Chapter 2

408 16 9
                                    

"Mama, Harleen nak pergi dah ni. Assalamualaikum. Bye," Harleen menyalam 'mama'nya dan terus bergegas ke universiti.

Sampainya di universiti, Harleen terus mendapatkan Farrah yang berada di perpustakaan.

"Hi Farrah. Lusa kita pergi daftar yang Ratu Cantik Competition tu eh. Pukul lapan pagi sharp" bisik Harleen kepada Farrah.

"Onzz je kita. Wehh jom pergi kantin. Lapar lah pulak " ucap Farrah sambil mengusap usap perutnya yang rancak memainkan lagu bertajuk 'jom makan'.

"Kau ni asyik makan je. Patutlah chubby. Haha. Hah jom jom. Aku pun tak breakfast tadi" balas Harleen sambil bangun dari duduk (?).

Mereka berdua berjalan ke kantin universiti. Selepas membeli makanan di kantin, Harleen tidak sengaja terlanggar bahu Fiona dan semua makanannya terjatuh ke lantai.

"Damn it. Hey you. Mata mana mata. Jalan tengok depan lah bongok. Eee geram pulak aku dengan perempuan ni" ujar Fiona dengan nada marah sambil menunjal-nunjal kepala Harleen hingga Harleen terjatuh ke lantai yang dipenuhi makanan itu. Macam pondan je suara dia. *choked

"Sorry, saya tak sengaja" ucap Harleen sambil menunduk ke bawah. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah Si Fiona gila tu.

"Hmmpphh. Let's go girls biarkan je la nenek sewel ni. Nasib baik baju I tak kotor. Kalau kotor perempuan ni kenalah bayar baju I yang beratusan ni. Tu pun kalau mampu lah. Hahahaha" Fiona berkata kepada dua orang gadis di sisinya sambil menyepak kaki Harleen lalu beredar dari situ. Harleen hanya tahan gelak mendengar ilaian Fiona yang dah macam pontianak tu.

"Harleen. Are you okay? Kau jangan layan sangat perempuan gila tu cakap apa. Dia kan geng wayar terputus" ujar Farrah kepada Harleen yang masih menundukkan dirinya. Dihulurkan tangannya untuk membantu Harleen berdiri. Harleen hanya menyambut huluran itu dan perlahan bangun dari pendudukannya (?) itu.

"Hahahahaha. Fiona tu dah kenapa. Macam jarang dapat pakai baju je. Baju dia bukannya elok sangat pun. Terkoyak sana sini. Lagi satu kau kata apa? Wayar terputus? Hahaha memang sesuai lah nama tu. Pandai diorang pikir nama kumpulan" meletus tawa Harleen ketika itu. Boleh pulak Si Farrah ni tukar nama kumpulan Olactus jadi wayar putus.

Harleen menolong makcik cleaner untuk membersihkan lantai yang kotor itu. Harleen mendapat banyak pujian daripada rakan- rakannya yang lain. Namun bukan pujian yang Harleen mahu. Asalkan dapat tolong bersihkan kesalahan sendiri sudah. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi sebaik sahaja selesai membersihkan lantai.

"Harleen Harleen. Baik sangat lah kau ni. Tapi baik baik kau tu, baik kau pergi tukar baju, baju kau kotor sangat tu. " ujar Farrah yang masih lagi bersandar di kerusi.

"Aku tak rancang pun nak langgar dengan Fiona tadi. So aku pun dengan rajinnya tidak membawa baju ganti harini"

"So selama ni kau rancang la nak langgar ngan dia. Takpa kau boleh pinjam baju aku. Pinjam je bukan ambik. Mahal baju aku yang satu tu. Huhu" ujar Farrah sambil menghulurkan sehelai baju yang baru diambil dari beg sandangnya.

"Takdela aku teringin nak ambik baju kau. By the way thank you Farrah. Sayang kau. Muahh" Harleen memuncungkan mulut sambil berjalan menuju ke tandas berdekatan untuk menukar bajunya yang sudah kenyang makan makanan yang tumpah atas lantai. Ini adalah satu pembaziran yang sedap.

Selepas Harleen selesai menukar baju. Harleen kembali ke kantin untuk menjamah selera. Akhirnya boleh juga dia makan.

"Kenapa kau pakai baju ni nampak cantik je aku tengok, kalau aku pakai jadi buruk pulak" Farrah mula bertanya kepada Harleen yang sedang khusyuk minum air sirap laici itu.

