Tengku Farique melangkah masuk ke dalam dewan tanpa segaris senyuman pun di bibir. Dia melihat sekeliling untuk mencari kelibat isterinya.
Harleen yang datang dari belakang terus memeluk suaminya memandangkan anaknya berada di tangan Datin Qareena dan Farrah yang turut hadir ke majlis perkahwinan Fareeqa.
"You cari siapa?" Tanya Harleen kepada Tengku Farique.
"Cari isteri kesayangan I la" balas Tengku Farique sambil pelukan di pinggangnya dileraikan. Dia memegang tangan Harleen lalu menariknya ke arah kerusi yang telah diletakkan di bahagian sudut dewan.
"Why aren't you smiling? It's your sister's wedding and you should be happy" Tanya Harleen sambil menggenggam tangan Tengku Farique. Dia memandang tepat ke dalam anak mata coklat milik Tengku Farique.
"I try to smile but I don't know why I can't. Why my family is just ended like this?" keluh Tengku Farique lagi.
"Farique sayang... Everything will be okay soon. Just close your eyes and start imagine our future. Praying for that will come true. Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya. Macam kita dulu, kita dipertemukan dari maksiat. Tapi kita akhirkan dengan nikmat. Nikmat yang Allah bagi. Daripada couple, baik kahwin terus kan. Macam tu juga lah Eeqa. Dia mungkin akan bahagia nanti. Sebab Allah dah tetapkan bahagia untuk kita. So we just wait and see okay? " ujar Harleen sambil memeluk suaminya.
" I'll try okay. Now let's go. They're calling for us to take pictures together" ujar Tengku Farique sambil menolong Harleen bangun dari kerusi itu.
"Nak naik pelamin lagi tak?" Tanya Harleen kepada Tengku Farique sambil kening kirinya dijungkitkan. Tengku Farique hanya tersenyum lalu menarik Harleen ke arah pelamin.
"Mommy... Bagi Farique pegang Rayyan tu. Kesian mommy penat. Farrah, bagi Rayna kat aku. Kosaba jap. Nanti kau nak kahwin dah" ujar Harleen sambil mengambil Rayna dari tangan Farrah.
"Yolah" ujar Farrah sambil membetulkan awning tudungnya. Farrah berdiri di tepi pentas kerana mereka mahu mengambil gambar keluarga dahulu, kemudian baru gambar bersama- sama.
Harleen berdiri di sebelah Tengku Fareeqa manakala Tengku Farique berdiri di sebelah Hakim. Mereka semua tersenyum untuk mengambil gambar bersama - sama.
"Ready ekk. 1 2 3" ujar photographer yang ditugaskan untuk merakamkan saat saat berharga pada hari itu.
Selepas mereka selesai mengambil gambar, Fareeqa dan Hakim diminta turun untuk makan. Harleen dan Tengku Farique memanggil jurugambar itu untuk mengambil gambar mereka berdua dan berempat di atas pelamin. Harleen menyerahkan anaknya kepada Farrah dan Faris.
"Azim. Ambil je gambar kami tau. Banyak- banyak pun tak apa" ujar Tengku Farique kepada Azim iaitu jurugambar. Azim hanya mengangkat isyarat tangan okay kepada mereka berdua.
Tengku Farique merangkul pinggang Harleen supaya mendekatinya. Mereka berdua bertentangan mata buat seketika lalu Tengku Farique mencium pipi Harleen. Tetamu yang melihat hanya menjerit kerana Tengku Farique berani berbuat begitu di khalayak ramai. Harleen sudah menjadi tomato kerana dicium oleh suaminya. Dia terus mengambil anaknya dan duduk di atas pelamin. Tengku Farique hanya tersenyum lalu mengambil Rayyan yang diserahkan oleh Faris.
Tengku Farique mengajak Harleen untuk berada di dalam officenya. Memandangkan dewan itu ialah dewan hotel Rosè Lavenda. Tengku Farique mahu menyiapkan urusan dewan sekejap untuk perkahwinan Faris dan Farrah 2 minggu hadapan.
"Abang... Jom balik rumah. Aleen penat lah" ujar Harleen sambil melentokkan kepalanya di bahu Tengku Farique.
"Kejap ehh sayang. I nak habiskan urusan dewan ni dulu. Nanti kita balik okay" ujar Tengku Farique sambil mengusap kepala Harleen. Nasib lah anak mereka tertidur di dalam troller bayi.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...