Chapter 5

276 13 10
                                    

"Daddy, Farique nak keluar jap dengan kawan Farique. Nak pergi mana pun tak tahu lah kat dia" Tengku Farique Adha meminta kebenaran dari Dato' Qiff Adam untuk keluar bersama kawannya.

"Haa. Pergilah" balas Dato' Qiff Adam ringkas.

Tengku Farique memandu keretanya ke lokasi pertemuan yang dihantar oleh kawannya iaitu Typica Café di sekitar Ampang.

Sampainya dia di café itu, kawan baik Tengku Farique, Faris Daniel menaiki kereta Audi R8 milik Tengku Farique dengan tergesa-gesa. Tengku Farique hanya membuat muka toya dan sedikit pelik dengan tingkah laku Faris.

"Kau kenapa yang kalut sangat naik kereta aku ni?"

"Wehh, jom lah kita pergi Axiata Arena. Aku nak tengok girlfriend aku, dia masuk competition Ratu Cantik kat sana. Aku saja lah ajak kau. Mana tahu dapat jumpa awek cun ke kat sana. Siapa tahu kan" Faris mula menjungkitkan keningnya kepada Tengku Farique yang kelihatan fokus mendengar setiap bait katanya.

"Kau ni aku baru je sampai sini. Turun pun belum lagi. Kau dah ajak aku keluar pergi Axiata, at least jom lah kita minum dulu kat café ni. Tapi kalau kau gila- gila nak pergi sana, aku ikut kau je tapi takde pasalnya aku nak cari awek. Habis Si Reena gila tu nak letak mana. Anna lagi... "

"Ehh kau kan Playboy, tukar perempuan macam tukar siaran tv. Haha. Aku lain, aku setia " Faris memerli Tengku Farique yang berada di sebelahnya.

"Diam ahh kau. Nanti ada gak yang makan kasut aku kang"

Tengku Farique mula memandu laju keretanya ke Axiata Arena. Selepas beberapa minit memandu, Tengku Farique memarkir keretanya di satu tempat. Mereka turun dari kereta dan masuk ke dalam Axiata Arena.

Pada Masa yang sama. Harleen sedang bersiap di dalam bilik solekan untuk semi final round pertandingan ratu cantik yang disertainya.

Farrah hanya menolong Harleen sikit- sikit je kerana dihalang oleh Harleen. Katanya hendak usaha sendiri. "Ikut kau lah Harleen oi. Aku keluar dulu" ujar Farrah yang agak rasa menyampah dengan Harleen. Menyampah pun sayang jugak. Hehe.

Harleen yang sedang membetulkan baju dress yang dipakainya. Kadang-  kadang terbit rasa menyampah dengan bajunya yang asyik senget itu. "Dahla kepala aku tengah pening ni. Tahan sikit je la Harleen oii. Semi final dah ni. Ermm" Harleen bermonolog sendiri dalam hati. Tidak pula dia hendak memberitahu Farrah tentang kepalanya yang pening dan mual itu.

~~~~~~~~~~

Tengku Farique melangkah masuk ke dalam dewan. "Besar jugak tempat ni, tapi kenapa aku tak pernah datang eh, Faris. Faris? Mana pulak budak ni pergi. Tinggal aku macam tu je" ujar Tengku Farique sambil mencekak pinggang. Ada gaya makcik.

Gadis- gadis di situ melihat Tengku Farique sambil mengenyitkan mata kepadanya. Ada yang mintak untuk bergambar dengannya. Tengku Farique hanya melayan sahaja peminat gediknya itu. Ada jugak Tengku Farique berasa menyampah dengan mereka yang terlalu gedik. Nasib kau lah Tengku yang hensem sangat dah kenapa. Dia berlari anak ke pentas utama sebaik sahaja melihat Faris berada di hadapan pentas. "Laju pulak budak ni. Gila agaknya"

Harleen yang memijak anak tangga pentas, mula berjalan catwalk. Namun tiba- tiba kepalanya terasa sangat pening dan sakit. Harleen terjelopok jatuh dari pentas yang agak tinggi itu namun sempat disambut oleh Tengku Farique yang berlari untuk menyambut tubuh kecil Harleen. Nasiblah dia hanya beberapa meter dari pentas itu.

"I got you, my dear" ujar Tengku Farique yang memegang erat Harleen dalam dukungannya. Risau juga jika dia terjatuh buat kali kedua. Tanpa menghiraukan jeritan gadis- gadis di hadapan pentas, dia meletakkan Harleen atas ribanya.

"Miss? Are you hear me? " Tengku Farique menepuk sedikit bahu Harleen. Dia masih tidak bergerak dari tadi tapi Tengku merasakan seperti muka Harleen agak familiar baginya. "Ohh baru ingat! Harleen Aryanna Grandiose" desis Tengku Farique dalam hati.

"Ohh, Harleen. Encik tolong bawa kami pergi hospital boleh. Saya send location dalam phone dia. Awak guna lah phone dia dulu. Tapi saya tak boleh ikut lah. Kejap lagi saya pergi" Farrah yang penat berlari dari belakang pentas itu bertanya kepada Tengku Farique sambil menghulurkan kunci kereta dan telefon milik Harleen. Tengku Farique hanya mengambil telefon Harleen untuk melihat lokasi.

"Ermm okay. You can keep that key. I'll use my car" Farrah hanya mengangguk mendengar kata- kata Tengku Farique itu. "Harleen. Cantik orangnya, secantik nama" kata- kata itu terungkap dalam hati Tengku Farique.

"Oii Faris. Aku nak bawak cik ni pergi hospital. Kau nanti pandai- pandai lah balik. Suruh girlfriend kau tumpangkan ke" ujar Tengku Farique sambil menepuk belakang Faris.

"Sakit lahh. Hah okay okay. Kau tunggu petang nanti aku bahan kau Farique " kata Faris sambil memandang sinis Tengku Farique.

Tengku Farique membuat muka toya kepada Faris . Dia membawa tubuh kecil Harleen secara 'Bridal Style Carry' masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya.

