part°44

37 4 72
                                    

Seokjin membuka matanya perlahan-lahan apabila menyedari adanya cahaya matahari memasuki ke dalam ruang matanya.

Kepalanya agak pening di urut sedikit, aish sakit pula kepala ni.

"taemi.. Tolong urutkan kepala saya.."-ucap seokjin perlahan, dia masih dalam keadaan mamai.

Dia mula pelik apabila taemi tidak menyahut dan langsung tidak merespon panggilannya itu.

Semerta seokjin memandang sisinya, alangkah terkejutnya dia, apabila mendapati gadis di sebelahnya jisoo dan bukannya taemi. Aaaaa

Seokjin menekup mulutnya, elakkan dia terjerit di situ. Kalau boleh dia mahu saja jerit sekuat hati sekarang ni. Hm

Dia memandang jisoo sedikit lama, dia masih terlena di buai mimpi, yang seokjin pasti sekarang ni. Jisoo tidak berpakaian kerana bahu jisoo agak terdedah. Nasib baik di tutupi selimut, hm

Seokjin berganjak perlahan-lahan menuruni katil tersebut.

"apa sudah jadi ni? Aduh aku sentuh dia ke? Atau dia yang sentuh aku sekarang ni? Alaaa!!"-seokjin jerit dalam hatinya, mahu saja dia lenyap daripada sini sekarang juga.

Bongok seokjin ni, lahai.

Apabila dia mula berdiri, dia menghela nafas lega apabila dia mendapati dirinya masih memakai seluar. Aish kalau tidak naya weh naya!

Perlahan-lahan seokjin mencapai bajunya yang berada di atas lantai, pantas dia memakai baju tersebut.

Dia sedaya upaya menjaga pandangan daripada terus melihat jisoo, aish tau la iman ni memang tak kuat!

Kakinya melangkah ke pintu bilik, lantas dia kuak pintu tersebut untuk keluar daripada situ. Setelah keluar, dia menutup pintu bilik itu semula.

"aish, apa yang da berlaku sebenarnya ni? Aku suka dia ke? Pehal jantung aku tak keruan ni?"-seokjin menyentuh dadanya, dia benar rasa dilema dan keliru sekarang ni.

Tanpa seokjin sedar, jungkook sedang memerhati tajam dirinya.

"selamat pagi, seronok buat kerja malam tadi?"-tanya jungkook sinis, dia duduk sambil silang kaki di kerusi berhadapan dengan seokjin.

Alangkah terkejutnya seokjin melihat jungkook di hadapannya itu, tak perasan pula tadi hm.

"ee kau ni!,sejak bila kau duduk dekat situ?. Lahai sakit jantung aku tengok kau ni"-kata seokjin dengan nada tak puas hati.

Jungkook memandang seokjin lama, dia berpeluk tubuh.

"sejak malam tadi, aku saja nak teman kau dekat luar ni. Mana tahu.. Senang sikit kerja aku kalau ajal kau da sampai nanti."-kata jungkook datar, sambil memandang seokjin sinis.

Semerta seokjin tersentak, liur di telan pahit. Faham benar maksud jungkook itu. Huwa

"biar betul kau ni, sejak malam tadi? Pehal kau tak terjah ke apa ke.. Aku macam tak sedar.. Haish aku rasa aku gila la semalam"-seokjin meraup rambutnya kasar.

Dia tak sedar apa yang telah berlaku semalam. mungkin dia terlalu emo dengan taemi sehingga dia berbuat begini lagipun semalam dia mabuk kan..

"heh kau fikir aku ni apa? Memang tak la aku nak terjah. Malam tadi pelbagai bunyi aku dengar, seram la aku."-jungkook berkata sambil buat muka, tak lupa juga tangannya buat gaya. Em

Seokjin mengeluh perlahan, fikirannya mula menjadi runsing.

"percaya la, aku tak 'sentuh' dia. Kau faham kan apa yang aku maksudkan? Tapi memang serius.. Percaya la aku, and jangan bagi tahu taemi tentang hal ni.."-kata seokjin perlahan, dia seakan buntu tiba-tiba, dia menyatukan tangannya merayu.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now