part°62🌹

29 3 16
                                    

Taman kolaj•
"Seokjin~"-panggil jisoo manja mambuatkan seokjin tersenyum suka.

"Ye kenapa?"-tanya seokjin baik, wajah jisoo di pandang lama.

Mereka berdua duduk bersebelahan di sebuah bangku putih.

"Awak tahu kan yang saya.. sayangkan awak?"-tanya jisoo lembut. Lantas Dia memeluk lengan seokjin erat.

Seokjin hanya tersenyum kelat apabila jisoo berbuat demikian.

Sungguh dia kurang selesa.

"Ya saya tahu, jadi kenapa?"-tanya seokjin balik, membuatkan jisoo berkerut dahi dan bibirnya muncung.

"Eee awak ni, nak saya merajuk lagi ke?"-ugut jisoo semerta melepaskan pelukan di lengan seokjin lantas dia berpeluk tubuh.

Seokjin tergelak kecil, comel.

"Asyik nak merajuk je awak ni, haih awak tahu kan yang saya.. memang suka awak. Tapi..."-seokjin tidak menghabiskann katanya, dia tersenyum kelat lantad melarikan pandangannya ke tempat lain.

"tapi apa? eee  kalau nak cakap tu biar la full.. hrum.. anyway tadi awak kata nak cakap sesuatu dekat saya tadi... apa dia?"-tanya jisoo ingin tahu, ya dia berjumpa dengan seokjin di taman ini pun kerana seokjin yang mahu berjumpa dan mahu berkatakan sesuatu padanya.

kata jisoo itu membuatkan seokjin mengambil nafas berat, sungguh susah dia mahu mengungkapkan apa yang dia ingin sampaikan.

"maaf kerana saya berkata begini pada awak,, kerna saya rasa ..kita tak boleh bersama jisoo.."-ungkap seokjin berat, dia tertunduk melihat bawah. Sungguh dia tak mampu melihat reaksi jisoo sekarang ini.

Semerta jisoo terkejut dengan apa yang seokjin katakan, dia memandang seokjin tajam.

"Apa maksud awak yang kita tak boleh bersama?!."-marah jisoo sedikit jengkel. dia menggigit bawah bibirnya geram.

Lantas seokjin mengeluh perlahan,
"Saya nak bagi tahu sejak dulu.. yang Hati saya memang tak boleh terima awak.. saya hanya mampu anggap awak sebagai.. kawan.. itu lebih baik..kan? lagipun, saya tak sanggup biarkan awak taruh harapan pada saya yang tak sempurna ini.."-terang seokjin mahu tak mahu. Tapi sedaya upaya untuk beranikan diri.

Jisoo menayangkan wajah yang seakan tak percaya dengan apa yang seokjin katakan, adakah cintanya di tolak secara mentah begitu sahaja? dan takkan selama ini dia sorang saja yang beria dengan cinta ini?

Air mata jisoo mengalir perlahan,
"bagi saya awak begitu sempurna,seokjin... Sanggup awak buat saya macam ni? Kenapa?! Hati awak ada orang lain? Siapa? Irene?!"-tengkin jisoo tak puas hati, sungguh rasa tak tenang dia sekarang ni. tangannya di genggam erat.

Seokjin berkerut dahi,
"apa awak mengarut ni? Bae irene? Dia cuma sepupu saya.. dan kini dia menghilang. Ataupun awak tahu dia berada di mana sekarang ni?"-tanya seokjin curiga dengan jisoo, semerta dia mendongakkan sedikit wajahnya melihat jisoo., matanya memandang jisoo tajam.

seperti ada yang tak kena dengannya.

Ya sungguh seokjin pelik, irene menghilang begitu sahaja tanpa ucap apa-apa, dan sejak itu jisoo mula rapat dengannya semula, yala sebelum ni jisoo merajuk kerana irene rapat dengannya.

Jisoo tersentak, sungguh dia tak tahu irene itu sepupu kepada seokjin.

Lantas dia mengetap bibirnya,
"Itu bukan masalah sekarang ni.. seokjin..kenapa susah sangat? Kenapa susah sangat untuk saya memiliki hati awak seokjin?"-tanya jisoo terus, dia mula menukar topik mengenai irene tadi.

Seokjin mengeluh perlahan,
"Sebab saya rasa, hati saya telah terikat dengan seseorang tetapi saya tak tahu siapa. Maaf jisoo. Saya tak boleh terima awak"-kata seokjin mutamad, lantas dia berdiri dan beredar daripada situ tanpa mengucapkan selamat tinggal.

©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)Where stories live. Discover now