"Seokjin"
Seokjin membuka matanya perlahan-lahan setelah mendengar suara seperti seseorang memanggilnya.
Bila dia membuka mata, seperti biasa dia akan berada di rumah yang kelihatan seperti sudah lama di tinggalkan.
Kepalanya mula pening secara tiba-tiba,
"Ugh.. kenapa dengan aku ni"-gumamnya sendiri. Dia menutup matanya rapat,rasanya begitu sakit."Seokjin are u okey?"
Suara yang sama di dengari lagi, dan bila seokjin buka mata semula untuk melihat siapa empunya suara,Dia akan terjaga dari tidurnya.
"Hrmmm"-seokjin mengeliat kecil, dia mula menukar posisinya daripada baring ke duduk di birai katil.
Suasana bilik begitu gelap yang hanya menyinar adalah cahaya bulan yang memasuki tingkap.
Secara drastik seokjin memandang belakangnya, kelihatan taemi yang masih nyenyak di buai mimpi.
"Nasib baik tak terjaga, hm"-gumam seokjin sendiri, perlahan-lahan seokjin bangun dan melangkah menuju ke bilik air.
Sempat matanya menjeling jam dinding, jam menunjukkan pukul 3 pagi.
"Hm agaknya macam mana keadaan del luna eh, hm"-seokjin berkata sendiri, yala manwol bagi cuti hari ni, alasan yang dia bagi.
"Kau pergi cuti la! Asyik masuk lambat je, aku bagi kau satu hari untuk munasabah diri. Aish menyusahkan aku je"-
Apabila teringat bagaimana muka manwol masa itu, semerna seokjin tersengeh sendiri. Lahai kelakar la,
setelah sampai di bilik air, seokjin mendekati singki, paip di buka. dia membasuh mukanya lalu menatap wajahnya di cermin.
"Kenapa aku asyik mimpi benda yang sama setiap hari? Bila aku nak buka mata mesti terjaga dari tidur."-rungutnya kecil. Mahu saja dia mengamuk sebenarnya, sebab everyday hanya benda yang sama masuk ke dalam mimpinya. Siapa yang tak bengang?
"Seokjin"
Secara pantas seokjin memandang belakangnya untuk tahu siapa yang memanggil dirinya,
Yang dia nampak hanya ruang bilik air yang kosong tiada siapa.
"Perasaan aku je kut. Haha"-seokjin gelak hambar lalu dia mengatur langkah menuju ke bilik semula.
Tiba-tiba ada bunyi barang jatuh di dapur,
Secara spontan seokjin terjerit kecil, dan tangannya pantas mencapai penyapu di tepinya."Siapa pula masuk rumah aku ni"-katanya lalu memberanikan diri melangkah menuju ke dapur yang terang itu.
Menggigil satu badan mahu saja dia menangis di situ, tapi da tak boleh sebab da jadi laki orang. HAHAHAH
Kalau dia bujang, mahu saja dia kurung dirinya dalam bilik sampai pagi menjelang.
Setelah sampai di dapur, dia melihat satu bayang-banyang figure yang agak besar. Semerna membuatkan tangan seokjin yang memengang penyapu itu menggigil teruk.
"Mati la kauu!!"-jeritnya nyaring lalu berlari anak ke figure tersebut. Eh nak pukul ke?
Semerna figure itu terkejut dengan jeritan seokjin lalu menghadap belakangnya,seokjin yang berlari itu terus terkaku.
"HANTU JUON!!"-jeritnya lalu pengsan jatuh ke tanah. Whut? Tadi macam berani sangat.
Taemi hanya kaku melihat seokjin pengsan di hadapannya, dia blur. Juon? Pantas dia menyentuh mukanya, dia memakai bedak sejuk dan dirinya pula berbalut dengan selimut putih.
"Apa awak ni? Jangan la pengsan,, saya tak larat la nak angkatt!"-rungut taemi yang masih mengunyah makanan itu.
ini la dia, bila da hidup berdua jangan la jadi penakut macam seokjin. Eh eh.
