Chapter 25

177 12 0
                                    

Harleen bangun kerana telefonnya tak habis- habis berdering. "Encik suami ke yang call🙄. Ingatkan dah lupa. Mesti kena marah ni. Hadap je lah" bebel Harleen di dalam hati lalu mengangkat panggilan masuk di telefonnya. Lelaki di telefon yahh. Eh tiberr.

"Yah. Kenapa?" tanya Harleen kepada Tengku Farique.

"Kau tak puas lagi ke hang out dengan boyfriend tu. Kau taknak balik ke weh" tanya Tengku Farique yang masih menunggu Harleen untuk pulang.

"Aku mana ada boyfriend wehh. Malam ni aku tidur kat rumah aku. Dengan Farrah. Kau tak yah la risau. Aku okay je" ujar Harleen sambil keluar dari biliknya dan mencari Farrah. Dalam bilik bacaan takde, bilik dia takde, ruang tamu takde gak. Dia ada kat dapur rupanya. Tengah masak.

"Nanti mama tanya aku, kau nak jawab apa. Kata 'ehh Farique takde. Dia keluar ngan perempuan lain'. Kalau jatuh reputasi aku, aku makan kau" ujar Tengku Farique lagi.

"Aku kata aku tidur kat rumah aku kan. Bukannya rumah mama. Dengar betul- betul lah. Nak makan, makan je la. Perut kau, bukan aku" ujar Harleen sambil menggigit kentang yang di goreng Farrah tadi.

"Kau tunggu nanti" ujar Tengku Farique sambil menamatkan panggilan.

Harleen meletakkan telefonnya di atas meja. Bahu nya dihinjut (?). Matanya fokus kepada Farrah yang rajin sangat masak harini.

Selepas mereka berdua selesai makan, mereka telah pun masuk tidur. Harleen tidak boleh tidur pada malam itu, jadi dia keluar ke balkoni dan duduk di sana.

"Haihh penat beria, last- last jadi peria, pahit wehh" ujarnya perlahan. Dia melihat keindahan bulan pada malam itu.

~~~~~~~~~~~~~~~

Harleen bersiap untuk pergi ke hotel. Dia bersarapan bersama- sama Farrah yang sudah cantik memakai sweater berwarna hitam.

"Good morning angel" ujar Farrah kepada Harleen.

"Takyah la gila. Aku geli" balas Harleen selamba sahaja. Farrah sudah mencebik. 'Nak sakat pun tak oleh'.

"Satgi aku hantarkan kau dekat office. Kereta kau ada kat sana kan" ujar Harleen lagi.

"Haah"

Selepas selesai makan, mereka berdua terus pergi ke Indah's Verlyn Hotel.

"Bye Harleen" ujar Farrah sambil melambai- lambai ke arahnya. Harleen membalas lambaian Farrah lalu terus masuk ke dalam hotel itu.

Harleen naik ke tingkat 15, dia melihat kelibat Raihanna yang sedang tak fokus membuat kerja, asyik main phone je. Sedang syok usya Raihanna, Layla menegurnya dari belakang.

"Boss tengok apa tu?" tanya Layla yang menyebabkan Harleen sedikit terkejut lalu memeluk dinding (how can). Harleen membetulkan posisinya selepas dapat mengenali gerangan manusia yang menegurnya tadi.

"Tengah tengok orang yang tak fokus buat kerja. Awak tolong cover, saya nak masuk" ujar Harleen kepada Layla lagi.

Layla hanya mengangguk dan pergi ke meja Raihanna untuk menghalang pandangannya. Raihanna hanya membiarkan sahaja Layla yang berada di hadapannya. Layla terus pergi dari situ sebaik sahaja Harleen sudah selamat masuk ke dalam biliknya. Layla masuk ke dalam bilik Harleen untuk bertemu dengan nya.

"Boss. Sampai bila kita kena rahsiakan benda ni?" tanya Layla kepada Harleen.

"Saya nak rahsiakan sampai malam annual Dinner nanti. Sebab saya nak bagitahu suami saya sekali" ujar Harleen sambil memandang muka Layla.

"Boleh je. Boss kalau tak ada apa- apa, saya keluar dulu yah" ujar Layla lalu keluar dari bilik itu.

Harleen menyambung membuat kerjanya sehingga waktu lunch. Dia mendapat mesej dari suaminya yang ingin mengajaknya keluar lunch sama- sama.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now