Dont miss to read part 32 first!
<>yoongi yang tercungap sendiri itu di tenangkan manwol yang berada di belakangnya, laju betul yoongi lari menuju ke sini, sian manwol.
"eh perempuan tu.."-manwol mengecilkan matanya melihat jisoo yang mula hilang melangkah pergi.
"perempuan tak guna"-yoongi berkata perlahan, dia mengetap bibirnya geram, lantas meraup rambutnya kasar,
Hoseok melihat seokjin, keningnya terangkat seakan menanyakan 'kenapa' pada seokjin.
Seokjin pula hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak faham dengan situasi sekarang ni.
Lantas seokjin memandang yoongi tajam,
"kenapa kau halau dia macam tu? Cakap la elok-elok.. Aku memang da suruh dia balik pon"-seokjin mengecilkan matanya melihat yoongi. Dia mula rasa curiga.
Yoongi mula terjeda, matanya tak lepas melihat wajah seokjin yang marah itu.
"kau tak tahu ke? Manusia tak boleh masuk dalam hotel ni. So aku halau la"-kata yoongi datar, tetapi dia melihat ke tempat lain. Pantas dia mengatur langkahnya masuk ke lif.
"macam tipu je.. Manwol tak kan kau tak tahu.. Kenapa dengan dia sebenarnya?"-tanya seokjin masih mahu jawapan dan kebenaran. Dia mencekak pinggangnya.
Manwol mengambil nafasnya berat,
"betul la kata yoongi tu, tapi kalau kau nak tahu lebih lanjut pergi la tanya dia sendiri, aku tak nak masuk campur hal korang"-manwol berpeluk tubuh, sebenarnya dia berasa tak sedap hati sekarang ni.
"apa yang da berlaku dekat sini?"-taemi melangkah mendekati manwol. Dia blur dengan keadaan yang kelihatan seperti tegang itu.
"hm, tak tahu. Tanya la seokjin"-kata manwol datar, bibirnya terukir senyuman sinis. Sengaja
Taemi mengalihkan pandangannya melihat seokjin yang terkebil itu, dia melihat seokjin lama untuk mengetahu apa yang telah berlaku di situ.
"tak ada apa yang berlaku, tadi ada orang cari saya. Lepas tu yoongi halau dia sebab dia manusia.. Haha tu je"-terang seokjin janggal.
"siapa yang cari awak tadi?"-tanya taemi lagi, dia mula ingin tahu. Wajah seokjin di pandang dengan perasaan yang kosong.
"huh.. ji.."-baru saja seokjin mahu menjawab soalan taemi itu. Taemi terus menyampuk,
"ouh.. Okey.. Tak apa saya nak pergi buat kerja dulu"-kata taemi sedikit hampa, semerta kakinya melangkah memasuki lif.
Seokjin hanya membiarkan saja taemi pergi tanpa dia menghalangnya.
Hoseok mula berkerut dahi,
"kau nii. Kenapa biarkan dia pergi? Kejar la dia"-marah hoseok, dia memandang seokjin tajam."huh? Biar jela dia, mungkin dia perlukan masa. Nanti balik rumah aku pujuk."-seokjin berkata perlahan, dia tersenyum nipis menandakan yang dia okey.
"da la, pelik-pelik je la korang semua ni."-rungut manwol, semerta dia melangkah keluar daripada hotel itu. Hm mungkin mahu bersiar-siar di luar.
Seokjin mendekati meja kaunter,semerta dia menyambung kerjanya tadi iaitu membuat laporan.
Hoseok di sebelah hanya memandangnya diam dan masih menguyah snek kegemarannya itu. Malas dia nak kacau seokjin.
^^
Taman•
Taemi mengambil tempat di sebelah yoongi yang termenung sambil minum setin air."huh taemi? kenapa kau datang sini?"-tanya yoongi pelik, dia berkerut dahi melihat taemi yang seakan tak punya mood itu.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasiaSeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...