Langkah taemi untuk menuju ke kaunter pembayaran terbantut apabila dia terlihat seokjin dan jisoo seakan berada dalam dunia mereka sendiri,
Taemi mula menepuk-nepuk wajahnya, kerana dia menjangkakan itu hanya perasaannya saja,
Tak lama tu sangkaannya mula meleset apabila melihat situasi dihadapannya memang benar-benar berlaku,
air matanya yang jatuh mengalir perlahan pantas di seka, maaf kita kena bertindak secara waras, k so rilek.
Bunga mawar pink di pegangnya tadi hampir saja terlepas daripada pegangannya, taemi hanya kaku melihat mereka berdua seperti dirinya halimunan di situ,
Perasaannya mula bercampur baur,
"Aku harap ni mimpi"-taemi gumam sendiri, dia masih ingin memujuk dirinya dan mengatakan itu semua dusta. Walaupun ianya berlaku di depan matanya sendiri.
Seokjin yang kaku di situ dan membiarkan jisoo berkelakuan sebegitu semerta dia terlihat taemi yang hanya berdiri drastik tidak jauh daripadanya,
Riak wajah taemi sukar di tafsirkan.
Semerta seokjin menolak jisoo kuat kebelakang, lantas dia mula berdiri daripada duduknya. Dia mula rasa bersalah, dia tak tahu nak buat apa, ini semua bukan kehendaknya.
Jisoo mula terkejut melihat seokjin seperti gelabah itu, dia melihat kearah depannya semerta dia tersenyum suka melihat taemi yang terkesima itu.
"Sayang.."-panggil seokjin lembut, lantas kakinya mengatur menuju ke taemi yang hanya berdiri dan tak berbuat apa-apa itu,
Taemi mengambil nafas berat,
"Kim Seokjin, tolong bayar bunga ni, saya nak masuk kereta dulu"-pinta taemi sedikit hampa, pantas dia melangkah keluar daripada kedai tersebut meninggalkan seokjin sendiri.
Kata-kata taemi tadi membuatkan seokjin tersentak dan bersalah. Taemi tak pernah memanggil dirinya 'kim seokjin' di hadapan orang lain.
"Hm..ada orang marah la"-jisoo berkata perlahan, dia berdiri lalu melangkah mendekati seokjin yang tertunduk itu,
Perlahan lengan seokjin di sentuh,
"Jangan sentuh aku, aku tak nak jumpa kau lagi"-kata seokjin tegas, dia menepis tangan jisoo kasar. panggilan kasar mula di berikan.
Seokjin mengeluarkan beberapa keping wang kertasnya terus dia melepaskannya lalu wang itu jatuh ke lantai,
Tanpa membuang masa, seokjin melangkah laju keluar daripada kedai tersebut dan meninggalkan jisoo yang mula terasa itu,
"Dia berkata kasar dengan aku? Heh tak kisah la, janji.. aku nampak hebat tadi. Huhu"-jisoo tersenyum sinis, semerta dia membongkokkan badannya dan mengambil wang kertas yang jatuh tadi.
Bila dia mula berdiri semula, semerta matanya melihat mawar kristal di atas meja,
Jisoo mula tergelak sinis,
"Iya da bermula, tak sangka seokjin kerja dekat hotel delluna"-sempat jisoo meneliti uniform kerja seokjin tadi.^^
Dalam kereta•
Suasana di situ amat janggal dan hening. Taemi menongkat dagu sambil termenung ke luar tingkap kereta. Tangannya masih setia memeluk sejambak bunga mawar pink yang di belinya tadi.Seokjin mengeluh perlahan,
"Sayang.. i can explain"-seokjin mula bersuara dan memecahkan kesunyian disitu.Tangannya mahu meraih tangan taemi, tetapi pantas taemi menarik tangannya. Hanya tuhan saja tahu bertapa peritnya apa yang dia rasakan sekarang.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasySeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...