Raihanna bangun pada pagi itu dan terus membersihkan diri. Dia keluar memakai bathrobe yang paras lutut namun sengaja disingkatkan pada paras paha.
Dia sengaja buat- buat tersilap bilik lalu mengetuk pintu bilik Tengku Farique. "Harleen. Bukalah pintu. Saya nak pinjam baju" jerit Raihanna ke dalam bilik Tengku Farique.
"Kenapa pulak terpekik kat luar tu. Aku nak tidur pun tak senang" ujar Tengku Farique dari dalam bilik lalu terus membuka pintu biliknya. Alangkah terkejut nya apabila melihat pemakaian Raihanna yang terlalu mencolok (ka jolok?) mata itu. Dia juga melihat Harleen yang sudah terbeliak memandang Raihanna.
"Astaghfirullahalazim Raiha! Bilik aku kat sini lah. Situ kan bilik Farique" ujar Harleen sambil menarik tangan Raihanna masuk ke dalam biliknya.
Harleen menghempas pintu biliknya kuat. "Aleen kalau nak marah pun. Tutup pintu pelan sikit lahh oii. Tercabut pintu tu kau nak bayar ke wehh" jerit Tengku Farique sambil masuk ke dalam biliknya namun tidak diendahkan Harleen.
"What the hell is going on here. Bathrobe tu dah labuh kau singkatkan. Eyy. Kau pilih lah baju mana yang kau nak pakai. Fokus masa kerja. Kau asyik careless bila buat kerja. Kau jangan datang lambat sangat, nanti boss marah. Kau..." bebel Harleen lagi kepada Raihanna yang menutup telinga nya. Tak sempat Harleen ingin menyambung bebelannya, Raihanna telah memotong.
"Stop bebel boleh tak. Aku tahu lah nak buat apa. Macam lah kau yang boss kat sana. Semua buruk je baju kau. I'll take this and go. Okay" balas Raihanna tegas lalu mengambil sehelai baju Harleen dan masuk semula ke dalam biliknya.
"Haihh. Penat ya ampun" Harleen berkata perlahan sambil menutup pintu. Dia menyambung bersiap untuk ke Hotel. Apabila sudah siap dia mengetuk pintu bilik suaminya.
"Aku pergi dulu kayy. Breakfast ada kat atas meja" ujar Harleen sambil menyalam tangan suaminya yang segak mengenakan kemeja dan kot. Tengku Farique terus menarik tangan Harleen yang masih memegang tangannya sehingga mereka berpelukan. Harleen agak terkejut lalu dia membalas pelukan itu. Sungguh dia rasa tenang dan selamat berada dalam pelukan suaminya.
"Thank you for everything" ujar Tengku Farique sambil menggosok belakang Harleen.
"I think love you Farique" ujar Harleen perlahan sahaja.
"What are you saying just now? I'm sorry, I don't hear it" ujar Tengku Farique sambil melihat muka Harleen.
"Nothing important" balas Harleen.
"Sayang. Hantar I pergi office" tiba- tiba sahaja Raihanna yang berada di pintu bilik itu bersuara. Dalam hati nya sudah panas menahan cemburu.
"Okay" ujar Tengku Farique sambil melepaskan pegangannya pada Harleen.
"Aku pergi dulu kayy. Assalamualaikum" ujar Harleen lalu keluar dari rumah itu. "Kacau daun betullah" gumam Harleen di dalam hati sambil meloloskan diri ke dalam kereta miliknya.
Dia memandu keretanya ke Indah's Verlyn Hotel. Tak sabar nak tengok Raihanna kerja macam mana. Dia melangkah masuk ke dalam hotel itu pekerja yang berada di situ hanya menunduk hormat sambil mengucapkan selamat pagi kepadanya. Harleen naik ke office dan menjerit 'good morning guys' kepada pekerjanya.
"Good morning boss" balas pekerja yang berada di dalam office itu. Mereka memang sudah masak dengan perangai Harleen yang macam budak- budak. Payah dapat CEO muda ni, perempuan lak tu.
"So today ada new operator. Jangan buli dia pulak dan jangan kena buli. Jangan sakitkan fizikal dia tapi mental kayy. And kalau dia ada buat silap, betul kan silap tu. Jangan sampai saya sendiri betulkannya. Lagi satu kalau operator tu tanya pasal CEO atau saya, cakap je yang orang tertentu sahaja boleh jumpa CEO. Jangan sampai kantoi yang saya is the CEO. Okay guys? " ujar Harleen sambil menggenggam erat beg tangannya.
