Gambar gambar yang terletak di dinding terlihat samar samar. Harleen menggosok sedikit matanya yang sedikit kabur itu. Harleen melihat jam di telefon bimbitnya itu.
"uishh dah pukul 10 pagi. Uishhh 10 missed call dari papa" Harleen terus menelefon papanya itu.
"hello. Pa kenapa call leen."
"hello. Aleen baru bangun kan. Bertuah punya anak. Takpe takpe. Pukul 1 nanti datang office jap. Ada meeting dengan Rose Lavenda' Holding. Jangan lambat ehh. Bye. Assalamualaikum"
"Hehe okay papa. Bye bye" .
Harleen meletakkan telefonnya di atas katil lalu terus mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik mandi.
Harleen kelihatan sangat cantik ketika menyarung baju kemeja berwarna putih dan memakai tie. Harleen juga menyarung seluar leather hitam kerana dia perlu menukar kenderaan di rumah agam keluarganya dulu takkan nak pakai skirt naik motor. Kang ada yang terkoyak.
Harleen membawa superbikenya ke rumah agam keluarganya. Dia terus meninggalkan superbikenya di garaj dan memandu keretanya keluar dari perkarangan rumahnya selepas menukar seluar slacknya kepada skirt hitam takat lutut. Harleen juga memakai kot hitam kegemarannya.
Harleen memarkir keretanya di hadapan syarikat papanya itu. Harleen disapa oleh pekerja-pekerja syarikat papanya ketika berjalan ke bilik mesyuarat. Harleen mengerling jam tangan berjenama Bonia miliknya.
"Nasib baru pukul 12.50 tengah hari. Nasib tak lewat" gumam Harleen di dalam hati kecilnya.
Harleen membuka pintu bilik mesyuarat seraya memberi salam. Semua tersenyum melihat ke arahnya. Harleen membalas senyuman itu sambil menampakkan giginya yang putih berseri.
Tengku Farique sesekali mencuri pandang ke arah Harleen.
"Cantik pulak Harleen harini" Tengku Farique mengelamun sampai tidak perasan yang gilirannya pula untuk bercakap dalam mesyuarat itu.
"Farique, 27 haribulan ni you kena pergi Pahang dengan Harleen untuk settlekan urusan syarikat kat sana" ujar Dato' Qiff Adam pada anaknya.
Harleen menghulurkan tangannya kepada Tengku Farique untuk bersalaman. Tengku Farique juga menyambut lembut tangan Harleen sambil tersenyum.
Mereka keluar dari bilik mesyuarat itu seusai sahaja mesyuarat tamat. Harleen mengambil beg Louis Vuitton miliknya dan keluar dari bilik itu. Harleen membuka kot nya dan meletakkan kot itu di lengan kirinya. Harleen mengambil telefon bimbitnya dan mengangkat panggilan masuk dari Farrah.
Harleen masuk dalam kereta Mercedes miliknya tanpa dia sedar yang Tengku Farique hanya memerhatikan segala tingkah lakunya itu. Harleen memandu keretanya keluar dari perkarangan syarikat papanya itu.
Harleen memarkir keretanya di hadapan sebuah café yang disebutkan oleh Farrah dalam talian sebentar tadi. Harleen dan Farrah berjumpa di sebuah café berdekatan dengan rumahnya.
"Kau kenapa nak jumpa aku ni. Ada benda urgent ke?" ujar Harleen sambil menyedut air lemonade yang baru sampai sebentar tadi.
"Taklah. Saje je. Dah alang alang lalu kot area rumah kau ni aku nak lah jumpa. Rindu lah katakan"
"Kuaja kau. Baru sehari tak jumpa dah rindu. Hahaha apa lah kau ni"
Mereka bersembang hingga pukul 3 petang. Harleen memandu keretanya pulang ke penthouse miliknya untuk mengemas barang ynag akan dibawanya semasa outstation di Pahang nanti.
"Haihh aku baru nak rileks. Kena outstation dah" gumam Harleen bersendirian di dalam biliknya.
~~~~~~~~~~~
Harleen pulang ke rumah agam keluarganya selepas siap berkemas dengan menaiki keretanya. Harleen memarkir keretanya di garaj rumah dan membawa bagai dan barang dapur yang dibelinya tadi masuk ke dalam rumah. Dia mencari- cari Mak Mah, pembantu rumah itu.
"Mak Mah ooo Mak Mah, Harleen datang ni. Nak bagi barang sikit. Tadi Harleen beli kat mall" terpekik sorang sorang pulak Harleen ni.
