Chapter 28

203 9 0
                                    

10 minggu berlalu....

Harleen berdiri di luar Indah's Verlyn Hotel. Kawasan itu agak lengang kerana ramai pekerja telah balik pada waktu itu. Harleen tidak sedar yang ada orang di belakangnya. Tiba- tiba lelaki di belakang Harleen menekup mulutnya. Harleen meronta- ronta untuk dilepaskan tetapi bau chloroform (malay please) yang begitu kuat membuatkan Harleen pengsan.

Tubuhnya diangkat dan dimasukkan di dalam van hitam. Penculik itu memandu ke suatu tempat yang agak terpencil di dalam hutan.

Tubuh Harleen diikat menggunakan tali di sebatang tiang kayu. Penculik itu duduk di meja makan sambil menjaga Harleen, takut dia lari.

"Wehh. Kau pergi beli makanan jap wehh" ujar penculik satu, yang bernama Khai kepada rakan sahabat perjuangan penculikkan nya yang lain.

"Kau jaga pompuan ni. Aku dengan Uzair pergi beli makanan untuk kita dengan pompuan tu. Kenapa boss tetap nak bagi dia makan sedang kan nanti dia akan mati jugak kan. Hahaha" ujar Dani, penculik kedua sambil tergelak- gelak.

"Haah la. Okay lah. Pergi cepat" ujar Khai. Dia melihat muka Harleen yang sedang pengsan di tiang kayu itu.

"Kau cantik. Untung suami kau dapat kau. Tapi dia lepaskan kau" ujar Khai lalu tertidur di atas tilam yang terletak di dalam bengkel usang itu.

Harleen bangun dan melihat keadaan sekelilingnya. Dia mencuba untuk membuka ikatan di tangannya.

"Farrah tolong aku" ujarnya perlahan sambil menangis. Tiba- tiba dia teringatkan pandora di tangannya. Dia terus menekan butang location pada gelang istimewa itu dengan harapan Farrah akan tengok bilik cctv di rumahnya. Tapi password rumah.... "Aku lupa bagitahu dia siaa" Harleen telah menyumpah dirinya dalam hati.

Sementara itu...

"Mana Harleen ni. Dah nak pukul 12 malam dah" ujar Farrah sambil menelefon Harleen. Dia menunggu di dalam McDonald's kerana Harleen ingin berjumpanya malam itu.

"Nenek ni off phone pulak. Adumak. Dahla dia berbadan dua sekarang. Jadi apa- apa, mati aku kena dengan Hafreez tu" ujar Farrah lagi sambil menelefon Faris, boyfriend nya. Banyak naww yang berubah kan.

Panggilan nya diangkat.

"Kau kat mana. Teman aku cari Harleen jap. Dia tak datang lagi. Aku dah call dia banyak kali, tapi dia off phone" rayu Farrah kepada Faris.

"Tf. Wehh. Kau tunggu. Aku datang" ujar Faris llau menamatkan panggilan. Dia memandu keretanya ke McDonald's untuk mengambil Farrah.

Dia membawa Farrah pergi ke Indah's Verlyn Hotel untuk mencari Harleen. Mereka bertanyakan kepada guards yang menjaga di situ tentang keberadaan Harleen tapi guards di situ tidak tahu. Sedang mereka hendak berjalan balik ke kereta, Farrah tersepak sebuah telefon bimbit. Farrah mengambil telefon itu dan terkejut.

"Faris. Ni telefon Harleen. Harleen mesti dalam masalah. Aku tak sedap hati wehh" ujar Farrah sambil menutup mulutnya.

"Jom masuk kereta. Sementara tu kau cuba hidup kan telefon Harleen" ujar Faris sambil berlari ke arah keretanya.

"Faris. Bawa aku jumpa Farique. Aku nak cari Raihanna. Aku rasa benda ni ada kaitan dengan Raihanna" ujar Farrah senada sambil tersedu- sedan menahan tangis. Faris hanya mengangguk dan segera memandu keretanya ke apartment Tengku Farique.

Raihanna pernah mengugut untuk membunuh Harleen kerana kes hari itu. Harleen tidak menghiraukan Raihanna lalu pulang ke rumah. Tu yang Raihanna bengang tu.

Mereka berdua terus naik ke tingkat 22 untuk berjumpa dengan Tengku Farique. Faris mengetuk pintu rumah itu. Selepas 5 minit mengetuk. Barulah pintu dibuka.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now