Memang tabiat taemi bangun tengah malam dan makan. Hm perempuan dengan makanan memang tak boleh dipisahkan.
"Patah la pinggang aku malam ni"-taemi mengeluh perlahan lalu dia mendekati seokjin dan dipapahnya masuk bilik.
^^
Hotel del luna•
Bar•
Hoseok merenung lama mi sup yang di pesannya tadi,sedap namjoon masak. Tapi sedikit tawa.Tanpa sedar namjoon mendekati hoseok yang menongkat dagu termenung itu, macam ada masalah je.
"Ui,ada masalah ke? Jauh nau kau termenung da sampai mana? Kubur ke?"-tanya namjoon,spontan dia tergelak setelah menyedari hoseok buat muka pelik.
"Apa kau ni, aku cuma entah la.. aku rindu seokjin dan taemi tiba-tiba"-ucap hoseok sedikit resah. Belakang lehernya di sentuh kekok.
"Lahai kau ni, ingatkan apa la. Diorang dua cuti hari ni je. Esok diorang datang la kerja. "-namjoon menepuk bahu hoseok yang mula muncung itu,
"Entah la,sejak aku tahu taemi tu anak buah aku, aku rasa sayang sangat dengan dia. Da macam anak aku sendiri, Susah la kalau berjauhan macam ni. Hiks"-hoseok berkata dengan nada sedikit perlahan lalu dia meraup rambutnya kebelakang,gusar rasa hati ini.
Namjoon tersenyum nipis, penyayang juga dia ni.
"Esok diorang datang kerja kau peluk la diorang kuat-kuat,haha jangan la risau. Btw kau sambung la makan mi sup tu. Aku nak siapkan kerja sikit"-sempat namjoon mengenyitkan matanya pada hoseok sebelum melangkah pergi ke bahagian dapur.
"Kenapa kau nak risau sangat pasal diorang?"-kata manwol yang duduk di sebelah hoseok. Entah sejak bila.
Hoseok memandang manwol atas bawah,tekejut duh tiba-tiba dia muncul.
"Tak payah tengok aku macam tu la, aku tahu aku lawa kan?"-kata manwol dengan nada riak lalu dia membuka majalahnya dan baca.
"Heh suruh jungkook puji bos lawa, mesti dia puji dengan penuh keikhlasan"-sakat hoseok datar. Dia sambung menyuapkan mi sup ke dalam mulut.
Wajah Manwol semerna bertukar menjadi merah,pantas dia menggulung majalahnya lalu memukul belakang hoseok sehingga hoseok tersembur semua mi yang dia suap masuk ke mulut tadi.
"Aduh duh,Aish apa bos ni?! Aish kesian namjoon kena lap semua ni."-hoseok melap mulutnya dengan tisu,mahu saja di tolaknya manwol sehingga jatuh dari kerusi, tapi tak boleh kena la hormat dia sebagai 'bos' la sangat.
"Tak apa its okey! Tumpahkan je sup tu nanti aku lap!"-terdengar jeritan namjoon daripada dapur, entah dia rela atau tidak sebab bunyinya seperti menyindir.
"Haha thanks!"-itu saja yang boleh di respon hoseok kang kata lebih-lebih,merajuk pula si galah tu. Hm
"Aku tanya tadi, kenapa kau risau sangat pasal diorang?"-manwol mula kembalikan perbualan yang tergantung sepi itu, ceh nak tukar topik.
"Tak ada apa la, cuma tak sedap hati sikit, macam ada sesuatu yang tak kena tapi entah lah."-ucap hoseok lalu tersenyum kelat.
Manwol tersenyum sinis,
"Tak ada apa yang perlu di risaukan, so rilek la,esok tanya la keadaan diorang."-kata manwol dengan datar tetapi terselit kata-kata yang dapat menenangkan hoseok, dia membuka semula majalahnya yang sedikit kemik tadi.Hoseok tidak berkata apa-apa cuma tersenyum kelat sahaja.
"Harap gituh la"-desis hatinya sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Hyeee youu ada yg tunggu kee ff ni?
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasíaSeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...