Tengku Farique memberikan kunci keretanya kepada seorang lelaki untuk memarkir keretanya di tempat yang sebenar. Tengku Farique dan Harleen memasuki hotel yang agak mewah itu. Harleen membawa Tengku Farique naik ke bilik di atas.
Harleen membuka pintu bilik itu menggunakan kadnya dan memberi salam. "Farique... Bilik ni sesuai tak. Kalau tak aku pilih bilik lain" tanya Harleen kepada Tengku Farique yang masih melilau matanya ke dalam bilik itu.
"Cantik. Tak payah tukar dah. This is perfect" balas Tengku Farique seraya masuk ke dalam bilik itu.
"Kau rehat lah dulu. Aku nak pergi office jap" Harleen keluar semula dari bilik itu dan membiarkan Tengku Farique berehat. Dia terus turun ke office di tingkat 15.
"Good evening Miss Harleen. I'm sorry. Mrs. Harleen" ujar Layla merangkap PA kepada Harleen.
"Good evening Lailerrr. Hehe. Sokay lah. Panggil je apa pun. I really don't care. Hehe" ujar Harleen kepada Layla. Harleen memang suka gelarkan orang. Sporting kan. Ye ke.
Harleen masuk ke dalam bilik papanya yang akan menjadi bilik kerjanya satu hari nanti. Hehe. Nanti sis cerita. Harleen melihat kad jemputan kahwin yang terletak elok di atas meja. Harleen duduk di atas kerusi dan membelek- belek kad jemputan itu.
"Aku dah kahwin ke. Impossible" gumam Harleen di dalam hati. Dah lah malam ni ada dinner pulak. Tetamu yang datang dari jauh, semuanya menempah Hotel itu sahaja. Senang kata mereka. So malam ni kira- kira 500 orang juga yang hadir.
Harleen menyimpan kad jemputan itu di dalam beg tangannya dan keluar dari bilik itu. Dia tersenyum kepada pekerja yang berasa di situ. Dia terus naik semula ke tingkat 20 iaitu di mana pengantin dan tetamu pada esok hari tinggal. Satu aras je semua. Hahaha.
Harleen mengetuk perlahan pintu biliknya sambil memberi salam. Pintu di buka dan muncul lah muka encik suami yang agak sedih itu.
"Ehh. Kenapa kau macam nangis je ni?" tanya Harleen sambil menutup pintu bilik itu.
"Aku ternampak gambar Anna dalam phone. Sumpah aku rindu Anna. Aku tak pernah bayangkan yang aku kahwin dengan orang lain selain Anna. Tapi kenapa dia koma lama sangat. Menyesal aku halau dia haritu. Kalau tak benda ni takkan jadi. At the same time, muka kau macam Anna. Aku minta maaf sebab cerita pasal Anna dekat kau. Memang tak patut pun" terang Tengku Farique kepada Harleen yang duduk di birai katil bersama- sama nya. Dia pun kuat drama gak.
Harleen turut merasakan apa yang Tengku Farique rasa. "It's okay. Aku faham apa yang kau rasa. Sebab aku sendiri pernah rasa benda ni. Rindu tu fitrah manusia. Tapi susah untuk kita redha. Jadi awak kena belajar menerima pemergian orang yang awak sayang. Walaupun Anna still dekat hospital. Nanti kita lawat dia okay? Aku pun pernah lalui benda ni. Kita survive benda ni sama- sama okay. Muka kau pun macam boyfriend aku jugak. Mungkin Allah hadir kan awak untuk aku sebagai pengubat rindu atau mungkin supaya aku redha dengan pemergian dia" pujuk Harleen kepada suaminya.
"But your boyfriend still ada dengan kau. Aku ni? Anna dah la koma. Aku nak spend time dengan siapa. Nanti you mesti busy kerja kan. You patut bersyukur at least your boyfriend hidup lagi" mendatar sahaja Tengku Farique bercakap kepada Harleen. Harleen sudah sebak mendengar kata- kata Tengku Farique itu. Bukan sebak nak nangis. Tapi sebak geram+nangis.
"Awak tu yang kena bersyukur tau tak. Anna tu bukannya mati lagi pun. Haiqal dah lama mati. Semua sebab aku. Aku yang halau dia keluar rumah. Lepastu emosi dia jadi tak stabil. Pastu kena langgar. Mati! Tahu tak Haiqal dah lama mati!" Harleen berkata Kasar kepada Tengku Farique lalu mengalirkan air matanya laju.
"Hah! Aleen aku minta maaf sebab cakap macam tu dekat kau. I'm so so sorry kayy. Aku cuma rindu Anna. Mana lah aku nak tahu Haiqal dah tak ada" Tengku Farique terus memeluk Harleen, Harleen membalas pelukan itu sambil mengalirkan air mata perlahan. "Haiqal. I rindu you sangat sangat" desis Harleen dalam hati. Lama juga mereka berpelukan begitu, lebih kurang 5 minit. Tengku Farique meleraikan pelukan itu dan memandang muka Harleen yang di penuhi dengan air mata itu. Dia menyapu air mata Harleen menggunakan kedua ibu jarinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/219442744-288-k436469.jpg)
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...