Pada pagi itu, Harleen boleh lagi pergi melawat gallery abangnya di sekitar Damansara. Harleen menatap satu- persatu lukisan yang abangnya atau pekerja abangnya di dinding gallery itu. Sesekali dia terpandang potret perempuan serupa dengan nya di sudut kanan gallery. Dia membaca satu- persatu ayat yang di tulis di sudut bawah potret itu.
"Bidadari Tak Bersayap" ujar Harleen perlahan sebelum di kejutkan oleh abangnya sendiri.
"Hai Harleen, Aleen buat apa kat sini" tanya Hafreez.
"Siapa yang buat potret ni?" Harleen bertanya perlahan kepada abangnya.
"Yang tu... Arwah Haiqal buat" Hafreez serba salah untuk memberitahu adiknya tentang lukisan potret itu. Adik lelaki Haiqal baru menyerahkan lukisan itu pada gallery minggu lepas, kerana hasrat abangnya.
Harleen terduduk di situ. Dia kaku, makin terbit rasa bersalah dalam dirinya terhadap arwah Haiqal. "Ya Allah, apa aku dah buat ni" gumam Harleen di dalam hati.
"Harleen bangun please. Dia taknak tengok Harleen macam ni. Bangun ye" ujar Hafreez sambil menarik perlahan tangan adiknya. Harleen bangun dan terus menatap lukisan di hadapan nya.
"Kalau Harleen nak lukisan tu. Harleen ambik lah. Nanti abang settle kan bayaran ye. Tapi sekarang Harleen kena pergi KLIA kan. Jap lagi ada meeting"
"Hmmm. Tak payah lah abang. Harleen nak letak potret ni kat sini je. Aleen nak semua hargai Haiqal dengan lukisan ini. Aleen harap lukisan ni kekal. Harleen pergi dulu ya" ujar Harleen lalu melangkah pergi dari situ.
~~~~~~~~~~
Harleen dan Tengku Farique telah berada di KLIA sejak pukul 5.30 petang tadi. Penerbangan mereka ke Pahang adalah pada pukul 6 petang, jadi mereka bercadang untuk pergi ke KLIA lebih awal agar tidak terburu buru.
"Bye Harleen pergi elok elok tau. Stay safe. Farique kamu pun jaga diri kat sana" ujar Dato' Harris kepada anaknya serta anak rakan baiknya iaitu Tengku Farique.
"Okay papa" jawab Harleen ringkas.
Selepas 60 minit akhirnya mereka sampai di Pahang. Harleen menarik bagasinya sambil menjawab panggilan masuk dari pemandu yang akan menjemput mereka di lapangan terbang. Tengku Farique hanya mengikut Harleen dari belakang.
Tengku Farique telah berjanji untuk berjumpa dengan kekasihnya barunya di hotel yang ditempah mereka. Selepas sampai di hotel, Harleen mengambil kunci biliknya tanpa menghiraukan Tengku Farique yang sedang melihat pemandangan di luar hotel.
"Hai baby, nah kunci bilik kita don't lost it. By the way give me your bag. Biar I letak kat bilik. You takyah la naik ye" sapa Layla dari belakang sambil memeluk belakang Tengku Farique.
"Ehh. Hai. Ohh okay. Thank you for getting me this key. See you tonight" ujar Tengku Farique sambil mengambil kunci bilik berupa kad itu tanpa melihatnya seraya mengenyitkan matanya kepada Layla.
"Okay. I pergi dulu ehh bye"
Tengku Farique menggerakkan kakinya menuju ke arah lift, hendak mengejutkan Layla di dalam bilik tapi dia pula yang terkejut dengan Harleen yang tiba tiba keluar dari perut lift dan berlanggar dengannya hingga menyebabkan kedua- dua mereka terjatuh di atas lantai. Harleen yang terjatuh di atas Tengku Farique itu, terus terduduk di hadapan pintu lift, nasib tak ada orang di situ.
"Adoii. Kau kenapa yang pergi langgar aku. Sakit kau tau tak" ujar Harleen sambil mengambil kunci biliknya yang jatuh tanpa sedar yang dia mengambil kunci bilik Tengku Farique.
"Kau jalan tak tengok depan memang la sakit. Nasib aku baik, kalau tak habis muka cantik kau tu kena dengan aku" balas Tengku Farique sambil menepuk nepuk seluarnya yang sudah kotor.
