 'Mannequin' yang belum habis dibacanya itu. Farrah pula laju pergi mengambil novel yang hendak dibacanya.
"Eh eh, banyaknya buku yang kau ambik ni but it's all about love," Harleen memulakan kata-kata nya secara perlahan memandangkan mereka berada di dalam perpustakaan.
"Ish kau ni. Aku baca buku ni sebab diorang ni sweet. Bolehla bagi hilang segala kesenduan aku jadi single ni"
"Ye lah tu. Single single kau pun kalau nampak je Nazrin mulalah jadi ulat bulu" Harleen mula membuat muka menyampah.
"Well anak datuk kan. Hensem lak tu. Haha by the way aku dengar ada competition ratu cantik kat axiata arena. Kau taknak pergi ke? Mana tahu dapat champion ke"
"Oh really. Nak of course. Tapi nak try je. Tak harap pun nak dapat champion. Aku bukan cantik sangat pun" Harleen mula membuat muka sedih.
"Ala dah cantik tu mengaku je lah. Nak menafikan kecantikan kau pulak ehh. Minggu depan aku teman kau daftar eh"
"Haha. Okay babe. Kau datang rumah family aku lah. Aku drive"
~~~~~~~~~~
Harleen tersenyum sendiri apabila membaca komen dari peminatnya. Senyumannya mati apabila mendengar ketukan di pintu biliknya. IPhoneX yang berwarna gold diletakkan di atas katil queennya. Harleen berjalan menuju ke pintu lalu membukanya.
"Surprise!!" Satu perkataan ditujukan kepadanya. Hampir saja Harleen melatah didepan keluarganya tersayangnya itu.
"Happy Birthday Harleen sayang." Puan Hasniza terus memeluk anak kesayangannya itu.
"Guys. Thank you so much,"ujar Harleen sambil membalas pelukan ibu dan ayahnya.
Harleen meniup lilin dan turun ke ruang makan untuk meraikan hari lahirnya yang ke 21 tahun. Mereka bergembira dan bersama-sama berkumpul di rumah agam peninggalan arwah datuk Harleen, Datuk Husaini Grandiose.
Seusai makan dan bergembira, Harleen berjalan masuk ke biliknya dan terus merebahkan diri di atas katil. Harleen mengambil telefon bimbitnya dan terus membuka aplikasi Instagram untuk membalas dm's ucapan hari lahir dari peminatnya. Harleen mendapat satu dm dari seorang lelaki yang bernama Adam. Adam mengucapkan selamat hari lahir kepada Harleen dan mengajaknya couple. Harleen amat terkejut dengan tindakan Adam. Dia terus menutup phone nya lalu menyembamkan muka ke bantal.
"Damn it. Hancur mood birthday aku kalau macam ni. Tak habis habis. Kejap couple kejap nak 'berangkat' diorang ingat aku ni apa lah. Aku baru nak happy happy tadi" Harleen membebel sambil mengambil semula telefonnya. Harleen kuatkan hati untuk membaca segala dm's peminatnya.
Tiba- tiba Harleen mendapat satu dm dari seorang yang tidak dikenali. Harleen membuka dm itu dan membacanya satu persatu. Harleen tersenyum dengan setiap perkataan yang ditulis oleh gadih itu. Harleen menyukai serta membalas dm itu lalu terus mengambil 'screenshot' untuk dimuat naik dalam story.
Gadis itu sungguh tidak sangka yang Harleen benar benar membalas dm nya. Harleen menghantar gambarnya sekarang kepada gadis itu. Gadis itu amat berterima kasih kepada Harleen sebaik sahaja dia menghantar gambar 'live'nya kepada gadis itu.
Harleen tersenyum sendirian di dalam biliknya daan meletakkan telefon bimbitnya di sampingnya. Sesekali Harleen keluar melihat cahaya bulan yang selalu menemani dia dikala malam menjelma. Acehh ayat tapi hampir setiap hari jugaklah Harleen keluar melihat cahaya bulan. Tapi harini, aura dia lain macam sikit. Dibelek cincin perak yang berada di jari manisnya sambil tersenyum hambar. Harleen mula menitiskan air mata kerana teringatkan segala memorinya bersama bekas teman lelakinya yang telah pergi buat selama-lamanya.
"Kalau awak rindu saya, awak tengoklah bulan, walaupun bulan buruk tapi dia tetap mencerahkan malam yang gelap, walaupun kita hanya anggap cahaya yang datang semuanya dari matahari, tak bermakna bulan tak ada fungsi. Semua benda yang Allah cipta, mesti ada sebab dan fungsinya sendiri. Macam tu jugaklah kita. Mesti ada sebab dan fungsi kenapa saya hadir dalam hidup awak. So awak kena terima kehadiran saya dan..." kata- kata Haiqal terhenti di situ.
" Dan? Dan apa Qal" tanya Harleen yang melentokkan kepalanya di atas bahu Haiqal di tepi tasik. Mereka tengah duduk di atas kereta milik arwah Haiqal.
"Dan awak kena... Redha dengan pemergian saya"
"In sya Allah" jawab Harleen ringkas. Harleen agak pelik kerana tiba- tiba sahaja Haiqal sebut tentang pemergiannya tapi tak pula diluahkan kepada Haiqal.
Terbayang kata-kata arwah Haiqal dalam benak fikiran Harleen. Sungguh Harleen rindu dengan suara, nasihat, senyuman dan perhatian yang pernah arwah Haiqal berikan padanya.
2 tahun lepas...
Harleen meraung sekuat hati. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan kekasihnya itu. Harleen memeluk mayat Haiqal yang ditimpa kemalangan itu sambil menangis tak ingat dunia. Harleen asyik menyalahkan dirinya yang ego dengan Haiqal. Ibu kepada Haiqal cuba menenangkan Harleen. Harleen terus memeluk Puan Fariza dan terus- terusan meminta maaf kepadanya. Puan Fariza langsung tidak memarahi Harleen, baginya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
*flashback
Harleen menghalau Haiqal keluar dari rumahnya kerana Haiqal membuatkan iPhone 6s miliknya berderai pecah di lantai. Haiqal tidak sengaja terlepas iPhone 6s itu dari genggamannya. Haiqal ditolak kasar oleh Harleen supaya keluar dari rumahnya. Haiqal yang sudah mula mengalirkan air mata berjalan terus ke keretanya yang berada di seberang. Dia terus meninggalkan perkarangan rumah agam milik keluarga Harleen dengan perasaan sedih. Dia tidak fokus pada pemanduannya sehingga keretanya berlanggar dengan sebuah lori yang muncul dihadapan. Haiqal telah pergi buat selama lamanya.
Kini... (end flashback)
Harleen kini sudah boleh menerima kehilangan Haiqal selepas 2 tahun berlalu. 6 bulan jugak Harleen depressed, tak keluar bilik langsung makan pun kadang- kadang je. Harleen terasa sejuk pada seluruh badannya. Dia menutup pintu balkoni sambil mengundur diri ke dalam biliknya. Harleen membaringkan diri di atas katil lalu terlena dibuai mimpi. Harleen sengaja membuka langsir biliknya agar bulan dapat memerhatikannya sepanjang malam itu.
**********************
Sorry ye sis pun tak tahu nak bina ayat deep ni. So sis hentam ja nohh. Hampa jangan dok kecam lak. Terasa satgi. Sorry but sis dari Penang. So kadang kadang tu memang termasuk sikit loghat dalam cerita ni. Sis muda lagi, baru nak try tulis novel cause quarantine 😅. Maaf ye🙏🏻.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...