"Ye ye. Mak Mah ada kat kolam ni. Harleen letak je barang tu kat dapur. Mak Mah nak perabis ni sikit je ni" jerit Mak Mah dari luar rumah. Mak Mah guna loghat apa oi.
Harleen meletakkan barang dapur di atas meja di dapur lalu terus menaiki lift ke tingkat 2 bersama bagasi hitam miliknya. Harleen membuka pintu biliknya dan meletakkan bagasinya di tepi wardrobe lalu terus mencampakkan diri sendiri ke atas katil queen empuk miliknya. Dibukanya telefon bimbit dan macam biasa, apps Instagram. Dilihatnya post latest artis, instafamous, kawan dan macam macam. BTS pun Harleen follow tau. LOL Harleen kan ARMY.
Harleen berguling guling di atas katilnya sambil memasang kuat lagu Moonlight dari Ali Gatie sambil menyanyi bersama muzik. Entah mengapa Harleen suka dengan lagu itu.
Harleen masih bosan walau berkali- kali menukar lagu di telefon bimbitnya."Nak bukak tv, malas. Nak mandi pun malas, nak keluar lagi lah malas, nak tidur pun malas. Apa ni! Semua malas. Mereput je lah!" Harleen bercakap seorang diri dalam biliknya. "Dah lah lusa je nak gi outstation, aku nak buat apa pulak esok ni".
Harleen membelek- belek cincin pemberian arwah Haiqal kepadanya. Harleen agak terkejut kerana tertulis namanya di cincin tu. "Sejak bila nama aku ada kat sini. Dah dua tahun aku ada cincin ni, tapi kenapa baru harini aku perasan nama ni. Aku memang teruk lah" Harleen meraup mukanya kasar sambil air mata mengalir di pipi gebunya itu.
Harleen membuka wardrobenya. Bosan sangat dah ni sampai nak tengok baju sendiri. "Mak aii! Banyaknya hoodie. Astaghfirullahalazim aku telah melakukan pembaziran" Harleen agak terkejut melihat hoodie yang memenuhi setengah almari miliknya. Di lihat satu persatu hoodie itu. Semua colour ada, cuma design je berbeza. Semua berpuluh puluh ringgit, ratus ringgit pun ada , sayang kalau buang ni. Jadi, Harleen membuat keputusan untuk memberikan hoodie miliknya kepada followers nya. "Siapa yang nak, ambik. Haha" Harleen tergelak sorang sorang dalam bilik.
Harleen mengambil gambar satu persatu hoodie yang hendak diberinya dan memuat naik ke dalam Instagram dengan caption, "siapa nak hoodie ni dm Aleen, sebelum Aleen buang. Elok lagi baru pakai sekali".
Tiba- tiba, berpusu- pusu dm masuk dalam inbox Harleen. "Korang ni, pantang benda free, laju je hah" Harleen berkata perlahan sahaja. Dia menjawab satu persatu dm itu dan dalam masa 30 minit, semua 45 pasang hoodie nya telah ada pemilik baru iaitu followers Harleen.
Harleen membungkus semua hoodie itu dalam plastik dan bersedia untuk membuat COD pada yang hampir dengan rumahnya dan hanya menggunakan kemudahan pos laju bagi yang jauh. Untunglah diorang, dahla dapat baju free pastu Harleen sendiri pulak tu yang hantar ke rumah.
~~~~~~~~~~~
Harleen membawa semua bajunya untuk di pos kepada pemilik barunya. Harleen pergi ke pejabat pos untuk mengepos 30 hoodie kepada pemilik luar negeri dan meneruskan kerja nya untuk menghantar baju ke rumah pemilik baru bajunya.
Mereka sungguh terkejut melihat Harleen di hadapan pintu rumah mereka. Harleen hanya menyapa mereka dengan perkataan hai yang sangat kuat. Harleen tak rilex, kena ada orang sakit jantung kang. 15 buah rumah dikunjungi Harleen. Selepas itu, dia pergi ke McDonald's di Damansara untuk lepak sorang- sorang. Single lah katakan. Harleen balik awal pada hari itu kerana esok 'OUTSTATION ' dengan Tengku Farique.
******************
Finally habis jugak tulis bab 9 ni. Hehe 💕🙏🏻. Hope korang enjoy. Lambat lah nak tulis bab ni. Sorry ehh. 🙏🏻 ❣️ ✨
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...