Kolej•
Yoongi melangkah baik menuju ke kelasnya yang tidak jauh daripada situ. sambil dia melangkah, dia bersiul riang lagu kegemarannya.Pelajar sekeliling mula memandangnya serong, ada juga gadis yang terjerit kecil kerana punya minat terhadap yoongi, eh
Nak tahu kenapa yoongi di pandang begitu?
Kerana kini dia sudah berubah dan bukan lagi seorang pelajar yang nerd dan lurus seperti dulu.
Kini dia lebih berani bertindak, gaya penampilan juga telah berubah. Terdapat ciri-ciri pelajar bermasalah pun ada juga.
Yang lagi sadis,
Dia hampir di buang kolaj kerana bergaduh dengan taeyang di belakang bangunan kolaj.
Bergaduh atas faktor melindungi dan mengatakan 'gadis' pujaannya itu ialah milik dirinya seorang. Bukan taeyang atau orang lain.
Siapa berani merampas 'gadisnya' pasti akan di belasah secukupnya.
Yang agak mengejutkan, taeyang tewas bergaduh dengannya dan meninggalkan banyak kesan lebam di wajah taeyang.
Ya yoongi berubah dengan jangka masa yang singkat saja. Atas faktor apa ya?
Mungkin atas sebab sekuntum 'Mawar kristal.'
Mungkin la.
Yoongi menarik kasar pintu kelasnya sehingga terkuak luas, dan membuatkan semua didalam kelas itu mula terkejut. Laju saja semua mula menunduk gerun dan suasana semerta menjadi sunyi sepi.
Yoongi tersenyum sinis melihat situasi tersebut, pantas saja dia melangkah ke arah mejanya dan meletakkan begnya di kerusi.
Haih beg kosong saja, tak ada buku dan bahan rujukan langsung di dalamnya.
Terus dia duduk di kerusinya dengan cara agak tidak sopan, semerta matanya melihat tempat duduk 'gadis' pujaannya.
Kosong, kerusinya terletak elok rapat dengan meja.
Yoongi mendecit perlahan,
"haih tak datang lagi? Aku rindu kau la gila. Haish stressnya!"-yoongi terjerit kecil, orang sekeliling ada yang mendengar tetapi endahkan saja.Harus la tacod, tak pasal-pasal kena belasah dengan yoongi nanti.
Yoongi yang seakan tak terurus sedikit itu meraup rambutnya kasar kebelakang, sudah masuk 3 hari 'gadisnya' tidak hadir ke kolaj.
Tak lama itu, yoongi terlihat ada sepucuk surat di laci bawah mejanya. Tanpa fikir panjang terus saja dia mengambil dan membuka untuk melihat isi kandungannya.
Dibaca satu persatu ayat yang tertulis di atasnya. Semerta dahinya berkerut.
"hey.. Yoongi.. Saya terpaksa pergi daripada awak. Saya pindah jauh daripada sini... Kalau tidak taeyang akan berbuat perkara buruk pada saya.. Saya minta maaf.. Awak jaga diri okey.. I love u."
-yourdear-
Yoongi mengetap bibirnya geram, lantas kertas yang di pegang tadi terus saja di remukan. Mejanya yang terletak cantik itu terus saja di tendang kuat lalu jatuh sehingga menyebabkan keadaan di situ mula menjadi hening semula.
Yoongi mengatur langkahnya laju keluar daripada kelas itu, terus saja dia menuju ke kelas senior di tingkat atas. Ya itu kelas taeyang.
Sir lee yang berselisih dengan yoongi itu terus saja terkejut melihat yoongi yang seakan tak terurus. Tanpa buang masa sir lee mengikut yoongi daripada belakang.
YOU ARE READING
©Hotelier For Ghost |¦| kim Seokjin S1√ S2(OG)
FantastikSeason 1- Apa rasanye kalau terpaksa kerja di hotel berhantu macam del luna tu? •Me: nak buat macam manakan, Dah takdir. Hue! °°°° "jangan dekat dengan aku!!!" •••• "apa yang kau lihat tak sama dengan apa kau rasa. Kau harus berhati-hati" •••• "kau...