Chapter 16

199 11 0
                                    

"Assalamualaikum daddy, mummy and Eeqa. Arique ada bawak menantu daddy ngan mummy ni hah" ujar Tengku Farique sambil menarik tangan Harleen yang masih berdiri di luar rumah banglo 3 tingkat itu.

"Kak Aleen!" jerit Tengku Fareeqa yang berlari ke arah Harleen lalu terus memeluknya.

"Hai Eeqa. Baru tak jumpa sehari dah rindu ke" Harleen membalas pelukan Fareeqa lalu berdiri dan bersalaman dengan ibu mertuanya.

"Amacam first day kahwin? Okay?" tanya Dato' Qiff kepada Harleen.

"Err okay je uncle"

"Tak payah nak uncle sangat. Kamu tu menantu daddy. Kita dah jadi family dah pun" Harleen mengangguk apabila mendengar kata- kata Dato' Qiff.

"Korang tak tidur sini kan?" tanya Datin Qareena pula.

"Tak. Petang nanti kami pergi hotel terus. Esok tak kalut dah" Tengku Farique membalas pertanyaan Datin Qareena dengan senyuman. Fuhh cair habis Harleen yang melihatnya.

Datin Qareena hanya mengangguk lalu Tengku Farique terus menarik tangan Harleen masuk ke dalam lift dan menuju ke tingkat 2 iaitu bilik mereka.

Tengku Farique membuka pintu bilik dan menjemput Harleen masuk. Harleen melangkah perlahan ke dalam bilik itu. "Sama je macam bilik aku. Ada balkoni jugak lah. Cantik" desis Harleen dalam hati.

"Err pukul berapa kita gerak pergi hotel?" tanya Harleen kepada Tengku Farique.

"5 petang maybe" Harleen hanya mengangguk mendengar jawapan Tengku Farique.

Harleen masih lagi tidak membuka blazernya dari tadi. Dia duduk termenung di balkoni bilik mereka. "Ayeen saya nak tanya sikit. Atau erti kata lain kita saling mengenali antara satu sama lain" ujar Tengku Farique sambil memaut erat pinggang Harleen. Harleen sedikit tersentak dengan panggilan yang diberikan Tengku Farique kepadanya. "Ayeen?" Harleen bersoal dalam hati. Nama itu ialah panggilan yang Haiqal selalu guna untuknya, itu yang feeling sikit tu.

"Hah okay" jawab Harleen tanpa memandang sikit pun muka suaminya itu.

"I nak tahu hobi, warna favourite, kerja and your... Boyfriend's name" serta merta Harleen memusingkan badannya menghadap Tengku Farique.

"Saya suka menyanyi and menangis. Saya suka warna blue black and Navy blue. Saya bekerja di Indah's Verlyn, our hotel. Eh tak. My family's Hotel. Actually my boyfriend's name is Syed Haiqal Hanaqi Bin Muhammad Fauzan. He leave me alone now"

"Your boyfriend leave you alone? Aku pun ada jugak. Girlfriend aku koma, kena langgar by my best friend at England..." balas Tengku Farique sayu sahaja bila di ingatkan tentang Raihanna yang masih terlantar koma di Hospital Sungai Buloh. Dia di pindahkan ke hospital Malaysia kerana family nya ada di sini.

"Ohh. Maaf" Harleen turut merasakan apa yang suaminya rasa.

"Kau... Bahagia dengan Haiqal?" tanya Tengku Farique kepada Harleen yang sayu itu. Harleen hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Tanpa sedar air matanya turun ke pipi.

"Nanti bila kita cerai awak try lah pujuk balik Haiqal tu. Then kau boleh kahwin dengan dia ya. Aku nak kau bahagia. Maaf sebab aku, kau terpaksa kahwin dengan aku. Lagipun saya pun akan kahwin dengan Raihanna nanti lepas dia sedar dari koma. Tapi lepas kita cerai. Itukan yang awak nak?" ujar Tengku Farique kepada Harleen. Harleen teragak- agak untuk mengangguk tapi kerana perbincangan mereka hari itu. Menyesal pulak setuju dengan syarat macam tu.

"Ehh awak taknak rehat dulu ke? Sekejap lagi kena pergi hotel tau" tanya Tengku Farique lagi kepada Harleen yang sedang jauh termenung sendu. Ratapi luka yang telah terguris. Hancur semua nya. Tawar hilang nya kasih. Ehh lagu ni.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now