Harleen pergi ke KLIA untuk menjemput abangnya yang baru balik dari England. Harleen sudah lama tidak berjumpa dengan abang sulungnya itu.
"Abang. Lamanya abang pergi, 3 tahun Harleen tunggu abang balik tau" ujar Harleen sambil memeluk satu-satunya abang kesayangannya itu.
"Olololo. Iya ke. Sorry ehh. Abang kena belajar and tak boleh balik" balas Hafreez Adryan Grandiose kepada adiknya.
"Dah, jom balik biar aleen drive. Abang mesti penat kan" ujar Harleen sambil menunjuk kunci kereta miliknya.
"Beli kereta baru ke?"
"Haah" ringkas Harleen menjawab sambil memicit hidung abangnya.
Harleen memandu keretanya laju ke rumah agam keluarganya. "Oi bawak pelan sikit la adik oi. Laju ya ampun" ujar Hafreez sambil memegang kerusi kereta Harleen. Harleen memang spesies bawak kereta laju dia tak rilek tapi tak kena saman pulak.
Harleen yang tergelak melihat abangnya yang sudah ketakutkan itu mula memperlahankan kelajuan keretanya. Hafreez menghembuskan nafas panjang selepas Harleen berbuat demikian.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah itu. Datin Hasniza terus memeluk satu- satunya anak teruna kesayangannya itu.
"Abang sihat? Macam mana dekat sana" tanya Datin Hazniza
"Abang sihat je alhamdulillah. How about you?"
"I'm doing well" Datin Hasniza hanya tersenyum kepad Hafreez.
Mereka menikmati makan malam bersama-sama. Sungguh lengkap keluarga bahagianya itu.
"Abang..." meleret panggilan Harleen kepada abangnya.
"Hmmm" Hafreez hanya menjawab ringkas.
"Esok kita pergi jalan-jalan nak tak? Lama Aleen tak keluar dengan abang" Harleen mengajak abangnya keluar jalan jalan di Kuala Lumpur.
"Kalau Aleen yang belanja abang okay je" ujar abangnya sambil menjungkitkan keningnya.
"Hey! But that's a good idea. Aleen naik dulu ye bye" balas Harleen sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada ahli keluarganya.
Ahli keluarganya hanya tersenyum melihat karenah puteri bongsu keluarga itu.
~~~~~~~~~~
"Abang ooo abang. Cepatlah Aleen dah siap ni. Kita nak pergi jalan jalan kan harini" Harleen dengan perasaan tak rileknya mengetuk pintu bilik Hafreez. Macam gegar dah pintu tu. Tak silap hari bulan boleh tercabut pintu bilik tu.
"Dah, abang dah siap dah. Jangan ketuk kuat kuat pintu bilik abang. Nanti tercabut lah! " Hafreez yang memakai baju jenama Polo yang berwarna biru tua itu segera membuka pintu yang masih diketuk Harleen.
"Cantik baju" Harleen mula membuat muka menyampah kepada abangnya.
"Haha thanks. Semalam Aleen dah drive kan. Harini bagi abang pulak yang drive"
"What! Guna kereta Aleen? No way! Hahaha gurau gurau" Harleen ketawa sambil menepuk-nepuk belakang Hafreez.
"Ouch! It's hurt"
Hafreez memandu kereta adiknya keluar dari perkarangan rumah mereka. Harleen duduk di sebelah abangnya yang memandu.
"Harleen" Hafreez memanggil adiknya yang asyik dengan Instagram sahaja.
"Ye abang" Harleen mematikan phone nya lalu melihat muka abang kesayangannya itu.
"Harleen nak ikut abang ride tak? Kita pergi Thailand guna superbike"
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...