Sedang leka taemi berfikir di manakah seokjin mendapat mawar kristal tersebut, terus saja dia mahu mengambil mawar itu untuk di tiliknya seketika.
Kerana dia rasa tidak sedap hati dan rasa tidak senang dengan kehadiran mawar kristal tersebut.
Baru saja dia mahu mencapai mawar kristal yang bersinar itu,
Secara tiba-tiba ada seseorang menerjah taemi dan menolak taemi sekuat hati daripada menyentuh mawar kristal yang cantik terletak di dalam pasu.
Tubuh kecil taemi semerta tidak dapat mengimbangkan diri kerana kakinya terpecuk.
Taemi terkejut dengan kejadian itu, semerta dia menutup matanya saja. Risau jikalau ada sesuatu yang berlaku padanya.
Namjoon yang berdiri tidak jauh daripada situ terus saja menutup matanya, dia takut melihat sekiranya taemi jatuh dan kesakitan di lantai.
"taemii!"-jerit hoseok takut, baru saja dia mahu mencapai tangan taemi.
Pantas saja eunwoo muncul secara tiba-tiba di belakang taemi, tubuh kecil taemi itu terus di sambutnya sebelum taemi tersembam ke lantai.
Taemi yang menutup mata rapat itu hanya diam saja dalam dakapan eunwoo yang erat itu.
Sungguh dia terasa okey dengan pelukan eunwoo itu seperti seseorang yang dia sayangi memeluknya.
"awak okey taemi? Awak ada sakit dekat mana-mana?"-tanya eunwoo cemas, tepat masanya dia muncul di situ untuk menyelamatkan taemi daripada jatuh.
Taemi yang baru meleraikan pelukan eunwoo itu, terus saja dia mahu terjatuh kerana kakinya terpecuk tadi.
"stay, jangan lepaskan pelukan awak"-kata eunwoo baik, risau dia melihat taemi yang masih lemah ini.
Semerta eunwoo mengetap bibirnya geram, dia memandang 'manusia' yang menolak taemi kuat sehingga mahu jatuh itu.
"KAU dah gila ke?! Memang DAH puas hidup?!"-tengking hoseok geram, dia mahu saja belasah manusia itu sekarang. Tetapi di halang namjoon.
"siapa suruh awak sentuh benda ni?!!"-tengking seokjin kuat, ya dia la yang menolak taemi sekuat hati tadi.
Taemi yang terkejut tadi semerta mengalirkan air matanya, dia menyembunyikan wajahnya daripada melihat seokjin yang tengah marah itu.
"kau kenapa? Di sebabkan benda tu kau sanggup tolak bini kau?!"-tengking eunwoo pula, dia merenung tajam seokjin yang seakan tak terurus itu.
Eunwoo masih setia memeluk erat taemi yang menangis itu.
"apa salahnya? Memang patut! Aku penat la nak hadap moody dia je! Ingat aku ni apa? Aku sedaya upaya mahu pikat hati dia. Tapi.. Dia .."-seokjin mengetap bibirnya geram, terluah apa yang dia pendam.
Taemi yang mendengar kata-kata seokjin tadi terus saja menjadi lemah, kakinya jadi tak kuat. Eunwoo yang menyedari taemi sebegitu terus saja mengeratkan lagi pelukan.
"saya stress! Tahu tak?, so jangan nak salahkan saya kalau saya berpaling daripada awak.. Tolong la.. Saya stress la"-kata seokjin lepas, tidak fikir perasaan orang sekeliling yang mendengarnya. Dia meraup rambutnya kasar.
"KALAU AKU TAHU KAU MACAM NI, AKU TAK BENARKAN KAU KAHWIN DENGAN TAEMI AKU LA CIALL!!"-jerit hoseok sekuat hati, sungguh dia rasa sakit hati yang teramat sangat sekarang ni.
Namjoon hanya mampu menahan hoseok yang mahu mengamuk bagai gunung berapi itu.
"tak apa, hoseok.. Aku hanya tahu menyusahkan dia saja. Aku tak kisah.. Buat la apa saja awak nak.. Pergi la dekat jisoo awak tu..and Marah saja la saya, seokjin.. Marah la sehingga awak puas"-kata taemi sebak, sedaya upaya mahu mengawal nada suaranya.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasySeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...