Namjoon menunggang kudanya masuk ke kawasan istana, hari pula sudah pon lewat, sedang dia mahu menuju ke kandang kuda untuk menempatkan namon si kudanya di situ,
Jinyoung menahan namjoon daripada terus ke kandang kuda,
"Kau kenapa jinyoung? Ada apa-apa yang kau mahu kata?"-kata namjoon dengan nada sabar, dia penat sebenarnya. Malas dia nak layan orang lain.
Jinyoung yang gelabah sendiri itu tergagap-gagap untuk memberi tahu namjoon,
"Tuan jangan masuk istana buat masa ni, suasana tengah tegang sekarang, aku nak kau balik, bagi aku tali namon, biar aku yang bawa dia ke kandang kuda"-kata jinyoung prihatin dengan rakannya itu, dia takut sekiranya namjoon akan terkesan bila masuk ke istana nanti,
Namjoon memandang jinyoung pelik,
"Apa yang terjadi masa aku keluar tadi?"-namjoon sedikit tegas, dia mahukan jawapan daripada jinyoung sendiri,Jinyoung yang berdiri di situ masih terkebil, dia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu, macam mana dia mahu memberitahu?
"Tak perlu tahu buat masa ni, tolong la tuan balik la dulu.."-jinyoung seakan mendesak namjoon supaya pulang dengan baik, muka jinyoung jelas kelihatan risau,
"Kalau ada masalah tolong bagi tahu aku, kalau kau tak nak bagi tahu.. aku cari jawapan sendiri"-kata namjoon tak puas hati, pantas tali kudanya dia beri pada jinyoung, lalu dia melangkah laju masuk ke istana.
Jinyoung di situ sudah tak tahu nak buat apa, dia memegang tali kuda namjoon, macam mana dia nak halang?
"Aishh degil,, oh tuhan tolong lindungi dia"-gumam jinyoung gelisah, tanpa buang masa dia melangkah menuju ke kandang kuda untuk menempatkan namon di situ,
^^
Namjoon melangkah laju mendekati sekumpulan manusia yang berkumpul di suatu sudut dinding,
"Apa yang telah terjadi?!"-kata namjoon tegas membuatkan semua orang mula senyap dan memandang namjoon dengan pandangan yang menjengkelkan, ada yang di antara mereka mengata namjoon sesama sendiri.
namjoon berkerut dahi, dia mula pelik dengan keadaan sekeliling itu. pantas dia mengatur langkahnya mendekati semua orang, semerta semua mula menjarakkan dirinya daripada namjoon, mereka semua mula rasa gerun dengan namjoon.
namjoon dengan keadaan yang celaru itu dia membaca lampiran yang tertampal di dinding, jelas tulisan yang mengatakan tentang dirinya, semerta dia menggengam penumbuknya geram,
tanpa fikir panjang dia menarik semua lampiran yang tertampal itu sehingga koyak, semua dia ambil dan di gengam kuat,
"aku..."-baru saja namjoon mahu mengatakan hal yang sebenar, katanya di pintas oleh seorang lelaki dengan yang begitu marah dengannya.
"tak sangka tuan sebegini! kami hormat tuan, kami percayakan tuan, ini yang tuan balas pada kami semua.. sampai hati tuan!"-kata lelaki tu merupakan tentera juga, wajahnya terpapar wajah hampa dan kecewa terhadap namjoon.
selepas lelaki itu berkata bergitu, semerta membuatkan semua tertunduk hampa, ada yang sokong, ada yang memandang namjoon simpati,
namjoon mula rasa tersentap di situ, wajahnya di tundukkan ke bawah, dia buntu tak tahu mahu kata apa lagi,
tiba-tiba datang seseorang mendekati namjoon yang tertunduk hampa itu,
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasíaSeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...