"Ishh kau ni. Dah dah la ni kau ikut aku pergi pantai. Tolong photoshoot aku jap ehh. Nanti- nanti la kau naik bilik" ujar Harleen sambil menarik tangan kasar Tengku Farique menuju ke pantai. Baju dress kuning yang di pakai Harleen itu bergerak ke belakang kerana ditiup angin pantai. (I mean bertiup macam melayang tu tapi tak melayang. Macam mana nak cerita ni)
Tengku Farique hanya membiarkan sahaja Harleen menarik tangannya. Tiba- tiba Harleen melepaskan pegangan tangannya sambil meminta maaf atas tindakan gilanya itu. Harleen sudah biasa melakukannya kepada Haiqal, tu yang kalut pegang anak orang tu.
"Err. Sorry. Aku teruja sangat tadi. Hehe" ujar Harleen kepada Tengku Farique.
"Haha sokay la. Aku dah biasa" Tengku Farique hanya tersenyum sinis dengan muka Harleen yang mula shy shy dengannya itu.
Mereka berjalan jalan di persisiran pantai. Tengku Farique sekali lagi dipaksa untuk menjadi photographer tak berbayar dan mengambil gambar Harleen secara potret di tepi pantai, di tepi laut, di bawah pokok dan macam macam tempat yang cantik. Nasib kau la Encik Tengku. Tapi kadang- kadang Tengku Farique ada mengambil gambar Harleen secara curi- curi. Harleen juga mengambil gambar Tengku Farique bersama- samanya di atas buaian kayu di bawah pokok kelapa rendah di situ. Dah macam pasangan kekasih yang bahagia di tepi pantai dah ni.
Harleen yang terpandang anak mata coklat gelap milik Tengku Farique terus menekup mulutnya. Tengku Farique memalingkan kepalanya dan terus memandang anak mata dark grey Harleen yang mula berair. Harleen seperti menangis. Memang dia menangis pun dek kerana terkejut melihat anak mata Tengku Farique.
"Haiqal" terkeluar perkataan itu dari mulut Harleen. Harleen terus menutup matanya dan mengundurkan dirinya kebelakang. Tengku Farique hanya melihat tanpa menyoal apapun kepada Harleen. "Dia ni dah kenapa" Tengku Farique bermonolog dalam hati.
"Ermmm jom pergi pasar malam. Aku lapar lah. Haha" Harleen memulakan bicaranya kepada Tengku Farique sambil tersenyum hambar. Di lap kasar pipinya yang dipenuhi dengan air mata yang mengalir laju sebentar tadi.
"Okay. Aku pun belum makan"
Mereka meronda sekitar pasar malam dan tepi pantai sehingga pukul 10 malam. Harleen kelihatan sangat mengantuk kerana belum tidur sejak mereka sampai lagi.
"Farique. Aku nak naik bilik dulu ehh kau nak ronda, ronda la dulu. Aku nak tidur. Ngantuk giler" ujar Harleen sambil melambai lambaikan tangannya kepada Tengku Farique.
"Bye"
Tengku Farique masih duduk di kawasan lepak anak anak muda sambil bermain telefonnya. Tiba tiba Tengku Farique mendapat satu panggilan dari ayahnya.
"Farique. Meeting esok diorang tangguh jadi bulan depan lah. So korang boleh lah jalan jalan esok ehh. Okay assalamualaikum"
"Ohh okay. Waalaikumussalam daddy "
Harleen yang berada di biliknya keluar ke balkoni bilik untuk melihat bulan. Entah mengapa Harleen menangis kerana teringatkan mata milik Tengku Farique yang serupa dengan mata milik arwah Haiqal. Harleen susah pulak hendak tidur lalu mengambil pil tidur mengikut dos sebenarnya.
Tengku Farique mengerling jam tangan miliknya. "Ehh dah nak pukul 12 dah. Aku buat apa dari tadi kat sini"
Tengku Farique memasuki hotel dan menekan butang lif. Dia mengeluarkan kunci biliknya dan melihat ke arah nombor bilik tanpa tersedar yang kuncinya telah tertukar dengan kunci milik Harleen.
"Ermm bilik 702. Nice number"
**********************
Sis seram nak tulis bab seterusnya. Kalau typo abaikan je. And klau korang tak paham. 😂
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...