"Harleen ooo Harleen cepatlah. Aku dah siap ni. Kau kata nak pergi daftar untuk competition tu" Farrah yang baru sampai itu memanggil nama Harleen sambil mengetuk pintu rumah agam didepannya itu.
"Hi. Sorry lambat aku baru habis makan kau dah datang. Jom masuk kereta" Harleen mengangkat kening sambil menunjuk ke arah kereta Mercedes Benz berwarna putih yang baru sahaja dibelinya minggu lepas.
"Wahhh. Kereta baru, tapi kau tak pernah pakai pun time pergi uni?"
"Ehhh. Kan Pak Hamid yang tolong hantar aku selama ni. Kau ni yang tu pun boleh lupa. Jom lah"
Harleen memandu kereta nya ke Axiata Arena. Mereka sempat singgah di Cafe Starbucks.
Farrah menolong Harleen mendaftarkan dirinya di meja pendaftaran. Minggu depan Harleen akan mulakan pusingan pertama Ratu Cantik Competition itu.
~~~~~~~~~
Selepas siap mendaftarkan diri, Harleen membawa Farrah pergi bershopping pula di Pavilion. Farrah membeli dua helai baju dan sehelai seluar yang dibayar oleh Harleen. Kasut pun dia beli, pastu deco rumah. *choked. Katanya mood okay so dia nak belanja Farrah.
"Oi Farrah, kau nak beli apa lagi? Jap lagi kita singgah Tealive tau. Aku nak beli Black Diamond Milk Tea. Lama tak minum" Harleen membuka bicaranya kepada Farrah yang sedang ralit memilih kasut bertumit tinggi.
"Err. Aku nak kasut ni boleh tak? Aku suka lah tapi nanti aku bayar balik dekat kau. Sekarang duit aku tak cukup lah" Farrah ragu-ragu bertanya kepada Harleen. Diangkat juga kasut yang bertinggi 3 inci kepada Harleen.
"Ala kan aku dah kata. Aku belanja. Dah dah kau cepat pergi bayar. Aku dahaga gila dah ni" ujar Harleen sambil menghulurkan 4 keping not 100 kepada Farrah.
"Serious lah wehh. Thank you gila gila. Sayang kau ketat ketat. Muahhh" satu kucupan hinggap di pipi merah milik Harleen. Harleen sedikit tersentak dengan ciuman yang diberikan kepadanya. Nasib tak ada orang yang lalu lalang di situ. Kalau tak dah dicop lesbian depan public.
"Astaghfirullahalazim! Eee apa ni. Cium- cium aku depan public. Kau ni lesbian ke apa. Geli lah gila" ujar Harleen sambil mengelap kasar pipinya yang dicium Farrah itu. Farrah hanya tergelak kecil melihat Harleen dan terus berlari ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Mereka singgah di Tealive dan membeli minuman. Harleen agak lega selepas dapat minum air yang sudah lama diingininya. Farrah pula hanya menikmati setiap titisan air yang jatuh ke dalam anak tengkuknya.
"Wehh Harleen. Ko habiskan berapa belanja aku nihh?" tanya Farrah yang berada di hadapan Harleen.
"Tak banyak pun. 2k je" balas Harleen selamba sambil minum air nya. Farrah yang mendengar perkataan Harleen itu terus tersembur air kepada Harleen. Nasib Harleen sempat elak.
"Woii ko sembur pehal?!" tanya Harleen kuat. Pelanggang di situ melihat ke arah mereka berdua.
"Sorry sorry. Ko kata apa. 2k untuk barang aku je... Wehh. Batak gila aku. Aaa nanti aku bayar 1k tauu. Sorry wehh" Harleen sudah tersenyum di hadapan nya.
"Aku kata aku bayar. Means aku bayar lah. Ke kau nak bayar semua sekali dengan barang aku? 5k..." tanya Harleen sinis. Dan sekali lagi Farrah tersembur.
"Limau fak. Kau beli apa bodo. Sampai 5k. Aahhh takde aaa. Kau bayar lah kalau macam tu. Pokai aku nanti woi" ujar Farrah kepada Harleen. Harleen tergelak kuat lalu menggeleng perlahan.
"Aku tak beli apa apa pun. 100 ringgit je barang aku wehh. Huhu" ujar Harleen sambil bangun dari kerusi dan keluar dari kedai itu. Farrah membuntuti nya di belakang.
~~~~~~~~~~~~~Harleen tersenyum sendiri di hadapan cermin solek sambil menggayakan kebaya merah yang dipakai bersama- sama dengan kasut bertumit untuk pertandingan ratu cantik. Dia sudah mencapai suku akhir dalam pertandingan itu. Mak aii laju benor ya Harleen ni. Kini tinggallah dua pusingan lagi untuk mencapai akhir. Harleen dikejutkan dengan sapaan Farrah yang tersangatlah tak rilek, sekali dengar dah macam taiko kampung. Seram ooo. Harap muka je macam minah Arab.
