part°21

45 6 27
                                    

namjoon menatap dirinya yang lengkap berpakaian pahlawan milik mendiang ayahnya, tampak segak dan kemas, dia harus bersiap untuk upacara perlantikannya malam ini.

sedang dia melihat dirinya berpakaian sebegitu, semerta membuatkan dia teringat tentang ayahnya.

"ayah... saya akan tebus salah saya dengan menggantikan tempat ayah, saya tak akan mengecewakan ayah lagi. sekiranya ada berlaku perkara yang tidak adil, saya akan tegakkan kebenaran, saya sanggup"-kata namjoon sendiri, dia menyentuh dadanya seakan pesan pada dirinya sendiri. rasa sebak mula dirasainya.

tiba-tiba matanya tertancap pada sebilah pisau nipis dan tajam miliknya yang terletak di atas meja tidak jauh dari padanya, langkahnya perlahan mendekati meja itu, pantas dia mengambil pisau itu dan di belek.

"ni pisau yang ayah bagi.. sejak bila ada dekat atas meja ni?"-dahinya berkerut, pantas dia menyelit pisau itu di kasutnya. mana la tahu ada apa-apa yang terjadi.

tak lama tu, ada seseorang mengetuk pintu biliknya,

"tuan namjoon, raja mahu tuan menghadapnya"-kata dayang istana itu lembut, semerta namjoon membuka pintu dan melangkah menuju ke bahagian utama istana.

tanpa sedar ada seseorang memerhati namjoon dari jauh,
"tak adil!!"

^^

istana•

namjoon melangkah dihadapan orang ramai yang melihatnya dengan penuh bangga,pantas semua tunduk hormat, tidak la ramai cuma semua tentera, dan penghuni istana saja, mereka yakin yang namjoon mampu memikul tanggungjawab ini seperti mendiang ayahnya,

namjoon dengan wajah yang serius memandang raja kwan yang berada di hadapannya dengan senyuman nipis dibibir,

"tahniah kim namjoon, kini tuan hamba telah diberi tugas dan tanggungjawab yang penting untuk melindungi beta dan istana, mahupun melindungi kerajaan beta. dengan ini beta melantik tuan hamba dengan rasminya"-ucap raja kwan dengan tenang, pantas dia mengambil pedang diraja lalu dihulurnya pada namjoon,

Tanpa tunggu lama, namjoon berlutut separa untuk mengambil pedang itu dengan rasa tidak teragak-agak, cara itu amat menghormati raja, semerta dia berdiri semula lalu dia melihat pedang itu lama,

"dengan adanya pedang ini di tangan saya, saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin"-namjoon berkata dengan yakinnya, dia melihat semua tentera yang dia akan ketuai itu, semua tersenyum gembira, tetapi ada juga yang tidak suka.

^^

semua meraikannya dengan makan beradab beramai-ramai, di luar istana pula rakyat menyambutnya dengan pesta, kebetulan pula sekarang ni memang diadakan pesta untuk menyambut hari chuseok.

namjoon yang terduduk drastik itu hanya merenung makanan yang terhidang dihadapannya, dia langsung tidak menyentuhnya. 

"kenapa tuan tak makan?"-tanya jinyoung prihatin, dia duduk di samping namjoon, dia melihat makanan namjoon yang dia berubah langsung, sama saja.

namjoon tersenyum kelat,
"tak apa la, aku tak ada selera, kalau kau nak ambik  jela , aku nak masuk bilik dulu"-kata namjoon lembut, pantas dia berdiri dari duduknya dan melangkah keluar daripada ruang makan itu,

semua melihat namjoon pelik kerana riak namjoon seakan tidak gembira,

"macam mana dia nak gembira, sebab dia yang bunuh panglima kim"-kata seseorang perlahan, membuatkan ada yang dengar katanya secara tidak sengaja, semerta ada yang terkejut apabila mendengarnya.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now