Chapter 35

172 7 0
                                    

"Wehhh!!! Wahhh. Cantik gila bhaii. Bapak aaaaaa!" jerit Harleen di ruang tamu rumahnya. Tengku Farique terus bergegas turun sebaik sahaja mendengar jeritan Harleen tadi.

"Sayang. You okay ke tak ni!" jerit Tengku Farique risau.

"Ahhh. I'm okay. Just happy tengok ni" ujar Harleen sambil menunjukkan gambar bukit bendera yang baru di renovate (entah bila).

"Bukit Bendera?" ujar Tengku Farique tidak faham.

"Jom!" ajak Harleen sambil memeluk lengan Tengku Farique.

"Kereta ke?" tanya Tengku Farique lagi.

"No.."

"Habis?" tanya Tengku Farique sambil terpinga- pinga.

"Kita naik Superbike la" ujar Harleen sambil memandang muka Tengku Farique.

"You boleh ride ke?" tanya Tengku Farique tidak percaya. Harleen terus menjentik dahi Tengku Farique.

"Haritu masa pergi Thailand kan I yang ride sendiri. You ni lupa ke" ujar Harleen sambil membuat muka merajuk.

"Ohh. Haah laa. Okayy. Awak aturkan lah okay? I kena uruskan cuti I jap"

"Ye la ye la" balas Harleen malas.

"Okayy. Cunn. Abanggg! I dah settle kan benda tu" jerit Harleen dari ruang tamu.

"Ohh bagus lah..." balas Tengku Farique sambil duduk di sebelah isterinya.

"Lahh kenapa sedih ni" tanya Harleen sambil memeluk bahu suaminya.

"Macam mana kalau cuti I tak diluluskan?" ujar Tengku Farique perlahan.

"Cuti you dah diluluskan dah pun" balas Harleen ceria.

"Hah ?" tanya Tengku Farique pelik.

"I dah luluskan cuti you. 2 minggu. Kita kan rakan sekerja. Of course lah I dah uruskan. Hehe" ujar Harleen bangga. Tengku Farique terus memeluknya.

"Thank you sayang..." ujar Tengku Farique sambil memeluk rapat tubuh Harleen.

"I can't breath" ujar Harleen sambil menolak Tengku Farique jauh darinya. Selepas pelukan itu terlerai, dia menarik nafas panjang.

"Ohh sorry" ujar Tengku Farique yang melihat Harleen tercungap- cungap menarik nafas itu. Harleen hanya tersenyum lalu kembali menaip di Mac Book nya.

~~~~~~~~~~~~~~

"Harleen sayang... Betul you boleh ride ni? Kalau tak I drive je?" tanya Tengku Farique kepada Harleen.

"You memang tak percaya kan I ehh?" ujar Harleen sambil mencebik.

"Aniya. I risau je. Dah la. Jom" ujar Tengku Farique sambil memakai helmet di kepala.

Harleen sudah memecut laju meninggalkan suaminya di parking rumah.

"Shit" ujar Tengku Farique sambil mengejar Harleen menggunakan superbike nya.

Hampir 3 jam juga perjalanan mereka ke Pulau Pinang. Harleen bawak moto laju gila. (ups tertulis kedah lak. Sorry)

Harleen memarkir super bike nya di parking hotel Lexis Suite Hotel diikuti Tengku Farique.

"Laju gila bapak you bawak" ujar Tengku Farique sambil menanggalkan helmet di kepala nya.

"Tak best lah bawak slow- slow. Macam penyu" balas Harleen sambil tertawa kecil.

"Penyu hotak you. Dah la. I nak naik. Nak rehat. Sakit belakang woo" ujar Tengku Farique sambil menuju ke lif hotel itu. Harleen hanya melihat sambil mencebik. Tiba- tiba Tengku Farique menepuk bahu nya. Harleen terus berlari menuju ke arah suaminya dan melompat ke atas belakang Tengku Farique. Harleen meletakkan dagu nya di atas kepala Tengku Farique.

𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 ; 𝑢𝑛𝑤𝑖𝑛𝑔𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑔𝑒𝑙Where stories live. Discover now