Tengku Farique keluar dari bilik air. Di lihat Harleen yang sedang duduk di hadapan meja solek sambil bermain telefonnya. "Kenapa belum siap lagi ni? " bisik Tengku Farique dalam hati.
Harleen bangun dan terus ke almari pakaian. Diambil gaun berwarna navy blue paras buku lali dari almari itu dan diambil juga tiara berwarna keemasan. Dia membawa baju itu ke dalam bilik air dan memakai nya. Harleen keluar dan duduk semula di meja solek untuk membuat rambut. Buat?
Harleen membuat sanggul longgar di kepala nya dan diikat reben berwarna baby blue. Di pasang juga tiara di kepalanya dan siap.
Try bayang kayy... Dah sambung.
Dia melihat Tengku Farique yang masih lagi bermain dengan telefon bimbitnya. Tanpa sedar Tengku Farique telah mengambil gambarnya yang sibuk bersiap tadi. Mati lah kau Harleen. Hahaha.
"Woi. Aku dah siap dah ni. Jom turun Dewan Firuz Acacia cepat. Mesti diorang dah tunggu kita" ujar Harleen sambil menyarungkan kasut kaca (takde nya nak real. Author takde bajet) di kakinya. Uuu Cinderella versi ciplak ni. Harleen menarik lembut tangan Tengku Farique yang segak memakai tuxedo berwarna navy blue. Sedondon sangat dah tu.
Mereka turun ke Dewan Firuz Acacia untuk dinner malam ini. Dewan Firuz Acacia terletak di Wing A manakala Dewan Aqua Birch di Wing B.
Sampainya mereka di hadapan pintu dewan, guards yang menjaga dewan itu terus membukakan pintu kepada pasangan pengantin itu. Harleen dan Tengku Farique melangkah masuk ke dalam dewan yang cuma disinari cahaya lampu berwarna kuning. Tak lah terlalu malap, sedang- sedang sahaja.
Mereka duduk di meja yang telah disediakan kepada mereka. Pengacara majlis sudah mula membuka bicaranya di atas pentas. "Okay today is our dinner to celebrate the bride and groom. Mrs. Harleen Aryanna Grandiose and Mr. Tengku Farique Adha. Dipersilakan pengantin naik ke pentas untuk menyampaikan sepatah dua kata"
Harleen dan Tengku Farique naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan dan memotong kek. Tengku Farique membetulkan mikrofon sejajar dengan mulut nya.
"Assalamualaikum. So tomorrow is our wedding ceremony and I am Tengku Farique Adha will make my angel happy. In sya Allah" ujar Tengku Farique sambil tersenyum manis kepada tetamu yang hadir pada malam itu. Fuhh cair teruk. Sekarang giliran Harleen pula untuk bercakap. Mikrofon dibetulkan sekali lagi agar sejajar dengan mulut nya. Senang kata Harleen ni agak pendek.
"Err. Assalamualaikum. I am Harleen Aryanna Grandiose, wife of Tengku Farique Adha. So I don't have much to say but I hope that you guys will accept me as a wife of your idol" Harleen sempat menjeling Tengku Farique sebelum meneruskan kata- kata nya. "So I will try to make my husband a happy lil' peanut. Thank you guys" Harleen ketawa kecil melihat air muka Tengku Farique yang mula merah menahan malu. Padan muka kau.
Mereka berdua bergerak ke meja kaca yang berada di atas pentas. Tangan mereka sama- sama memegang pisau pemotong dan memotong kek dua tingkat itu. Tetamu yang hadir mula bersorak sebelum mula menjamu selera di dewan besar itu.
YOU ARE READING
𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙
Romance[14+ please sebab ada carut dan kata- kata kasar] HARLEEN ARYANNA GRANDIOSE , seorang gadis kacukan Russia yang mempunyai sepasang mata dark grey itu telah berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengan personaliti nya. Namun dengan kelebihan yang...