Chapter 27

197 11 0
                                    

Harleen yang baru siap mandi itu duduk di ruang tamu bersama Tengku Farique dan Raihanna. Tengok drama.

Raihanna menunjukkan satu video patung yang menyeramkan kepada Harleen. "Wehh Harleen. Tengok ni. Cantik dowhh muka dia" ujar Raihanna sambil menunjukkan phone nya kepada Harleen.

Harleen memalingkan mukanya menghadap telefon Raihanna. Dia amat terkejut apabila melihat video itu. Harleen terus menghempaskan telefon Raihanna sehingga pecah berderai di lantai. Tengku Farique dan Raihanna yang berada di situ amat terkejut dengan tindakan Harleen.

"Aku baru beli semalam telefon ni. Kau rosakkan macam tu je. Huwaaaa" Raihanna telah menangis teresak- esak di ruang tamu itu. Nafas Harleen mula turun naik. Sungguh dia terkejut tengok video tu. Dia mengurut dada sambil memejamkan mata. Cuba menenangkan diri.

"Kau keluar sekarang!" jerit Tengku Farique kepadanya. Lagi lah Harleen terkejut. Tak pernah lagi kena jerkah macam tu. Harleen yang telah mengalirkan air mata itu berlari ke dalam bilik untuk mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah itu.

"Wait!" ujar Tengku Farique sambil menggenggam tangan Harleen.

"Minta maaf dengan Raihanna and bagi kunci rumah!" ujar Tengku Farique sambil menarik tangan Raihanna. Raihanna tersedu- sedu sambil mengelap air mata palsunya yang memenuhi pipi nya.

"Untuk apa aku minta maaf dengan perempuan ni. She such a bitch. Dia tak layak untuk dimaafkan. Lagipun aku tak buat apa- apa. Aku cuma rentap tangan dia, dia yang lepaskan telefon" ujar Harleen sambil menghulurkan kunci rumah kepada Tengku Farique. Dia tersenyum sinus sambil air mata penuh di pipi.

"Kurang ajar kau!" jerit Raihanna lalu menampar muka Harleen. Harleen hanya tersenyum sambil menahan sakit. Kakinya menyepak kaki Raihanna dan telah membuatkan Raihanna jatuh ke lantai. Raihanna menangis teresak- esak kerana sakit diperbuat begitu.

Tengku Farique yang sudah naik angin terus melempang muka Harleen. Bibir Harleen telah mengeluarkan darah. Sakit sangat kena lempang begitu. Harleen merentap kasar tangan Tengku Farique dari memegang tangannya.

"Kau jangan harap aku akan lupa apa yang kau buat dekat aku! Kau takkan jumpa aku selagi kau tak langkah mayat perempuan ni!" ujar Harleen lalu berlari menuju ke bawah. Sempat dia menarik rambut Tengku Farique sampai kepala dia terhantuk di dinding. Tengku Farique agak terkejut dengan sikap Harleen. Berubah 360 darjah. Tapi dia melihat Raihanna yang bercangkung sambil menangis di tepi nya itu. Dia membantu Raihanna untuk berdiri dan menenangkannya.

Harleen menelefon Farrah tapi Farrah tidak mengangkatnya. Tiba- tiba dia teringatkan Faris. Dia menelefon Faris lalu panggilan nya diangkat.

"Yoww Harleen. Kenapa call aku ni" ujar Faris di corong telefon.

"Tolong aku wehh" ujar Harleen dengan sedu- sedannya.

"Wowowo kau kat mana ni. Aku pergi sekarang" tanya Faris risau.

"Apartment Farique. Tapi aku ada kat bawah. Tengah lari dari dia. Aku tunggu kat restoran depan tau" ujar Harleen tersekat- sekat.

"Haa kk" ujar Faris lalu meletakkan panggilan.

5 minit selepas itu Faris sampai. Dia melihat Harleen yang sedang menangis di meja makan sebuah restoran berhadapan dengan apartment Tengku Farique.

"Harleen..."panggil Faris mendatar sahaja. Harleen mengangkat mukanya. Bibirnya sudah pecah akibat dilempang Tengku Farique tadi.

"Astaghfirullahalazim. Harleen. Jom pergi klinik" ujar Faris mengajak Harleen.

Harleen hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta Faris. Faris membawanya ke klinik berdekatan.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now