~~~~~~~~~~

"Ahh my head" ujar Harleen yang baru sedar dari pengsan sambil memegang kepalanya yang terasa sakit itu.

"Baik kau rehat, kawan kau baru keluar tadi, ada emergency katanya, jadi aku tolong tengok- tengokkan kau sementara kau nak sedar" ujar Tengku Farique mendatar sambil duduk di sofa hospital swasta itu.

"Tengku Farique? Macam mana kau boleh ada kat sini. By the way thanks for bringing me here. Jap jap. Berapa lama aku pengsan?" tanya Harleen kepada Tengku Farique yang berada tidak jauh dari nya.

"Aku yang sambut kau time kau jatuh haritu. Kau pengsan dalam 4 jam lepas. Dahla kau rehat dulu, aku keluar beli minuman jap. Kau tak nak pesan apa apa ke? Lagi satu, iPhone kesayangan kau tu ada atas meja. Aku tahu kau tengah cari phone kau kan. Tadi aku ada guna kejap phone kau"

"Ohh. No but thanks" jawab Harleen ringkas. "Buat apa di a guna phone aku? Berat tak aku? Lama naww aku pengsan. Dia ke teman aku? Farrah takde ke ?" tanya Harleen dalam hati.

Tengku Farique meninggalkan Harleen bersendirian dalam wad yang luas itu. Harleen menenangkan fikirannya sambil memicit kepalanya yang masih sakit. 7 minit selpas itu baru Harleen menggapai phone nya sambil menghidupkan telefon itu.

"Alahai banyaknya dm" keluh Harleen.

"Ayokk apa ni ermm. Malu aku aduhh. Tu lah kau dah sakit kepala, kau tetap nak teruskan jugak competition tu. Kan dah dapat malu. Harleen Harleen. Ko gedik sangat la. Kalau aku makan pagi tadi mesti tak jadi macam ni. Pastu kenapa mesti Farique duh. Aku malu gila kat dia. Aaaaaaaa" bebel Harleen sendirian selepas melihat video dirinya yang disambut oleh Tengku Farique itu. Viral dah haa.

"Kau cakap ngan siapa Cik Harleen oii. Ngumpat aku ehh" tegur Tengku Farique yang sudah lama perhatikan Harleen di pintu wad itu.

"Se.. Sejak bila kau ada kat situ" Harleen mula malu dengan Tengku Farique yang telah mendengar bebelannya tadi.

"Dua tahun lepas. Kau betul ke tak ni, nampak macam tak betul je, kenapa cakap sorang- sorang ni" Tengku Farique mula mendekati Harleen.

"Adelah kenapa. Nanti kau perasan sendiri. Dah viral dah"

"Yelah yelah. Nah aku belikan mocha untuk kau"

"Mana tahu my favourite coffee ni" ujar Harleen sambil mengambil mocha yang dihulurkan kepadanya.

"Mocha ni coffee favourite aku lah. Aku beli je. Mana aku nak tahu kau pun suka" jawab Tengku Farique selamba.

Mereka minum kopi sambil berborak- borak. Tengku Farique balik ke rumah sebelum maghrib kerana Harleen menyuruh nya supaya pulang ke rumah. Harleen tidur awal pada malam itu.










******************

Haha. Amacam bab ni. Okay tak. Hehe. Sis cuba untuk bagi sweet. Tapi tak mampu la😩. Adoii. Takpe takpe. Nanti sis cuba lagi ehh. By the way thank you untuk korang yang still setia dengan BTS ni🙏🏻💕

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now