"Okay boss. In sya Allah kami cuba" balas semua pekerja di sana.
"And help me to tell the other workers. Termasuk cleaner dengan receptionist. 7 minit lagi dia sampai. Good luck. Saya masuk dulu. Layla see me in my room" ujar Harleen lalu masuk ke dalam biliknya. Layla mengikut Harleen dari belakang.
"So awak faham kan arahan saya?" tanya Harleen kepada Layla selepas memberitahu tentang arahannya. "Faham boss" balas Layla.
"Dah you may go. Raihanna dah sampai kat bawah". Layla mengangguk lalu keluar dari bilik itu. Dia menyambut kedatangan Raihanna ke office mereka. Raihanna dijemput duduk di tempatnya yang agak jauh dari bilik CEO. So, dia takkan nampak Harleen yang berada dalam bilik itu.
"So... Can I see our boss?" tanya Raihanna kepada Layla yang ralit menyusun fail yang berada di atas meja kerja Raihanna.
"Hanya orang tertentu sahaja yang boleh tengok CEO. Saya, dengan sikit pekerja lain. Orang lain agak susah untuk tengok siapa CEO" balas Layla kepada Raihanna.
"Pulak dah. Haihh malasnya. Apa nama CEO tu? Laki ke perempuan?" tanya Raihanna lagi. Memang tak faham bahasa ini budak.
"Aryan..."
"Aryan. Wahh. Mesti hensem kan. Dia dah kahwin ke belum" Raihanna awal- awal lagi telah memotong percakapan Layla.
"Aryanna. Nama boss kita Aryanna. Dia dah kahwin" Layla membalas balik ayatnya yang belum sempat di habiskan itu tegas sahaja. "I gotta go" ujar Layla lagi sambil menapak pergi dari meja operator itu.
"Haihh. Sombongnya. Kau ingat boss korang tu kaya, dia cantik ke. Kau tunggu Aryanna. Aku akan jatuhkan kau" ujar Raihanna sambil membuka buku kerjanya.
"Tapi mana Harleen. Aku tak nampak pun dia. Tah tah kerja cleaner ja kot. Hahaha she just a poor bitch" ujar Raihanna sambil tersenyum sinus.
Raihanna menyambung membuat kerjanya sehingga waktu lunch. Dia mengambil telefon bimbitnya dan terus menelefon Tengku Farique.
"Hello sayang. Kita pergi lunch sama sama nak tak?" tanya Raihanna di corong telefon.
"Ermm. Ajak Harleen sekali" balas Tengku Farique.
"Takyah la. I dah lama tak hang out dengan you. Nanti nanti ajaklah dia. Please..." Raihanna merayu kepada Tengku Farique yang sudah turun dari pejabatnya itu.
"Ikut you lah. I datang"
"Yeay"
Harleen yang tiba- tiba rasa hendak lunch itu terus turun ke bawah. Tiba- tiba dia ternampak seorang receptionist di kaunter macam menghadapi masalah. Harleen terus pergi ke kaunter untuk melihat masalah yang dihadapi oleh receptionist itu.
"What's wrong?" tanya Harleen kepada Bella, receptionist bertugas.
"Saya baru masuk bekerja tadi. So, saya tak berapa nak tahu sangat how to write this" ujar Bella sambil tertunduk malu. Dia tidak tahu jawatan Harleen yang sebenar kerana dia adalah pekerja baru. Lagipun dia baru dapat berita yang CEO hotel itu minta rahsiakan jawatan Harleen dari Raihanna, operator baru.
"Ohh. Tak payah malu- malu. Mari saya tunjuk kan" ujar Harleen sambil mengambil alih tempat duduk Bella. Bella hanya fokus memerhati apa yang Harleen buat.
"Ehh. Harleen. Kau receptionist ke. Ingatkan cleaner tadi" ujar Raihanna yang baru keluar dari lift.
*******************
Tf. Suka ati je panggil org cleaner😂. Sian Harleen. Haha. Sayang korang. Selamat berpuasa raya pkp ya. Pendek je chap ni. Malas ahh nak tulis pepanjang.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...