part°13

55 7 26
                                    

*baca la sambil dengar lagu ni,👆

Hospital•
Doktor choi mengemas barangnya untuk pulang ke rumah, dia bergegas mengambil beg tangannya dan kunci keretanya,

"alahai, jatuh pula"-doktor choi tundukkan badannya sedikit untuk mengambil kunci keretanya yang terjatuh,

Apabila dia bangun semerta dia terlihat frame gambar di atas meja kerjanya, gambarnya masa umurnya 10 tahun bersama abangnya, jung hoseok.

Dia tersenyum nipis, pantas frame itu di ambilnya, dan ditatap.

"Abang, maaf kerana adik lupa untuk melawat abang pada hari kematian abang. Adik rindu abang"-ucap doktor choi sebak, perlahan-perlahan air matanya jatuh membasahi pipinya.

"Jangan menangis,dayoun"

Suara itu membuatkan doktor choi tersentak, pantas dia seka air matanya dan melihat sekeliling ruang pejabatnya, malang tiada siapa di situ.

"Perasaan aku je ni,"-doktor choi meraup rambutnya kebelakang, rasa pening mula muncul, memang akan rasa pening selepas nangis kan? Hrm.

Tiba-tiba pintu pejabat doktor choi di ketuk beberapa kali,

Pantas doktor choi menenangkan diri, untuk rasa tenang.

"Masuk"-doktor choi melihat seorang nurse masuk ke dalam pejabatnya,

"Doktor dah nak balik ke?"-tanya nurse itu sopan, dia mula rasa kekok, seperti dia menggangu pula.

"ya, kamu ada apa-apa perkara nak bagitahu saya ke?"-tanya doktor choi lembut, senyuman manis di beri,

"Ada pesakit baru masuk tadi, boleh tak doktor cek dia sebelum doktor balik?"-pinta nurse itu, dia tunduk memandang bawah, takut doktor choi menolak.

Puan choi tersenyum nipis,
"Ya saya akan cek, pesakit itu di wad berapa?"-tanya doktor choi, dia meletakkan kembali barang-barangnya di atas meja kerjanya dan mengambil kod baju doktornya,

"Aa.. wad nombor 182, btw thanks doktor, saya keluar dulu"-kata nurse itu pantas dia tunduk hormat dan melangkah keluar dari pejabat doktor choi itu,

Doktor choi hanya menganguk tanda faham, semerna dia melangkah keluar daripada pejabatnya untuk menuju ke wad pesakit berkenaan.

"Siapa nurse tadi? Macam tak pernah nampak, hm, nurse baru kot"-kata doktor choi dalam hati.

Apabila dia tiba di hadapan wad bernombor 182, dia mula menolak pintu itu untuk masuk kedalam,

doktor choi masuk kedalam semerta matanya melihat katil yang kosong tiada pesakit, dia mula berkerut dahi.

"Mana pesakit tu?"-baru saja doktor choi mahu melangkah pergi dari wad itu,

"Dayoun.."-panggil seseorang perlahan, membuatkan doktor choi pantas menghadap kebelakang semula,

Dia melihat seseorang berdiri menghadap tingkap, seorang lelaki muda,

Lelaki itu memusingkan badannya ke arah doktor choi,

"Abang?"-ucap doktor choi seakan tak percaya, pantas air matanya mengalir deras. Dia menekup mulutnya, terkejut hm.

"Ya, ini abang, dayoun"-kata hoseok sebak, dia turut menangis di situ. Semerna dia mendepakan tangannya ke hadapan.

Perlahan-lahan doktor choi melangkah mendekati hoseok dan memeluk hoseok erat, seeratnya.

"Macam mana.."-baru saja doktor choi mahu berkata, hoseok telah menyampuk.

"Tak perlu tahu, abang rindu kamu sangat-sangat"-kata hoseok teresak, dia mengucup dahi doktor choi lama.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now