Bar•
Manwol meneguk segelas jus orennya, dengan tenang dia membuka aplikasi instagram-nya."siapa pula follow aku nih? Kim mingyu ni siapa?"-manwol memandang skrin telefonnya dengan begitu menjengkelkan.
Pantas saja jarinya mem-block pengguna ig yang bernama mingyu itu. Tersenyum senget manwol jadinya.
Tak lama itu, jungkook mula melangkah dan terus saja mengambil tempat di sebelah manwol yang masih leka dengan telefon pintarnya.
"kau buat apa tu?"-tanya jungkook terus, dia memandang skrin telefon manwol tanpa kebenaran.
Pantas saja manwol mematikan telefonnya kemudian simpan ke dalam beg tangannya.
"sebuk je kau ni, baru nak stalk lelaki handsome."-manwol mula muncung, matanya menjeling tajam jungkook yang mula menimbulkan riak wajah yang seakan tak puas hati.
"AISH! Berapa kali aku da cakap, jangan nak gedik cari lelaki lain la! Ish aku yang ada depan mata ni tak nak pandang pula"-marah jungkook, terus saja dia menarik muka melihat tempat lain. Sakit hati kita.
Manwol mula menepuk dahi, kuat sangat jungkook berangan nih.
"suka hati aku la, haih pelik-pelik je"-kata manwol perlahan, baru saja dia mahu berganjak pergi.
Tangannya di tarik jungkook supaya tidak ke mana-mana.
"manwol.. Aku ada something nak cakap.. Aku rasa tak sedap hati la."-kata jungkook seakan kerisauan di situ, tangan manwol masih lagi di pegangnya kemas.
Semerta manwol mengeluh perlahan, lama lagi la dia kena duduk di bar ini.
"kenapa? Kau risau tentang apa pula sekarang ni?"-tanya manwol terus dengan nada datar, wajah jungkook mahu tak mahu saja di pandang.
"pandang aku,manwol"-kata jungkook serius. Dahinya mula berkerut.
Jungkook dapat rasakan manwol seakan sembunyikan sesuatu perkara daripada pengetahuannya.
Dengan malasnya manwol melihat wajah jungkook itu, haih arnab ni pehal.
"kau nak apa nih? Lahai"-kata manwol perlahan, dengan wajah yang tak berperasaan.
"tak ada la.. Aku cuma rasa tak sedap hati dengan taemi dan seokjin. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku nanti"- jungkook meluah apa yang dia mahu katakan tadi. Riak wajahnya jelas terpapar kerisauan.
Kata-kata jungkook itu membuatkan manwol mengeluh perlahan,
"sebelum ni aku pernah kata, kita tak boleh ubah takdir yang sudah tercatat. Aku tahu kau risau tapi.. Aku harap kau bersedia.. Mungkin kau perlu hadap sesuatu di luar jangkaan nanti"-terang manwol yang penuh dengan isi tersirat yang tak mampu di ungkapkan.
Jungkook mula berkerut dahi dengan apa yang manwol katakan tadi. Secara perlahan-lahan, dia mula menghela nafasnya berat.
Semerta saja manwol berdiri dari duduknya untuk pergi dari situ. Kata lain, mungkin mahu mengelak daripada persoalan jungkook lagi?
Baru beberapa langkah yang di atur oleh manwol.
"kau tak nak tolong dia ke,manwol?"-tanya jungkook agak kuat, seakan mendesak manwol untuk berbuat sesuatu.
Jungkook tahu walaupun manwol mengetahui apa yang akan berlaku nanti, pasti manwol tak sanggup membiarkan perkara itu berlaku begitu saja.
Manwol mula kaku di tempatnya, mahu melangkah tetapi seakan buntu.
"aku tak pasti, jungkook. Just wait and see."-kata manwol pendek, terus saja dia sambung melangkah keluar daripada bar tersebut.
Jungkook meraup wajahnya, hatinya makin tak senang selepas mendengar manwol kata begitu, tiada keputusan muktamad daripada manwol.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantasySeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...