"Siapa.. jisoo tu sebenarnya?"-taemi berani bertanya, dia terus terang dia ingin tahu sangat siapa jisoo bagi seokjin.
Seokjin tersenyum kelat,
"Dia cinta pertama saya,"-terus seokjin berkata tanpa sembunyi lagi.Taemi di situ seakan tersentak, nak kata dia cemburu, tidak. Hatinya seakan terasa.
Taemi menyelitkan rambutnya kebelakang telinga, dia mula janggal barada di situ, dia menyangkakan selama ni dirinya cinta pertama seokjin, nampaknya tidak.
"Ouh, kalau macam tu, tak apa la"-taemi lantas berdiri daripada duduknya, baru saja dia mahu melangkah, seokjin menarik tangan taemi supaya tidak kemana-mana.
"Saya tak habis cakap lagi,.. awak nak ke mana?"-seokjin seakan gelabah, nadanya seperti marah, mungkin dia penat untuk begini saja.
Tanpa taemi memandang seokjin, dia menarik tangannya perlahan daripada pegangan seokjin tadi,
"Tak apa la, saya ada benda nak buat."-taemi berkata terus dia melangkah mahu keluar,
sebenarnya dia makin terasa hati apabila seokjin berkata dengan nada begitu dengannya.
Semerta seokjin mengetap bibirnya geram,
"Taemi!"-seokjin menaikkan suaranya sedikit, menjadi agak tegas. Dia tertunduk hampa.Taemi yang melangkah itu semerta terjeda, dia tersentak dan terkejut.
"Tolong la dengar!, memang saya anggap selama ni jisoo cinta pertama saya. Tapi Sebenarnya sebelum tu saya cintakan awak, bukankah kita hilang ingatan bersama?, tolong la percaya saya!"-seokjin seakan emosi sendiri, dia merasakan taemi tidak mempercayainya.
semerta dia melangkah laju memintasi taemi yang hanya berdiri tegak di situ. Dia langsung tidak memalingkan wajahnya untuk melihat taemi.
Seokjin membawa perasaan celaru dan marah keluar daripada rumahnya, dia menggengam tangannya geram.
Taemi yang terjeda langkah di situ semerta mengalirkan air matanya sedikit, dia serba sedikit terasa dan bersalah.
"Kenapa dengan seokjin?, dia tak pernah tinggikan suara dekat aku.."-taemi pantas menseka air matanya, sebenarnya dia mula rasa curiga dengan seokjin tetapi tidak la sampai ingin membuat seokjin menjadi begitu.
"Ni salah aku ke?"-taemi menutup pintu biliknya, terus dia terduduk bersandarkan pintu biliknya itu,
Tanpa taemi sedar, ada seseorang memerhatinya dari jauh, dia turut terasa melihat taemi sebegitu,
"Ianya da bermula,"
^^
Seorang pelajar kolej melangkah riang sambil bersiul lagu kegemarannya, dia berasa sungguh gembira hari ini kerana hari tersebut merupakan hari pertama dia masuk ke kolej tersebut selepas dia tamat belajar di sekolah menengah tinggi sebelum ini.
"Lahai, seronoknyaa! Kira aku da jadi dewasa la!"-pelajar lelaki itu tersenyum gummy, ini la impiannya untuk meneruskan kejayaannya untuk masa hadapan.
Dia melihat sekeliling kawasan kolej tersebut, terdapar ramai pelajar yang gembira sepertinya.
"Semua nampak muda-mudi, hm aku je la tua dekat sini"-lelaki itu mula mengeluh,
sebenarnya sebelum ni dia bekerja keras untuk mengumpul duit belanja, dia tidak mahu menyusahkan ibunya untuk membayar kos pembelajaranya.
Jadi dia masuk ke kolej lambat 2 tahun, sekarang umurnya sudah mencapai 20 tahun sedangkan pelajar lain berumur 18 tahun.
"Tak apa la, janji aku mahu berjaya dan menggembirakan ibu, agaknya ibu buat apa dekat gardening dia?"-lelaki itu masih memonolog sendiri, senyuman masih tak lekang di bibirnya,
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasíaSeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...