Harleen yang terdengar kata- kata Farrah kepadanya terus tersembur sedikit air yang diminumnya. "Kau kata apa tadi? Aku pakai cantik, kau pakai buruk. Kau tak tahu ke? Aku memang cantik pun. Hahaha".

"Eleh. Ye la tu. Harleen, kau tak terasa ke dengan Fiona tadi?" Farrah mula mengajukan soalan kepada Harleen.

"Aku tak terasa pun. Haha benda basic je tu. Lagipun aku pernah rasa lagi teruk dari tu. Sokayy lah kau jangan nak risau sangat" Harleen tersenyum sambil menghabiskan air sirap yang dibelinya sebentar tadi.

"Haha. Kau ingatkan aku dengan Raihanna dohh. Dia tengah buat apa lah sekarang kan" ujar Farrah sambil menongkat dagunya.

"Aku dengar dia belajar dekat England. Fuhh. Lumayan babe" ujar Harleen sambil memandang ke arah Farrah.

"Fuhh. Hebat gak aaa dia. Ehh jom lah balik kelas. Nanti kena jerkah kang nangis tak berlagu lah aku" Farrah berhuhu sambil bangun dari tempat duduknya.

Mereka berdua berjalan menuju ke kelas mereka yang tidak jauh dari kantin.

~~~~~~~~~~

Harleen duduk termenung di dalam biliknya. Dia membuka aplikasi TikTok dan mula melihat challenge baru. Sesekali dia mencuba membuat challenge itu. Harleen tersenyum sendiri apabila berjaya. "Hahaha pandai jugak aku menari challenge pistol pistol ni" kata Harleen sambil tergelak- gelak dalam biliknya. Dia merakam challenge yang menggunakan lagu Sunday Best ft. Don't Start Now untuk dimuat naik dalam TikTok dan Instagram. Kanak- kanak zaman sekarang adoyai. Lol. Author geli.

Harleen kelihatan sungguh bosan dan tidak ketahuan, jadi dia bersiap untuk pergi ke Mid Valley, katanya hendak bershopping. Harleen memakai sweater garis- garis oversized berwarna kelabu dan seluar leather hitam bersama kasut sneaker yang berwarna putih bersulamkan mawar merah dah sedikit daun di tepi bunga itu. Rambut perangnya yang separas pusat itu dilepas sahaja. Harleen memang swag. Ikut jimin, ehh suga. Harleen mengambil telefon bimbitnya dan terus menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari perkarangan rumahnya itu. Nak tahu kenapa Harleen suka pakai hoodie or sweater oversized tak. Ni semua kes obses dengan 'Strong Woman Do Bong Soon' dengan Park Jimin BTS lah ni.

Harleen sudah banyak kali tawaf Mid Valley ni. Tapi belum beli apa- apa lagi. Tiba- tiba pandangannya beralih kepada hoodie keluaran baru jenama PDI dan terus masuk ke dalam kedai itu. Selepas siap membeli hoodie, dia terus membeli kasut berjenama Nike dan tidak mahu membeli apa- apa dah. Jadi, dia balik ke rumahnya sahaja.

Harleen membawa beg kertas berjenama pulang ke penthouse nya. Malam ini dia tidur di penthouse nya sahaja kerana kes malas nak drive jauh- jauh. Harleen menyimpan kasut dan hoodie yang baru dibelinya tadi di dalam bilik pakaiannya. Harleen menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Harleen berendam dalam tab mandi sambil bermain dengan telefon bimbitnya kadang kadang dia menghirup cocktail yang dibelinya itu. Ermm kaya nya haihh.

Selepas 45 minit berendam dalam tab mandi, dia keluar untuk membuat assignments yang diberi lecture nya itu. Harleen membuat assignments hingga hampir pukul 11 malam. Dia memberitahu mamanya tentang keberadaannya itu. Takut pulak jika mamanya risau. Harleen membaringkan diri di atas katil queennya dan selamat masuk ke dalam mimpi.










*****************

Amacam bab ni. Haha sis pun dah tak tahu nak tulis apa. 🥴. Serious bosan tulis bab sebelum kahwin ni😅. Haha stay safe ye korang. Jaga diri tau 💕. Thank you sebab korang masih still dengan BTS ni🙏🏻💕. Hehe sayang korang😘.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now