"Woi tengah feeling cantik ke tu. Kau dah siap kan. Competition dah nak mula tu. Takyah gedik sangat. Aku tahu kau lagi cantik dari aku. Aku cepuk gak makcik ni kang" bebel Farrah di belakang Harleen yang masih lagi di hadapan cermin.
"Dah siap dah. Ishh kau ni buat aku terkejut je. Kalau tiba- tiba kena heart attack macam mana. Kau sanggup ke nak masuk penjara sebab aku. Aku nak pakai jam kejap. Kejapppp je k" jawab Harleen sambil memakai jam Daniel Wellington yang dihadiahkan untuknya 2 tahun yang lepas oleh ex boyfriend zaman kanak- kanak nya. Diorang break masa umur Harleen 13 tahun. Kini ex boyfriend zaman kanak- kanaknya itu sudah berkahwin dengan kawan baiknya sendiri yang bernama Nysara Sofea. Huhu apalah nasib.
Harleen turut gembira kerana ex boyfriendnya itu dapat move on (sebenarnya Harleen yang boleh move on dengan ex boyfriend nya lepas kena tinggal dulu) dan berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih baik dari dirinya. Dia turut menghadiri majlis perkahwinan ex boyfriendnya dengan kawan baiknya di Indah's Verlyn Hotel. Tak sangka jugak diorang boleh berkahwin dahla dulu kena tinggal sebab kena rampas. Haha nasib kau lah Harleen. Pada hari itu juga dia mendapat jam tangan milik Nazhif Safwan, iaitu ex boyfriend nya dan gelang mutiara milik Nysara.
Harleen merasakan jam dan gelang itu amat penting baginya. Oleh itu, dia amat menyayangi jam dan gelang itu sebagaimana dia menjaga cincin perak yang mempunyai batu delima di atasnya iaitu pemberian arwah Haiqal kepadanya.
Harleen tak heartbroken okay. Dia cuma rindu dengan arwah Haiqal dan kawan- kawannya yang lain sahaja.
~~~~~~~~~~~~~
"Wehh Farrah, aku nak jumpa kau. Kat tempat biasa k. 5 pm. Jangan lambat tau. See you there" ucap Harleen di corong telefon.
"Okay see you too" Farrah meletakkan panggilan dan terus memakai tudung untuk ke café.
Mereka berjumpa di café biasa tempat mereka selalu melepak dan berjumpa. Harleen memakai sweater blueblack kerana itu adalah warna kegemarannya bersama kaca mata hitam. Rambutnya yang panjang itu diikat tinggi ala- ala Ariana Grande, artis kegemarannya. Baik minat blackpink.
" Kau kenapa tiba tiba nak jumpa aku ni? Ada benda penting ke?" tanya Farrah sambil menghirup cappuccino yang dipesannya sebentar tadi.
"Aku nak ajak kau tengok wayang lah. 'Moana' kau nak tak? Esok pukul 5.30. Aku dah beli tiket, kalau kau taknak pergi aku ajak orang lain."
"Gila taknak. Of course lah nak" Farrah kelihatan sangat teruja. Macam budak je layan Moana.
"Haha tu je la sebab nya aku nak jumpa kau. Haha. See you tomorrow sayang. Muahh. Love you. Bye. Assalamualaikum" Harleen melambai tangannya kepada Farrah lalu terus meloloskan dirinya ke dalam kereta.
"Eh eh makcik ni. Tinggal aku macam tu je. Kesian minyak kereta aku. Huhu" ujar Farrah seraya masuk ke dalam kereta Honda Civic miliknya lalu memecut laju pulang ke kondominum miliknya.
Tiba- tiba Harleen membuat keputusan untuk singgah di tasik. Katanya nak menenangkan fikiran dan otaknya yang tengah serabut bekerja. Harleen membeli aiskrim dan duduk di atas kerusi batu sambil menikmati angin yang sepoi- sepoi bahasa bertiup. Dia pulang ke rumah pada pukul 6 petang. Tu pun jenuh pujuk hati untuk balik ke rumah. Jika diikutkan, hendak sahaja Harleen tidur di situ. Harleen memandu keretanya terus pulang ke penthouse nya.
**********************
Again gais. Sis tak tahu nak tulis apa dah ni😂. Hentam je lah. Lagi satu, korang redha je lah dengan sis yang suka describes pemakaian Harleen or barang- barang Harleen dengan lebih mendalam😅. Saja je nak bagi korang boleh imagine macam mana muka cara Harleen yang always be casual but cool. Sis pun pelik, Harleen ni nak jadi hot ke cool. Thank you sebab support sis. Hehe. Stay tune ye💕
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...